Naik Helikopter Murah Dengan MIHARA Aviation

Hai dan salam sejahtera korang!

Kalau korang selalu follow media sosial saya (Instagram: @nzayaniz), korang akan tahu yang saya ni memang sangat adventurous. Ke mana sahaja trip yang saya pergi, mesti paling tidak pun kena ada satu aktiviti yang lasak macam paragliding, scuba diving dan sebagainya.

Salah satu aktiviti yang saya look forward untuk cuba next adalah pengalaman menaiki helikopter di Malaysia untuk tengok view Kuala Lumpur yang cantik dari atas awan. Nak tengok view ni, helikopter je boleh, lain mana boleh sebab banyak banggunan tinggi-tinggi. 

Pada tahun 2022, sekumpulan pengasas muda Melayu telah menubuhkan sebuah syarikat penerbangan, MIHARA Aviation yang menyediakan perkhidmatan pesawat ringan yang menawarkan peluang untuk merasa pengalaman terbang dengan helikopter, pesawat jenis fixed wing dan teksi udara.


Pada 3 Januari 2023, bertempat di The Mines Resort & Golf Club berlangsungnya 'Tourism Preview' oleh MIHARA Aviation tentang servis yang akan diperkenalkan sebagai satu pengalaman unik menaiki helikopter atau fixed wings untuk menarik lagi ramai pelancong dari dalam dan luar Malaysia.

MIHARA Aviation dengan kerjasama Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) kini memperkenalkan servis daripada MIHARA Aviation kepada agensi pelancongan Malaysia sebagai salah satu daya tarikan pelancongan yang baru di Malaysia bagi mememeriahkan lagi industri ini.


Untuk permulaan, MIHARA Aviation kini menawarkan setvis perkhidmatan sewa helikopter dan pesawar peribadi jenis fixed wings untuk pelanggan mereka. 

Idea untuk mewujudkan produk pelancongan seperti ini tercetus apabila, Ketua Pegawai Eksekutif MIHARA Aviation, Puan Aishah Radhiah Adnan bercuti ke Cape Town pada tahun 2017 dan merasa sendiri pengalaman menaiki helikopter untuk tengok permandangan Cape Town dari atas awan.

Katanya, ia merupakan satu pengalaman yang sukar dilupakan sebab view memang tak sama dengan kalau tengok dari bawah. 

Pengalaman yang bermakna itu telah memberi inspirasi untuk pasukan ini menubuhkan MIHARA Aviation. Dengan hasrat untuk menawarkan perkhidmatan helikopter dengan tambang yang mampu milik, kini orang biasa pun boleh cuba naik helikopter dan bukan orang kaya-kaya sahaja.

Dari kiri: Ketua Pegawai Eksekutif MIHARA Aviation, Puan Aishah Radhiah Adnan, CEO Mihara Aviation.

Presiden MITA, Encik Uzaidi Udanis

Majlis turun dihadiri oleh Presiden MITA, Encik Uzaidi Udanis yang turut menyokong usaha untuk mengembangkan lagi industry pelancongan negara bagi menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara bagi meningkatkan ekonomi di Malaysia.

Mengenai pelan jangka masa panjang oleh MIHARA Aviation, mereka kini didalam proses untuk memperkenalkan servis 'air taxi' atau AAV - Autonomous Aerial Vehicle ke Malaysia. Teksi udara ni konsep dia sama macam naik e-hailing, tapi ini melalui pengankutan udara dan tanpa pemandu.

Ehang 216 -Passanger-grade AAV model 2 tempat duduk ini kini sudah diiktiraf selamat, stabil dan lebih berkuasa dengan bantuan 8 motor dan propeller untuk menerbangkan penumpang dengan selamat ke destinasi yang dituju.



AAV model Ehang 216

Korang boleh tempah pakej menaiki helikopter selama 1 jam dengan harga RM8500, dan pesawat ringan jenis fixed wings dengan harga serendah RM4000 sahaja untuk 1 jam.

Kalau korang nak tengok lebih banyak promo naik helikopter dengan harga serendah RM345, boleh layari laman web MIHARA Aviation untuk maklumat lanjut sebab ada masa, mereka ada buat tawaran untuk orang awam naik helikopter dengan harga yang mampu milik di Kuala Lumpur.

Bersama dengan Ketua Pegawai Eksekutif MIHARA Aviation, Puan Aishah Radhiah Adnan.

MIHARA Aviation 
Website: miharaaviation.com
Contact: 018-7888019

Facebook: www.facebook.com/MIHARAAviation
Instagram: www.instagram.com/mihara_aviation


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

8 Comments

  1. Wah bestnya kalau dapat naik helikopter kan. Untuk mereka yang cari idea nak surprise orang tersayang boleh sangat la guna servis dan perkhidmatan Mihara ni

    ReplyDelete
  2. Teringin gak nak naik helikopter tapi Rawlins nie ada sedikit rasa takut naik plane, walaupun selalu balik kampung naik flight.

    ReplyDelete
  3. teringinnya nak naik helikopter. tu antara azam untuk tahun baru ni. maybe lepas ni ada peluang dapat naik heli :)

    ReplyDelete
  4. wah menarik ni.. byrn yg dikenakan hanyakh rm400 1 jam... menaikiny satu pengalaman yg cukup berharga

    ReplyDelete
  5. Thanks for sharing this, I'm so so tempting to enjoy a ride too la, gonna check out more details. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  6. Okay RM 345 tu betul murah! Nak naik lah nanti. Satu heli naik berapa orang eh. Nak bawa 4 orang ni. Hehehhee

    ReplyDelete
  7. wishlist nak naik helikopter . Tapi tu lah harganya wow sangat., tunggu durian runtuh ke rezeki terpijak ke boleh la merasa terbang naik helikopter .

    ReplyDelete
  8. Fuyohhh! Air-taxi ehailing ni menarik juga kan! Boleh merasa new experience ni…

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^

FOLLOWERS