Rasa The Chicken Rice Shop Ayam Hot Ah Pedas

Hello dan salam sejahtera korang!

Weekend is all about family gathering, terutamanya musim perayaan, so banyak cuti. Bila cuti, lagi banyak gathering dengan keluarga dan kawan-kawan. Kadang-kadang family kami, weekend pun ada gathering sebab adik beradik Faeez semua duduk dekat je dengan rumah Mak.

Bila ada gathering, mesti kena ada makan. Buat pula kalau time lunch atau dinner, menu nasi adalah yang paling wajib. Kadang-kadang masak, kadang-kadang potluck, tapi selalunya beli luar je. 

The Chicken Rice Shop (TCRS) menjadi pilihan menu gethering minggu ni sebab kami semua nak try menu terbaru mereka, The Spicy Ayam Hot Ah. Alang-alang juga nak join HOT-Ah Challenge yang tengah trending kat TikTok haritu sebab nak menang hehe XD


Hot Ah Challenge with The Chicken Rice Shop (TCRS) latest menu, the Ayam Hot-Ah
#HotAhChallenge #thechickenriceshop #tcrsmy #AyamHotAh #CNY2023



Kalau boleh pilih dalam seumur hidup nak makan apa, saya akan pilih nak makan nasi ayam sebab nasi ayam actually makanan kegemaran saya, dan of course saya pilih The Chicken Rice Shop sebab daripada dulu sampai sekarang kualiti takde berubah, sentiasa on point.

Menu terbaru ayam Hot Ah daripada TCRS merupakan menu ayam terbaru mereka, yang dimana ayam dicampur dengan minyak cili pedas dan tofu goreng. Sesuatu yang baru sempena dengan menu perayaan Tahun Baru Cina.

Menu TCRS Ayam HOT-AH


Ada banyak set, jadi korang boleh pilih berapa banyak Hot Ah yang korang nak. Harga set The Chicken Rice Shop Ayam Hot Ah bermula daripada RM22.90 sehingga RM99.90. Untuk Ayam HOT-AH Ala Carte pula adalah RM19.90/ 2pcs.

Meal C Ayam HOT-AH: RM99.90 - set untuk 4 orang.

★ 4pcs Ayam HOT-AH
★ 1/4 Ayam (Pilihan Roast/ Steamed/ Soy Sauce)
★ L Nyonya Pai Tee
★ L Penang Rojak
★ 3pcs Penang Famous Chicken Rolls
★ L Sayur (Pilihan Pak Choy with Oyster Sauce/ Spicy Savoury Ladies Fingers)
★ 4 Nasi
★ 4 Sup

Ayam HOT-AH pedas atau tidak?


Menu di The Chicken Rice Shop semua sesuai sangat untuk buat menu idea weekend family gathering sebab ada banyak pilihan daripada yang heavy macam nasi sampai yang light food dan tidbits sedap seperti Nyonya Pai Tee - Fav saya ni!

Set Meal C Ayam HOT-AH didatangkan dengan total 8 bahagian ayam tau. Kiranya kalau ikutkan memang boleh makan paling tidak pun dalam 6-8 orang. Nasi memang dapat 4 je, tapi korang boleh add on nasi dan boleh jimat banyak kat situ.

Set menu HOT-AH ini juga didatangkan sekali dengan pilihan sayur pak choy atau bendi. Both ni memang menu sayur best selling kat The Chicken Rice Shop. Tapi sebab dah menu ayam pedas, maka kami pilih Pak Choy with Oyster Sauce/ Pak Choy dengan Sos Tiram.




Kalau ada yang takut pedas ke apa, boleh makan set ayam yang biasa mereka makan di The Chicken Rice Shop seperti ayam roasted, steamed atau soy sauce. Ayam ni pun banyak sebab dalam Set Meal C Hot Ah ada quarter ayam.

Lepas tu ada lagi tambahan Penang Rojak/ Rojak Penang dan Penang Famous Chicken Rolls. Memang akan kenyang dan berbaloi beli set Hot-Ah untuk makan dengan family.



Review The Chicken Rice Shop Ayam Hot-Ah Pedas atau Tidak?

→ Rasa Ayam HOT-AH TCRS pedas-pedas dan manis. Memula makan tak rasa lagi pedas dia, lepas lama sikit baru terasa sebab pakai chilli oil yang diletakkan diatas ayam goreng.
→ Orang cakap rasa Ayam HOT-AH TCRS macam ayam masak merah? Tak sama pun rasa walaupun konsep dan cara masak lebih kurang sama.
→ Level pedas Ayam HOT-AH TCRS: ★★★☆☆
→ Harga Ayam HOT-AH TCRS: ★★★☆☆
→ Recommended? ★★★★★ YES< saya recommend untuk korang cuba menu Ayam HOT-AH TCRS.
→ Adakah saya akan repeat order? Yes, why not sebab memang sedap dan something new.



Untuk tengok menu dan cawangan mana yang ada jual Menu Ayam Hot-Ah. boleh klink link ini. [https://www.thechickenriceshop.com/ayam-hot-ah/]. Menu Ayam Hot-Ah hanya available daripada sekarang sehingga 28 Februari 2023 saja tau!

The Chicken Rice Shop
Website: www.thechickenriceshop.com
Instagram: www.instagram.com/thechickenriceshop
Facebook: www.facebook.com/thechickenriceshop

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS