Produk Review Secret Desire ProVita - Cheta

Hi dan Salam sejahtera korang~

Secret Desire Skin Care & Cosmetics yang telah diasaskan sejak dari tahun 2014 lagi oleh Puan Rozita Baharom atau lebih mesra dengan panggilan Cheta. Syarikat yang mengeluarkan pelbagai barangan kosmetik dan skin care kini dah ada lebih daripada 50 produk barangan keluaran jenama ini.

Secret Desire kini melancarkan produk campuran minuman botani terbaru keluaran Secret Desire Skin Care & Cosmetics, Provita/ ProVita White New ✨🫅🏻 yang berfungsi untuk memutihkan, mengecutkan jerawat, membantu masalajh pigmentasi, dan membantu menguatkan sistem imun badan.


Menurut Cheta, ProVita yang terbaru ini merupakan produk baru yang menggantikan produknya yang dahulu yang didalam bentuk serbuk. Provita White New ini dijangka boleh membantu lebih ramai orang dengan kandungannya yang lebih pekat dan berkesan.

Diperkaya dengan bahan kandungan utama, Opitac - yang bertindak sebagai agen antioksidan yang melawan masalah radikal bebas yang boleh membantu masalah penuaan selain dapat memberikan tenaga buat sesiapa yang minum minuman botani ini.



Apa yang membezakan minuman botani Secret Desire - ProVita dengan minuman berkolagen yang sudah ada dipasaran adalah sebab ProVita tidak mengandungi kolagen. Tak semua orang sesuai ambil kolagen sebab boleh sebabkan kenaikkan badan dan ada setengah penyakit wanita tak boleh consume.

Jadi dengan itu, mereka ini boleh cuba ProVita sebagai makanan tambahan untuk memberikan tenaga, membantu masalah kulit terutamanya jerawat dan pigmentasi dan juga masalah radikal bebas didalam badan dengan bantuan antioksidan Opitac.


Dengan formula dan bungkusan baru, korang boleh terus makan ProVita pada bila-bila masa, dimana-mana sahaja tanpa perlu bancuh sebelum minum. Mudah untuk korang yang tak rajin nak bancuh-bancuh.

Bahan Kandungan ProVita White New:
👉  RO Water, Red Grape Juice, Powder, Elderberry Powder, Roselle Powder, Multivitamin, Grapeseed Extract, Opitac, Soybean Extract, Melon Fruit Extract, Licorice Extract, Ascorbic Acid, Coenzyme Q10, Inulin.

Cara pengambilan Secret Desire - ProVita
Ambil 1 sachet sebelum sarapan pagi atau sebelum tidur sekali sehari. Produk sesuai diamalkan oleh mereka yang berumur 18 tahun ketas.

Review Secret Desire - ProVita
Saya dah rasa ProVita New White dan suka dengan rasa dia. Secara jujurnya, ProVita ni tak ada rasa apa sangat. Boleh rasa manis ekstrak buah sikit, dengan rasa pekat tu. Tak ada rasa masam ke apa pun sangat. Packaging pula memang mudah nak makan dengan pouch yang kecil dan nipis.



Bahan kandungan didalam ProVita White New ini dapat membantu untuk masalah:
✅ Mencantikkan dan merawat masalah kulit,
✅ Membantu memutihkan kulit,
✅ Membantu mengecutkan jerawat,
✅ Membantu memudarkan parut pigmentasi,
✅ Membantu memberikan tenaga,
✅ Menguatkan imun badan.

ProVita juga ada sijil akridetasi GMP pengkelasan makanan dan kini sedang didalam mendapatkan sijil Halal daripada JAKIM. Produk ProVita juga ada pengesahan daripada MeSTI.

Bersama dengan Pengasas Secret Desire - Puan Rozita Baharom @ Cheta

Harga Secret Desire - ProVita:
1 kotak (7 pek): RM59.00
* Boleh ke laman sosial Secret Desire untuk tengok promosi terkini.

Cara dapatkan Secret Desire - ProVita:
Korang boleh dapatkan ProVita melalui agen-agen berdaftar Secret Desire atau melalui laman sosial rasmi Secret Desire.

Secret Desire

Contact: 016-418 7602
Instagram: www.instagram.com/secretdesireofficial
Founder: www.instagram.com/chetapotpet_sdfounder
Facebook: www.facebook.com/Secret Desirè One Stop Mall HQ







Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS