Kedai Repair Smartphone dan Aksesori di Gila Gadgets Shah Alam

Hai korang!

Selalunya kalau korang nak repair smartphone, atau laptop yang dah tak ada warranty, kat mana korang selalu pergi? Kalau korang mencari kedai repair face to face yang servis cepat dah telus di kawasan Shah Alam, boleh la cuba satu kedai ni.

Gila Gadgets, menjadi pilihan saya untuk repair smartphone dan laptop sebab saya baca review yang mereka merupakan repair specialist yang berpengalaman dan menjadi pilihan ramai kalau ada yang nak repair gadget dan nak cari aksesori.




Gila Gadgets, Shah Alam sangat sesuai lokasi sebab berada di kawasan pelajar, dekat sebelah MSU je. Kawasan ni memang terkenal dengan kawasan murah sebab area student. Suka juga dengan konsep kedai gadget macam ni sebab pun ada jual aksesori.

Nak cari kedai ni pun tak susah, hanya pakai Waze je dah boleh tengok lokasi Gila Gadgets yang terdekat dengan korang. So far, deorang ada beberapa cawangan di Selangor, Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.

Outlet Gila Gadgets:
📍 Taman Permata, Kuala Lumpur
📍 Hulu Langat, Selangor
📍 Shah Alam, Selangor
📍 Dataran Senawang, Negeri Sembilan
📍 BP Senawang (Mydin), Negeri Sembilan.




Kami datang ke Gila Gadgets Shah Alam haritu dengan tujuan untuk tukar screen protector, lepas tu teman kawan tukar bateri iphone dia. Kata staff kat sini, tukar bateri tak perlu tinggal handphone pun sebab sekejap pun boleh siap.

Lepas tu, tempat menunggu pun selesa, dan kedai pun luas. Tak rasa crowded masa menunggu. Lagipun kawasan ni banyak kedai makan, sambil tunggu boleh lepas makan kat restoran sederet dengan Gila Gadgets cawangan Shah Alam.

Memang cepat servis face to face di Gila Gadgets. Harga pun berpatutan dengan kualiti dan servis barang yang korang akan dapat. Walaupun macam banyak juga smartphone yang deorang kena repair masa hari kami pergi tu, tapi ada 2 staff akan buat, so tak lama la tunggu.




Selain daripada servis yang mereka tawarkan seperti face to face smartphone dan laptop service, Gila Gadgets turut menawarkan dan menjual barangan gadget dan aksesori handphone dan komputer seperti able, casing phone, screen protector, earphone dan banyak lagi.

Bukan setakat itu, kat sini pun ada banyak jenis casing handphone samada untuk korang yang pakai android atau iphone, dan juga smart watch macam iwatch punya casing. Ada banyak pilihan design dan warna juga saya tengok.





Dengan keluasan kedai yang besar, Gila Gadgets menawarkan pelbagai pilihan barangan, jenama dan harga untuk pembeli buat pilihan yang mana sesuai dan menjadi pilihan mereka untuk beli.

Ada orang tanya haritu, kat mana nak beli tripod yang lebih kurang yang saya pakai? boleh la beli kat sini sebab ada banyak pilihan saiz dan untuk apa nak pakai tripod yang menjadi pilihan korang yang nak beli.

Kat mana nak repair phone dan nak beli Aksesori seperti cable, casing phone, screen protector, earphone dan banyak lagi di area Shah Alam? - korang boleh singgah ke Gila Gadgets.




Terima kasih kepada staff Gila Gadgets Shah Alam sebab bantu kawan saya tukar bateri iphone dia haritu. Staff sangat membantu dalam advice tentang smartphone. Memula kami ingatkan sebab ada masalah apa, rupanya masalah bateri je.

Selain itu, kami juga grab beberapa casing handphone dan juga cable sebab memang dah lama cari. So ni dah alang-alang, maka better terus je so next time tak payah cari dah. Rambang mata juga nampak case iwatch, tapi sebab baru beli haritu, maka tunggu next time je.

Korang boleh visit outlet Gila Gadgets yang lain:

📍 Taman Permata, Kuala Lumpur
📍 Hulu Langat, Selangor
📍 Shah Alam, Selangor
📍 Dataran Senawang, Negeri Sembilan
📍 BP Senawang (Mydin), Negeri Sembilan




Gila Gadgets
22A, Jalan Boling Padang F 13/F, Seksyen 13, 
40100 Shah Alam, Selangor.
Contact: 019-982 0531 (Shah Alam)

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

7 Comments

Rawlins GLAM said…
Menarik juga - banyak barangan dan harga pun mesti menarik kan. Macam nak lawat la tengok casing handphone hehe
Betul-betul giler gadjet ni..hahaha..bagus la dah ada banyak cawangan..tapi takde juga kat sini..huhu. sedih
仙妮 said…
Wow ...the shop full of gadgets accessories, so so good that I'm tempting to dropping by next. Cheers Siennylovesdrawing
Sis Lin said…
Sis ni kalau masuk kedai macam ni, habislah berejam, sanggup tunggu repair siap, lagi satu kan perangai suka tengok kerja dia buat hahahaha..
Sunshine Kelly said…
Thanks for sharing this contact, my nephew tengah cari realiable place to repair his hp
halimah muhiden said…
Nama kedai pun unik,Gila Gadgets, dekat lah tu kat Shah Alam nti blh pegi tengok, klu masuk gerenti berjam-jam tak keluar..
Huda Halid said…
nama pun catchy kedai ni, memang penggila gadget wajib terjah kedai ni

FOLLOWERS