Al-Ikhsan Sports Lancarkan Koleksi Pakaian Messi Brand

Hello korang!

Rakyat Malaysia siapa yang tahu tahu tentang kedai peruncit sukan pelbagai jenama nombor 1 di Malaysia dan juga peruncit bola sepak nombor 1 di Asia Tenggara, Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan). Kedai sukan ini ini dah ada sebanyak 175 cawangan di seluruh Semenanjung Malaysia.

Semangat musim bola yang masih panas ni, berita baik untuk peminat bola sepak terutamanya kepada peminat Messi - pemain Argentina yang baru sahaja memenangi FIFA World Cup Qatar 2022, Al-Ikhsan Sports melancarkan penjualan pakaian jenama Messi di Malaysia.



Al-Ikhsan Sports bermula dengan sebuah kedai tunggal yang berkeluasan 150 kaki persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru oleh Tuan Haji Ali Hassan pada tahun 1993. Konsep kedai sukan ini menarik minat ramai pelanggan dengan kualiti dan harga yang mampu milik.

Dengan kolaborasi bersama The MESSI Brand, Al-Ikhsan Sports telah mendapat hak jualan eksklusif untuk pakaian fesyen kanak-kanak jenama Messi di Malaysia bermula dari Januari 2023 selama tempoh tiga tahun. 

Koleksi pakaian fesyen kanak-kanak berjenama Messi ini sesuai untuk kanak-kanak yang berumur diantara 2 tahun sehingga remaja. Ada yang saiz besar tu, saya pun boleh pakai juga >.<



Antara koleksi pakaian fesyen kanak-kanak berjenama Messi yang boleh korang dapatkan di Al-Ikhsan Sports adalah:
⚽ Kemeja-T;
⚽ T-shirt;
⚽ Baju polo; 
⚽ Seluar pendek;
⚽ Seluar panjang;
⚽ Hoodie;
⚽ Seluar trek.

Koleksi pakaian Messi ini akan dijual di Football Republic Pavilion Elite, Football Republic Sunway Pyramid serta 30 cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports, dan secara online di laman web Al-Ikhsan.

Korang boleh dapatkan koleksi Messi dengan harga bermula daripada hanya RM59 untuk baju-T leher bulat sehingga RM219 untuk hoodie dan jaket. Mampu milik kan harga dia.



Saya sokong usaha Al-Ikhsan Sports untuk menjadi kedai sukan yang menjual alatan dan barangan sukan mampu milik untuk semua. Al-Ikhsan Sports so far memang menjadi lokasi pilihan ramai dalam membeli barangan sukan.

Bercakap mengenai koleksi Pakaian Messi Brand, Mr Vach Pillutla, CEO Al-Ikhsan Sports berkata, mereka berhasrat untuk memperbanyakkan lagi kuantiti koleksi ini dalam tempoh enam hingga lapan bulan supaya lebih ramai lagi peminat bola sepak di seluruh Malaysia boleh dapatkan koleksi ini.



Turut hadir bagi menjadi saksi majlis pelancaran Koleksi Pakaian Messi Brand oleh Al-Ikhsan Sports adalah: YB Hannah Yeoh, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Yang Mulia Tengku Shakirinal Shah bin Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Alhaj, Datuk Santokh Singh s/o Gurdial Singh, En Khalid Ali, En Amri Yahyah dan En Norshahrul Idlan Talaha

Majlis turut menyaksikan sesi MOU tandatangan diantara Al-Ikhsan Sports dan The Messi Brand sebagai tanda mengiktiraf yang Al-Ikhsan Sports merupakan satu-satunya dan jenama yang pertama yang menjual pakaian sukan kanak-kanak The Messi Brand.

Al-Ikhsan Sports diwakili oleh Mr Vach Pillutla, Chief Executive Officer of Al-Ikhsan Sports manakala The Messi Brand diwakili oleh Mr Jan Van de Berg, Chief Executive Officer of Vingino Netherlands.



Al-Ikhsan Sports setakat ini dah pegang beberapa title, iaitu sebagai peruncit sukan pelbagai jenama nombor 1 di Malaysia, peruncit bola sepak nombor 1 di Asia Tenggara dan diantara 10 peruncit Bola Sepak terbaik di seluruh dunia. 

Tahniah saya ucapkan kepada Al-Ikhsan Sports atas pelancaran ini. Semoga koleksi bersama dengan The Messi Brand akan maju jaya dan diminati oleh ramai pelanggan di seluruh negara.


Peminat Messi dan peminat bola boleh dapatkan koleksi merchandise Messi hari ini di lokasi berikut:
✅ Football Republic Pavilion Elite,
✅ Football Republic Sunway Pyramid.

Selain itu, koleksi ini juga boleh didapati di 30 cawangan terpilih Al-Ikhsan Sports, dan secara dalam talian melalui laman web Al-Ikhsan mulai 6 Januari 2023.

Football Republic
by Al-Ikhsan Sports

Website: www.al-ikhsan.com
Instagram: www.instagram.com/myfootballrepublic


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS