Jumpa Dato' Sri Siti Nurhaliza di Jelajah IKON Madani 2023

Salam sejahtera dan Salam Malaysia Madani,

Pada 3 Jun 2023 yang lepas, saya telah berkesempatan untuk menghadiri sesi Townhall Ikon Nasional pada Jelajah IKON Madani Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan - Program Jelajah Ikon Madani (IKON) yang telah berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Jelajah IKON Madani Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan telah dianjurkan oleh Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri dan Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Slot Bual Bicara IKON (Townhall Ikon Nasional) turut menampilkan YB Dato' Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat beserta dengan penampilan istimewa Dato' Sri Siti Nurhaliza yang mewakili CTDK Holdings Sdn Bhd.

Dato' Sri Siti Nurhaliza di Jelajah IKON Madani Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan

Jelajah IKON Madani

Merupakan sebuah inisiatif Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Jabatan Perdana Menteri dalam menganjurkan program yang bersifat perkongsian ilmu dan pengalaman dari tokoh-tokoh berjaya tanah air dalam pelbagai bidang.

Program ini dianjurkan dengan misi untuk memberi semangat dan pendedahan kepada para mahasiswa dalam melahirkan graduan mentaliti kelas pertama. Program ini merupakan kesinambungan dari kejayaan PRIHATIN menganjurkan program Jelajah Ikon Madani 2022.

Slot Bual Bicara IKON (Townhall Ikon Nasional) menampilkan Dato' Sri Siti Nurhaliza


Majlis IKON Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan 2023 telah dirasmikan oleh YB Dato' Johari bin Abdul, Yang di-Pertua Dewan Rakyat tempoh hari. 

Majlis turut dihadiri Dato' Dr. Muhammad Agus Bin Yusoff, Ketua Pengarah J-KOM, Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar, Pengerusi MAIWP, Prof. Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Haji Toriman, Naib Canselor UKM, Dato' Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, En. Mohd Nizam bin Yahya, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dr. Jafri Bin Abu, Pengarah Pendidikan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor.

Majlis IKON Peringkat Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan 2023 turut diharini oleh lebih daripada 3,500 pelajar daripada UKM, UiTM, USIM, UPM, UPNM, UCMI dan KPTM.


Sesi bual biacara bersama Dato' Sri Siti Nurhaliza di Jelajah IKON Madani 2023

Dato' Sri Siti Nurhaliza di Jelajah IKON Madani 2023

Sebuah pengalaman yang menarik apabila saya sertai majlis ini sebab dapat lihat bagaimana mentaliti anak muda mahasiswa dan mahasiswi zaman sekarang. Rupanya ramai yang buat pendapatan sampingan dan ada impian yang tinggi untuk berjaya.

Seronok apabila lihat banyak soalan yang membina dibangkitkan oleh pelajar-pelajar yang bertanya kepada panel jemputan. Siap ada soalan yang lain daripada luar kotak ditanya.

Terima kasih juga kepada artis kesayangan Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza sebab sudi kongsi pengalaman dan perjalanan beliau didalam industri hiburan tanah air, dan juga perjalanan beliau didalam perniagaan yang dijalankannya.




Hasil pembiayaan MAIWP, Yayasan Hasanah, agensi-agensi kerajayaan dan Wilayah Persekutuan, seramai lebih daripada 4,000 pelajar telah berjaya dibantu dengan pemberian bantuan awal pendidikan seperti bantuan tunai, cermin mata, komputer riba dan beg keperluan asas.

Semoga hasil sumbangan dan sesi perkongsian ini dapat mendorong dan menjadi pembakar semangat kepada mereka yang hadir dan menerima untuk mencorak langkah lebih tinggi terutamanya apabila sudah taman tempoh pengajian tinggi di universiti nanti.

Berpeluang untuk bergambar dengan Dato' Sri Siti Nurhaliza ^_^


Tentang Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN)

Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) merupakan sebuah organisasi kebajikan yang ditubuhkan untuk menyediakan pelbagai bantuan kepada golongan miskin dan tidak berkemampuan terutamanya di kalangan golongan muda ke arah kehidupan yang lebih baik melibatkan 3 teras utama iaitu Pendidikan, Keusahawanan dan Kepimpinan.


Yayasan Prihatin Nasional
Website: www.yayasanprihatin.com
Facebook: www.facebook.com/prihatinonline
Instagram: www.instagram.com/yayasanprihatin

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS