Buffet Ramadan 2023: Thyme, PARKROYAL COLLECTION KL

Assalamualaikum dan hai korang!

Saya nak kongsikan dengan korang, buffet Ramadan Hotel 5 Bintang yang paling berbaloi untuk tahun ini, iaitu Thyme, PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Bintang. Thyme ni memang hari-hari ada buat buffet all-you-can-eat, tapi special untuk bulan Ramadan.

Thyme merupakan sebuah restoran yang terkenal dengan konsep 'All-day Dining Kuala Lumpur' yang popular dengan hidangan 'seafood on ice' / 'makanan laut fresh' dan sashimi style Jepun yang korang boleh makan secara unlimited!

Selain daripada makanan menu berbuka seperti Masakan Melayu, India dan Cina, korang juga boleh enjoy makanan lain seperti makanan dari Jepun, Arab dan banyak lagi dengan harga RM228 untuk seorang dewasa dan RM114 untuk kanak-kanak.

Buffet Ramadan 2023: Thyme, PARKROYAL COLLECTION KL

Thyme yang terletak di Tingkat Lower Lobby Level di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur menghidangkan seleksi menu bertemakan 'Selera Juadah Kampung' untuk buffet berbuka puasa pada tahun ini.

Menghidangkan seleksi menu juadah kampung dari Malaysia, India, China, Arab, Jepun, Western dan banyak lagi, ada banyak menu yang korang boleh cuba sampai kembung perut disini. Ada 3 bahagian yang mereka bahagikan untuk korang ambil makanan. Jangan lupa cuba semua tau.

Masuk je ke dalam area Thyme, ambience terus lain dengan decorasi alfresco-style dining dan dengan alunan muzik live ghazal, sebab itu lah saya cakap yang ini merupakan buffet hotel yang paling exclusive yang kami makan tahun ini.

Buffet Ramadan 2023: Thyme, PARKROYAL COLLECTION KL

Buffet Ramadan 2023: Thyme, PARKROYAL COLLECTION KL

BAHAGIAN DISPLAY DALAM

Rambang perut saya tengok menu masakan kampung yang disediakan oleh Thyme, PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur. Bukan setakat menu juadah kampung yang nenek atau mak kita selalu masak je ada, tapi pilihan menu makanan laut dalam masakan kampung pun ada.

Antara makanan Melayu yang korang perlu cuba di buffet berbuka puasa di Hotel PARKROYAL COLLECTION adalah:
⭐ Udang Galah Masak Lemak,
⭐ Ikan Mayong Asam Pedas,
⭐ Steamed Fish Garupa Fillet with Garlic,
⭐ Siput Sedut Masak Lemak,
⭐ Telur Itik Masak Lemak, 
⭐ Daging Salai Masak Lemak,
⭐ Daging Dendeng,
⭐ Gulai Daging, 
dan banyak lagi!




Dah  kalau tema juadah kampung, mestilah kena ada Ulam-ulaman, Kerabu dan Sambal kan. Disini juga korang boleh makan seleksi bahagian kampung dengan pelbagai pilihan ulam-ulaman dan kerabu yang korang boleh pilih.

Banyak juga pilihan Sambal dan Kerabu yang dihidangkan.






Disebabkan PARKROYAL COLLECTION Kuala Lupur terkenal dengan menu seafood-on-ice ini, saya pun nak cuba seleksi makanan laut yang ada disini seperti udang galah, kerang clam dan mussel, ketam, sotong, udang dan of course tiram!

Rupa-rupanya korang boleh minta chef untuk masakan seafood ini ikut style apa yang korang nak contoh macam Kam Heong Style atau hanya rebus. Tapi wajib untuk try oyster secara mentah dengan hirisan limau. 



Jatuh cinta dengan buffet Ramadan terbaik 2023 ini sebab ada bahagian Sushi dan Sashimi yang dipotong halus untuk kita makan. Saya ni skeptikal sikit masa mula nak cuba takut tak sedap, tapi lepas cuba satu Sashimi Scallop, terus nak refill lagi sebab sedap dan fresh sangat.

Bagi saya, kalau korang datang ke buffet makan malam atau buffet Ramadan di Thyme PARKROYAL  tapi tak rasa seleksi Sashimi ni, memang sangat rugi.


Saya juga impress sebab ada bahagian manisan daripada Turkey dan Arab. Unik sangat menu dia, sesuai untuk mereka yang baru nak merasa pilihan manisan daripada Arab ni. Selain itu, ada juga manisan yang viral tahun lepas, Kunafa untuk korang cuba.



Buffet Ramadan 2023: PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur



Selain daripada aneka pilihan juadah kuih-muih tradisional, kuih dan biskut Raya, buffet berbuka puasa  PARKROYAL COLLECTION KL turut menghidangkan seleksi pencuci mulut dan pemanis mulut seperti kek, puding, agar-agar untuk korang cuba.

Untuk peminat pencuci mulut yang sejuk, korang juga boleh cuba ABC - Ais Kacang, dan juga pilihan Ais Krim daripada jenama yang terkenal, Haagen Dazs. Saya personally memang suka ais krim jenama ni, memang few times refill haritu makan ais krim je ^_^




BAHAGIAN LUAR

Kalau nak masuk je ke Thyme ni, korang perlu turun escalator atau lift untuk jalan kat bahagian luar ni. Kat sinilah terletaknya bahagian stall makanan Nasi Kandar Penang - India, Nasi Ayam Hainan - Cina dan Nyonya sebelum korang berjalan untuk ke bahagian teres luar live cooking. 

Buffet Ramadan 2023: PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur


Jangan lupa cuba seleksi makanan Cina dan Nyonya yang ada disini seperti aneka Dimsum. 

Antara yang menu Cina yang unik yang korang boleh cuba termasuklah Pau dan Nasi Daun Teratai (Lotus Leaf Rice) yang merupakan sebuah hidangan Cina klasik yang terdiri daripada pulut yang dibungkus dan dikukus dalam daun teratai.

Buffet Ramadan 2023: PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur


BAHAGIAN LUAR - OUTDOOR

Dari dalam dah boleh nampak kat bahagian tepi cermin yang ada live stall station kat luar. Bagus lah macam ni, tak adalah kita nak bau asal ke masa deorang masak. 

Korang boleh dapatkan pelbagai makanan di Live Station di bahagian teres luar Thyme, PARKROYAL COLLECTION KL seperti char kuey teow, murtabak, roto john, roti canai, mini burger yang baru sahaja dimasak. Makan panas-panas sedap wei.

Selain itu, dapatkan juga pelbagai jenis buah-buahan tempatan dan juga buat Rojak Buah kat bahagian luar ni. Saya suka dengan seleksi buah yang banyak dan ada juga buah yang jarang nak jumpa seperti buah Limau Bali.


Buffet Ramadan 2023: PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur



Selain itu, of course lah ada menu wajib disetiap buffet Ramadan, iaitu Kambing Golek. Turut menjadi pilihan adalah Satay dengan Kuah Kacang serta aneka daging dan makanan laut yang dipanggang. Jangan lupa untuk berjalan ke bahagian luar untuk dapatkan menu live stall ni tau.




Buffet Ramadan 2023 | PARKROYAL COLLECTION KL
⭐ Buffet Ramadan 2023 yang bertemakan 'Selera Juadah Kampung'.
⭐ Buffet Ramadan dalam Hotel yang paling exclusive yang kami makan tahun ini.
⭐ Banyak menu yang korang boleh cuba sampai kembung perut disini.
⭐ Masuk je sini, ambience terus lain dengan alfresco-style dining & deco.
✅ Seleksi menu juadah kampung dari Malaysia, India, China, Arab, Jepun, Western dan banyak lagi!
🤩 Must try menu: Seafood on ice, Sashimi, Nasi Briyani Gam Johor Lamb Shank, Ikan Bakar Portuguese, Gulai Kawah, Rojak Lambung Mamak
👉 Anda akan dihiburkan dengan persembahan tradisional Ghazal sepanjang dine-in.
⭐Ada juga option untuk dine-in di 'Tingkat 2, Nostalgia Bazaaria Negeri' yang menghidangkan seleksi makanan dari 13 negeri di Malaysia.


Promo buffet Ramadan 2023 PARKROYAL COLLECTION KL

Tarikh buffet berbuka di Thyme, PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur:
24 Mac - 21 April 2023⁣.
Masa: 6.30pm - 10.30pm

Harga Buffet Ramadan 2023 Thyme, PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur
Dewasa RM228.00, Kanak-kanak RM114.00⁣

PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur
Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, 
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Contact: 03-27828493/ 8411

Website: www.panpacific.com/kualalumpur
Instagram: www.instagram.com/parkroyalcollectionkl
Facebook: www.facebook.com/PARKROYALCOLLECTIONkl


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS