Buffet Ramadan 2023: MAHA Buffet Ramadhan 2023

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Finally, ada juga restoran makanan yang akan buat buffet berbuka puasa yang terbesar di Malaysia pada tahun ini iaitu MAHA Buffet Ramadan 2023, hasil kerjasama 2 restoran makanan terkenal dan berpengalaman, Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong.

Kerjasama yang sudah lama dalam perancangan ini akhirnya akan direalisasikan pada buffet berbuka puasa pada tahun ini. Berkonsepkan ‘street food’ buffet dengan lebih daripada 200 seleksi menu, buffet yang mesra keluarga ini akan berlangsung bermula dari 25 Mac sehingga 20 April 2023.

Projek mega Ramadan, MAHA Buffet Ramadan 2023 hasil kerjasama 2 restoran ini akan mengambil lokasi di Dewan C, MAEPS Serdang. Untuk pengetahuan, sepanjang MAHA Buffet berlangsung, restoran Experiment Kitchen dan Restoran Mak Kimbong.

MAHA Buffet: Buffet Iftar Terbesar di Malaysia 2023.

Bertempat di Dewan C, MAEPS Serdang, lagi best adalah sebab lokasi kawasan makanan yang lebih luas, yang mampu memuatkan lebih kurang 1200 orang pada satu-satu masa dengan parkir yang disediakan secara percuma untuk mengunjung MAHA Buffet 2023.

Jangan risau juga sebab surau pun ada disediakan. Surau yang luas, bersih dan selesa untuk umat Islam solat. Good news lagi, pada 10 malam terakhir, siap ada Solat Jemaah Tarawih yang akan dianjurkan khas untuk pelanggan yang nak solat tarawih berjemaah.

Menggunakan konsep ‘Family Friendly Iftar’, MAHA Buffet Ramadan 2023 akan menyediakan lebih daripada 20 kawasan aktiviti untuk kanak-kanak dengan 2 Mega Kids Area untuk anak-anak bermain semasa ibu-bapa makan, supaya korang boleh makan sambil pantau anak bermain.



Restoran Mak Kimbong yang memang terkenal dengan kepakaran mereka didalam menyediakan masakan tradisional Melayu, yang juga ada hampir lebih daripada 10 tahun pengalaman turut akan menghidangkan menu popular restoran mereka.

Antara Menu Utama Citarasa Kampung yang akan dibawakan oleh Restoran Mak Kimbong adalah: 
★ Daging Tetel Asam Pedas,
★ Daging Masak Kari Kampung,
★ Ayam Sambal Bali,
★ Ayam Masak Lemak Rebung,
★ Ikan Keli Berlado,
★ Ikan Bilis Sambal Petai,
★ Pajeri Nenas,
★ Aneka kerabu, 
★ Ulam-ulaman dan aneka sambal,
★ dan banyak lagi!




MAHA Buffet Ramadhan 2023: Nasi Ayam Beranak.


Antara yang akan menjadi tarikan di MAHA Buffet 2023 adalah sebab ada lebih 200 sajian menu dengan 20 live stall coking. Bestnya dapat makan makanan panas-panas, dahla street food pula tu. Berbuka puasa fefeeling macam kat pasar malam dengan family.

Menu street food dan western ini akan dihidangkan oleh pihak Experiment Kitchen yang memang sudah terkenal dengan kepakaran mereka didalam masakan western. Kalau pergi ke restoran mereka pun ramai yang suka makanan western deorang ni.




Antara live stall makanan panas yang akan ada adalah:
★ Kambing grill, sotong grill, 
★  Apam Balik Station,
★ Takoyaki,
★ Roti John, Burger Station
★ Waffle, Ice Cream Station,
★ Cucur Udang, Colek Station
★ Roti Jala, Lempeng Station

Jangan risau, seleksi Menu Utama Masakan Western yang turut akan dihidangkan pun ada seperti:
★ Chicken Chop Grilled,
★ Smokey Sausage Grill, 
★ Swedish Meatball, 
★ Garlic Baguette,
★ Cajun Baked Potato,
★ Buttercorn Rice,
★ dan banyak lagi!






Untuk pengetahuan korang, menu yang dihidangkan di MAHA Buffet Ramadan Terbesar di Malaysia ini adalah sama untuk setiap hari pada bulan Ramadan, cumanya ada sedikit menu utama citarasa kampung yang akan rotate ikut hari.

Selain daripada hidangan seleksi makanan bakar-bakar, masakan kampung, western dan street food, korang juga boleh mencuba seleksi pencuci mulut, kuih-muih, Stall Kari dan Sup Station, dan yang paling menarik, Kids Station!






Untuk memeriahkan MAHA Buffet Ramadan 2023 nanti, program tadarus Al -Quran turut akan diadakan pada setiap hari sebelum berbuka selain daripada persembahan live band manakala pada tarikh yang tertentu, akan ada artis nasyid seperti Inteam, UNIC dan Rabbani.

Selain itu, akan ada juga sesi perkongsian kerohanian daripada penceramah undangan seperti:
🌸 Ustaz Shamsul Debat,
🌸 Ustazah Siti Nor Bahyah & Ustaz Wan Akashah,
🌸 Ustaz Adnin Roslan,
🌸 Ustaz Ahmad Dusuki.

Penyanyi dan penceramah undangan MAHA Buffet Ramadhan 2023.

Buffet Ramadan 2023 | MAHA Buffet Ramadhan 2023
⭐ Buffet Iftar terbesar 2023 kolaborasi Bersama Mak Kimbong & Eksperimen Kitchen.
⭐ Buffet berkonsepkan makanan 'street food' pertama di Malaysia.
⭐ Pilihan hot seat, VIP area, birthday area turut disediakan!
⭐ Lebih daripada 200 juadah menu berbuka akan dihidangkan.
✅ Seleksi makanan menu citarasa kampung, western & street food.
🤩 Must try menu: Sotong giant bakar, lauk campur Melayu, live stall food. 



Tarikh buffet berbuka di MAHA Buffet Ramadhan 2023:
24 Mac - 20 April 2023⁣.
Masa: 6.30pm - 10pm

Harga Buffet Ramadan 2023 MAHA Buffet
Dewasa RM89.90, Kanak-kanak/ Warga emas RM49.90⁣

MAHA Buffet
Experiment Kitchen x Restoran Mak Kimbong
Dewan C, MAEPS Serdang, Selangor.

Website: linktr.ee/munstermalaysia
Contact: 013-4600631
Booking disini: mahaiftarbuffet.yzza.io/e8876r
TikTok: www.tiktok.com/@mahabuffet

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS