Hai dan Assalamualaikum korang!
Santan memang sangat popular daripada zaman dulu lagi penggunaan santan kelapa dah digunakan banyak didalam masakan Melayu seperti rendang, lemang, masak lemak cili api dan ada juga hidangan pencuci mulut tradisional yang menggunakan santan.
Korang percaya tak kalau saya cakap yang santan kelapa sebenarnya baik untuk kesihatan?
Ramai yang cakap satan sebenarnya tak bagus untuk kesihatan sebab ada kandungan kolesterol dan tak baik untuk mereka yang ada penyakit tekanan darah tinggi, tapi betul ke?
Ada banyak kajian yang telah dijalankan untuk membuktikan bahawa santan banyak membantu melawan masalah kolesterol dan kardiovaskular secara saintifik seperti hasil kajian Dr Bruce Fife melalui penulisannya didalam buku 'The Coconut Oil Miracle' ada membuktikan tentang kelebihan minyak kelapa dan santan.
Antara kelebihan santan selain daripada membantu mengawal kandungak kolesterol didalam badan adalah sebab kandungan phosphorus yang akan membantu calcium untuk menguatkan dan mengihatkan tulang dan gigi kita.
Bercakap tentang santan, kalini saya nak kongsi dengan korang tentang resepi santan yang popular, iaitu Resepi Kuah Durian yang paling senang dan cepat yang korang boleh buat. Kuah durian turut dipanggilkan sebagai serawa durian , sup durian di sesetengah negeri.
Resepi serawa durian mudah dan cepat |
Resepi Kuah Durian Paling Mudah
Bahan-bahan untuk buat Kuah Durian paling mudah dan cepat:
→ 1 biji Durian (Saya campur 1 biji durian kampung dengan 1 pangsa durian D24)
→ Air kosong 1 liter
→ Daun pandan
→ Gula melaka
→ Gula putih secukupnya
→ Santan (santan pekat dan santan cair)
Kalau korang pakai Santan Mawar, memang dah pekat dengan 100% kandungan santan yang asli. Untuk buat resepi kuah durian menggunakan santan, korang kena ada 2 jenis santan iaitu santan pekat dan santan cair.
Santan Mawar cair: Campurkan santan dengan banyak air sampai cair.
Santan Mawar pekat: Campurkan santan dengan sedikit air supaya tidak terlalu cair dan likat.
Cara masak Kuah Durian yang paling mudah:
Langkah 1 Resepi Kuah Durian Paling Senang |
① Masukkan semua durian bersama dengan santan cair (1 liter air yang telah dicampur dengan santan).
② Tunggu sampai durian dah hancur sikit dan masukkan santan pekat secukupnya.
③ Masukkan daun pandan yang disimpul.
|
④ Masukkan gula putih secukupnya - Jangan letak banyak.
⑤ Masukkan gula Melaka sampai dapat warna kuah durian yang korang mahu.
⑥ Masak sampai mendidih dan tutup api.
⑦ Dah siap! Boleh hidangkan bersama dengan pulut atau roti. Selamat menjamu selera!
Cara masak kuah durian/ serawa durian |
Macam mana nak pilih santan yang baik untuk masakan?
Salah satu soalan yang paling selalu kita terfikir sebab dalam pasaran ada banyak jenama, banyak jenis, ada yang cair, yang pekat, ada yang boleh tahan lama sebab dah campur macam-macam dan ada yang fresh. Kalau ikut saya, mesti lah nak yang fresh dan menggunakan 100% santan asli tanpa campuran.
Meh saya kongsi tips kenapa saya pilih untuk menggunakan Santan Mawar.
- Santan Mawar diproses dan dikilangkan oleh NP Asia Sdn Bhd.
⭐ Santan Mawar merupakan produk makanan berstatus premium.
⭐ Santan Mawar diproses menggunakan kepala tempatan yang berkualiti yang dipetik dari ladang.
⭐ Santan Mawar tidak mengandungi sebarang bahan tambahan atau pewarna atau sebagainya.
⭐ Santan Mawar tidak dipastur bagi mengekalkan tahap nutrien
⭐ Santan Mawar mengandungi sumber potassium/ kalium yang tinggi.
⭐ Santan Mawar tidak mengandungi kolesterol dan lemak yang tidak baik - zero trans fat.
⭐Packaging Santan Mawar yang lebih selamat untuk menjaga kebersihan dan kesegaran santan dengan menggunakan konsep three sided seal.
⭐ Jenama Santan Mawar merupakan 100% santan asli tanpa campuran air.
⭐ Dijamin kesegaran dengan Santan Mawar sebab santan diproses pada setiap hari.
Kalau ikut zaman saya anak dara dulu, setiap kali nak masak menu yang pakai santan contoh macam kari atau masak lemak, mesti saya lah yang kena keluar pergi kedai runcit untuk beli. Dahla tu kalau beli lebih tak boleh simpan lama-lama, atau kalau letak dalam freezer mesti dah tak pakai.
Sampai kadang-kadang tu, freezer peti ais penuh dengan paket santan yang dah nak habis tapi tak boleh buang sebab kalau buang nanti kena marah pula dengan Mama walaupun dia macam tak pernah nak pakai pun nanti. Haha.
Santan Mawar hanya tahap seminggu sahaja sebab fresh. |
Sekarang dah lebih mudah sebab ada banyak jenis pilihan santan, tapi saya masih lagi suka guna santan yang segar, santan fresh seperti Santan Mawar. Saya suka Santan Mawar sebab tanpa bahan pengawet juga, so kalau beli tu memang boleh tahan dalam seminggu je untuk tahap kesegaran dia.
Santan Mawar tanpa bahan tambahan dan tiada pewarna memang segar, asli dan creamy. Mudah untuk saya nak masak tak kisah lah kalau nak santan yang pekat atau santan cair macam kalau buat kuah durian pakai santan ni.
Santan Mawar pun sangat sesuai digunakan dalam semua jenis masakan, boleh digunakan didalam pemanis mulut, makanan yang bersasakan kelapa, kek, biskut, minuman dan apa sahaja resepi menu yang menggunakan santan.
Harga Santan Mawar Segar:
1kg: RM16.00
500gram: RM8.00
250gram: RM4.00
Dapatkan Santan Mawar: Cara untuk beli Santan Mawar:
Melalui Whatsapp: 0172097173
Santan Mawar
Instagram: www.instagram.com/npasiagroup
Tiktok: www.tiktok.com/@npasiagroup
Zayani Zulkiffli.
8 Comments