Buffet Ramadan 2023: Hotel Royal Kuala Lumpur

Salam Ramadan kepada pembaca sekalian,

Saya nak kongsikan dengan korang, tentang satu Buffet Ramadan 2023 bawah RM100 di Kuala Lumpur yang korang boleh dapat dengan harga RM88 sahaja untuk seorang dewasa. Baca sampai habis untuk tengok deals kalau beli dalam kumpulan.

Hotel Royal Kuala Lumpur terkenal dengan hidangan makanan buffet berbuka yang sedap, ditambah pula dengan harga buffet berbuka bawah RM100 yang terletak di tengah-tengah Bukit Bintang, hotel ini sentiasa menjadi pilihan ramai untuk berbuka.

Bertemakan ‘Citarasa Desa’, lebih daripada 150 juadah menu berbuka akan dihidangkan dengan seleksi menu citarasa desa dari pembuka selera, hidangan utama sehinggalah kepada pencuci mulut.


Buffet Ramadan 2023: Hotel Royal KL | Dari kiri: Kelly Azman, Chef Hafif, Ani Mayuni

Seperti tahun-tahun sebelum ini, pada buffet Ramadan edisi 2023, Hotel Royal Kuala Lumpur turut akan menampilkan artis residen yang telah berkolaborasi sejak dari tahun sebelum ini, Kelly Azman dan Ani Mayuni yang akan menghiburkan penyunjung semasa berbuka.

Buffet Ramadan Hotel Royal KL pada tahun ini merupakan hasil kurasi dan menu resepi chef eksekutif, Chef Hafif bin Mohd Saleh dan pasukannya. Idea konsep ini menggabungkan banyak hidangan makanan masakan ibunda dari kampung.




Ada banyak menu menarik yang korang boleh cuba makan di buffet berbuka termurah di Kuala Lumpur ini seperti Sup Ekor Sapi, Sup Tulang Rawan, Ayam Berempah, Bubur Lambuk dan semestinya menu wajib di buffet Ramadan, Kambing Golek.

Antara menu hidangan utama yang korang boleh dapatkan di Buffet Ramadan 2023: Hotel Royal Kuala Lumpur pula adalah: 
⭐  Nasi Putih, Nasi Kabsah, Nasi Briyani, Nasi Goreng,
⭐ Daging Masak Hitam Nasi Kandar,
⭐ Kuzi Daging, 
⭐ Ayam Percik Kuah Kacang,
⭐ Masak Lemak Dengan Kacang Panjang,
⭐ Udang Masak Lemak & Nenas,
⭐ Kacang Buncis Kari Ikan Masin,
⭐ Nangka Muda Kupang Berlada Puck Manis,
⭐ Masak Lemak Putih & Keledek,
Dan banyak lagi.




Jangan lupa juga untuk mencuba seleksi Aneka Ikan Bakar yang dihidangkan. Antara ikan yang dihidangkan termasuklah Ikan Pari, Ikan Kembong, Ikan Cencaru, Ikan Bawal yang dihidangkan bersama dengan Air Asam dan Kicap Cili.



Ada banyak stall yang menghidangkan pelbagai menu yang korang boleh cuba termasuklah stall jeruk buah-buahan, aneka kerabu, ulaman dan aneka sambal, station goreng-gorengan, stall mee dan pelbagai hidangan pencuci mulut serta kuih muih.

Banyak juga pilihan kerabu yang dihidangkan. Ada Kerabu Ikan Bilis, Kerabu Pucuk Paku, Kerabu Mangga Muda, Kerabu Tomato, Kerabu Ayam manakala untuk sambal pula, ada Sambal Belacan, Sambal Manga, Cincalok, Sambal Tempoyak, Sambal Tumbuk Ikan Bilis, Budu dan Sambal Kicap.






Selain daripada pilihan pencuci dan pemanis mulut serta kuih muih tradisional, Hotel Royal Kuala Lumpur turut menghidangkan seleksi goreng-gorengan yang terdiri daripada menu popular seperti Cucur Ikan Bilis, Pisang Goreng, Keladi Goreng, Keledek Goreng, Jemput Pisang .

Bukan itu sahaja, kalau korang lapar lagi, korang turut boleh enjoy menu light food seperti Roti Canai, Roti Telur, Roti Bom yang dihidangkan bersama dengan Kari, Dhal, Sambal Sardin dan banyak lagi.




Buffet Ramadan 2023 | Hotel Royal Kuala Lumpur
⭐ Buffet Ramadan 2023 termurah di tengah KL
⭐ Buffet Iftar 2023 berkonsepkan Citarasa Desa.
⭐ Buffet Ramadan hasil air tangan chef eksekutif, Chef Hafif dan team.
⭐ Lebih daripada 150 juadah menu berbuka akan dihidangkan.
✅ Seleksi menu citarasa desa dari pembuka selera, hidangan utama & pencuci mulut.
🤩 Must try menu: Seleksi Gulai, Daging Masak Hitam Manis, Asam Laksa, Udang Masak Lemak & Nanas, aneka Sambal & Ikan Bakar.
👉 Dihiburkan oleh persembahan daripada selebriti Kelly Azman & Ani Mayuni.



Tarikh buffet berbuka di Hotel Royal Kuala Lumpur:
24 Mac - 20 April 2023⁣.
Masa: 6.30pm - 10pm

Harga Buffet Ramadan 2023 Hotel Royal Kuala Lumpur
Dewasa RM88.00, Kanak-kanak/ Warga emas RM58.00⁣
*Promo: Beli 10, PERCUMA 1.

Hotel Royal Kuala Lumpur
Jalan Walter Granier, Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Contact: 0321486888

Website: www.hotelroyalkl.com
Facebook: www.facebook.com/hotelroyalkualalumpur
Instagram: www.instagram.com/hotelroyalkl


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS