Assalamualaikum dan hello beautiful!
Setiap orang tak kira lah wanita ataupun lelaki nak jadi cantik dan sebab itulah lahirnya banyak mesin dan teknik kecantikan untuk manusia cantikkan diri. Termasuklah diri saya, yang suka manjakan diri dan cantikkan diri.
Kalau saya paling tidak pun 2 bulan sekali akan ke spa untuk buat facial. Spa facial yang menjadi pilihan saya adalah tidak lain dan tidak bukan, Aesthetic Spa #1 Tanpa Injection, The Beauty Expert Academy Spa, sebuah pusat aesthetic muslimah terbaik Kajang, Bangi, Selangor.
Tempoh hari, saya telah dijemput ke The Beauty Expert Academy Spa untuk diperkenalkan dengan rawatan kecantikan yang trending dan teknologi terkini dalam rawatan muka iaitu rawatan HIFU V-Lift Treatment atau juga dikenali sebagai HIFU High Rejuvenation.
Pengalaman lepas saya buat facial di spa muslimah Cheras, The Beauty Expert Academy Spa:
Pada kali ini, pengasas spa kecantikan rawatan muka, Tecer Mass memperkenalkan rawatan HIFU yang menggunakan mesin teknologi high-intensity focused ultrasound (HIFU) yang dimana mampu memberi tembakan ultrasound untuk memperbaiki sel jauh kedalam kulit.
Puan Mastura binti Idris atau Tecer Mass, yang terkenal dengan title 'The only one Aesthetic Guru' didalam bidang kecantikan, pengasas The Beauty Expert Academy dan juga pengasas produk kecantikan skincare RoyalQ Asia yang korang boleh dapat disini.
HIFU V-Lift Treatment atau juga dikenali sebagai HIFU High Rejuvenation. merupakan satu rawatan kulit yang akan memberi kesan seperti anti-aging dan face lifting kepada mereka yang buat rawatan ni. Sesuai untuk nak raya nanti, jangan lupa datang cuba HIFU Treatment.
Apa itu rawatan high-intensity focused ultrasound (HIFU)/
HIFU High Rejuvenation/ HIFU V-Lift
→ Siapa yang sesuai untuk buat rawatan HIFU?
Sebenarnya semua orang boleh buat rawatan HIFU sebab rawatan ini akan menggalakkan penghasilan kolagen yang membantu untuk merawat masalah garisan halus dan kedut di muka, mampu membantu masalah kulit tona tidak sekata, leher berkedut, double chin, mata sembap, eyebag dan banyak lagi.
Kesan selepas buat rawatan HIFU di The Beauty Expert Academy Spa:
⭐ Pengurangan kedutan terutamanya garisan halus
⭐ Pembetulkan bentuk muka
⭐ Menaikkan pipi
⭐ Mengangkat kening
⭐ Menaikkan garis kerutan dan dahi
⭐ Mengangkat lipatan nasolabial
⭐ Pengurangan dagu yang berlapis
⭐ Mengetatkan wajah dan dagu
Kenapa anda perlu cuba rawatan HIFU di The Beauty Expert Academy Spa:
💓 Tiada had umur
💓 Tiada kesan sampingan
💓 Tiada masa henti/ downtime
💓 Tak perlu pantang selepas rawatan
💓 Peningkatan muka tanpa prosedur invasif
💓 Kesan boleh dilihat selepas 1 sesi
💓 Boleh tahan sehingga 18 hingga 24 bulan
Korang boleh dapatkan rawatan HIFU murah di spa facial harga mampu milik di Alam Damai Cheras dengan harga pengenalan serendah RM199 untuk rawatan pertama. Promosi rawatan HIFU ini korang boleh redeem di TBEA yang terletak di Alam Damai Cheras.
Tecer Mass sempat buat demo mesin dan rawatan HIFU di The Beauty Expert Academy Spa kepada seorang pelanggan yang sudah berusia lebih dari 40 tahun. Kami terkejut betul lepas nampak kesan yang sangat mendadak didalam masa 20 minit sahaja!
Sesi sebenar akan lebih banyak step mula-mula dia sebab ada full facial semua. Tapi sebab demo, maka hanya ditunjunkan macam mana rawatan HIFU ini berfungsi. Kalau sesi sebenar, korang kena standby masa dalam 2 jam macam tu sebab ada banyak lagi step untuk facial HIFU disini.
Rawatan HIFU dimulakan dengan mark dikawasan mana yang therapist nak focus. Lepas tu therapist akan letakkan serum kolagen untuk membantu proses rawatan HIFU. Selalunya mereka akan buat sebelah muka dahulu untuk tunjuk kat korang yang muka tu ada perubahan.
Proses HIFU V-Lift Treatment juga dikenali dengan nama 'seterika muka'. |
Selepas sebelah side dah siap, kami nampak perubahan banyak yang ketara terutamanya dikawasan pipi dan dagu. Kalau pegang kulit pipi tu pun memang rasa lebih anjal dan lembut. Kalau korang nampak gambar kat bawah, lemak dagu tu lebih tegang disebelah kiri yang dah buat rawatan.
Apabila ditanya kepada Jane Chua, pelanggan yang buat demo HIFU V-lift Treatment di The Beauty Expert Academy Spa ini samada apa perasaan atau sakit tak buat HIFU, Jane menjawab tak rasa apa pun, cuma kalau dikawasan mata ada rasa macam vibration gitu.
Apa itu HIFU V-Lift Treatment di The Beauty Expert Academy Spa |
Kesan sebelum dan selepas HIFU V-Lift Treatment |
Kesan mendadak sejurus sahaja rawatan HIFU memang awesome. Boleh nampak depan mata kami sendiri macam mana bestnya rawatan HIFU ni. Kesan sampingan HIFU yang paling mendadak adalah tona kulit makin cerah, pipi lebih tegang, kulit makin anjal, mata kurang sembap.
Yang datang haritu semua excited nak datang lagi ke spa aesthetic terbaik di Alam Damai Cheras yang buat rawatan HIFU murah di Cheras, Selangor ni.
Di pusat aesthetic spa terbaik di Kuala Lumpur dan Selangor ini, pelanggan boleh dapatkan rawatan HIFU dengan harga mampu milik dan murah didalam pasaran sekarang.
Tentang The Beauty Expert Academy Spa dan Siapa Tecer Mass?
The Beauty Expert Academy (TBEA) mula ditubuhkan pada 19 November 2012. TBEA merupakan Pusat Aesthetic Kecantikan berfokuskan kepada bidang aesthetic di mana memberikan perkhidmatan perawatan kulit wajah kepada pelanggan. TBEA juga turut menyediakan perkhidmatan untuk spa therapy, rawatan badan, makeup servis serta slimming program.
Pengasas TBEA ialah Puan Mastura Binti Idris. Beliau bukan sahaja Pakar Aesthetic, malah beliau juga mempunyai satu Akademi Kecantikan dan turut menyediakan khidmat tenaga pengajar untuk kursus-kursus asas kecantikan.
Kepakaran beliau adalah melatih para usahawan dan menjadi tenaga pengajar di dalam sektor Kerajaan & swasta seperti HRDCORP, MARA, DBKL, SMECORP & NGO. Puan Mastura atau lebih dikenali sebagai Tecer Mass (The Only One Guru Aesthetic) merupakan tenaga pengajar yang bertauliah dan diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia, Aesthetic Specialist Teacher, Pegawai Latihan Vokasional (VTO), Train-the-trainer (TTT), Training Provider serta Jawatankuasa Penasihat Industri Kolej Komuniti.
Bersama dengan Ticer Mass dan Bidadari TBEA. |
Waktu operasi The Beauty Expert Academy Spa:
Isnin-Jumaat (10.30AM- 7.30PM)
Sabtu & Ahad (10AM-6PM)
The Beauty Expert Academy Spa Cheras
No 14B, Jalan Suadamai 1/2, Bandar Tun Hussein Onn, 43200 Cheras, Selangor.
Contact: 03-95497094/ 013-2576447
Website: thebeautyexpertaesthetic.carrd.co
IG: www.instagram.com/thebeautyexpertcheras
FB: www.facebook.com/thebeautyexpertacademy
TikTok 1: www.tiktok.com/@thebeautyexpertacademy88
TikTok 2: www.tiktok.com/@beautyaestheticclass
Zayani Zulkiffli.
0 Comments