Lisa Surihani Duta Daia Hijab All Day Freshness

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Bila bercakap tentang sabun pencuci baju, jenama Daia antara jenama yang akan terlintas difikiran ibu-ibu yang mencari sabun pencuci baju untuk rumah. Sabun Daia menjadi pilihan bukan sahaja kerana wangian nya yang tahan lama, tapi juga kerana harganya yang mesra poket.

Kini Daia tampil dengan produk terbaru mereka, Daia Hijab All Day Freshness. Lebih menarik lagi, Daia juga turut mengumumkan duta terkini mereka, pelakon kesayangan Malaysia, Lisa Surihani yang juga rupanya merupakan pengguna Daia.

Daia Hijab All Day Freshness sangat sesuai digunakan oleh semua orang, bukan hanya untuk cucian tudung semata-mata, terutamanya cuaca di Malaysia yang sentiasa panas dan akan menyebabkan kita sentiasa berpeluh.

Lisa Surihani Duta Daia Hijab All Day Freshness

Cuaca di Malaysia yang sentiasa panas, makanya akan buatkan kita sentiasa berpeluh. Yang pakai tudung tu tahu lah macam mana kat tudung selalu melekat kesan peluh kan. Kadang-kadang tu susah nak tanggal, maka dengan itu korang boleh cuba sabun Daia Hijab All Day Freshness.

Daia Hijab bukan sahaja akan membantu buang kesan peluh di pakaian dan tudung, malah akan membasmi bau yang tak best selain daripada membantu membasmi 99.9% bakteria dan akan pastikan pakaian bau sentiasa segar dan tak bau hapak.

Didatangkan didalam 2 variasi, dalam bentuk cecair dan serbuk, memudahkan korang untuk pilih jenis sabun pakaian mana yang korang suka pakai.



Daia Hijab All Day Freshness dirumuskan khas dengan formula terkini daripada Daia, Teknologi Smart Ion dan Kawalan Bau Peluh yang mampu memastikan pakaian sentiasa berbau segar, neutral, bersih dan menghapuskan bau peluh.

Daia Hijab All Day Freshness diformulasi dengan:⁣

🌸 Teknologi Smart Ion,⁣
🌸 Kawalan Bau Beluh,⁣
🌸 Mampu membasmi 99.9% bakteria, ⁣
🌸 Menanggalkan kotoran degil,⁣
🌸 Menghapuskan bau peluh ketika dicuci,⁣
🌸 Meneutralkan bau ketika dipakai.⁣

Lisa Surihani Duta Daia Hijab All Day Freshness

[TVC Daia Hijab - Daia Hijab Segar untuk Hijab, Segar untuk Keluarga]


Tahniah saya ucapkan kepada Lisa Surihani kerana dilantik menjadi Duta Jenama rangkaian produk Daia. Lisa kongsikan yang dia kenal Daia dah lama, sejak kecil lagi sebab ibu Lisa pakai sabun Daia, dan Lisa pun dah lama pakai sabun pencuci pakaian Daia dirumah.

Kata Lisa Surihani lagi, Daia Hijab All Day Freshness adalah sabun yang serba guna sebab boleh pakai satu produk untuk cuci pakaian dan tudung. Daia Hijab bukan sahaja akan membantu mencuci dengan bersih malah akan berikan kesegaran yang berpanjangan.

Lisa Surihani Duta Daia Hijab All Day Freshness


Korang kini boleh dapatkan sabun pencuci pakaian Daia Hijab All Day Freshness yang didatangkan didalam 2 variasi, cecair dan serbuk di semua pasaraya terkemuka diseluruh Malaysia.

Harga Daia Hijab All Day Freshness Liquid Detergent:
👉 RM26.90 - 3.8kg
👉 RM11.90 - 1.7kg

Harga Daia Hijab All Day Freshness Powder Detergent:
👉 RM5.95 - 750g
👉 RM15.90 - 2.3kg
👉 RM25.50 - 3.8kg



Daia Malaysia
Facebook: www.facebook.com/daiamalaysia

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS