Aktiviti Menarik di Putrajaya Mengikut Presint

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Putrajaya dapat namanya dari "Putra"- Sempena dengan nama Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri yang pertama, Almarhum Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, dan "Jaya" - yang membawa maksud berjaya.

Putrajaya sebelum ini sebenarnya merupakan bekas tapak ladang kelapa sawit yang dahulunya dikenali dengan nama Prang Besar. Dibina dengan keluasan 4,931 hektar, Putrajaya terbahagi kepada 20 presint dengan 5 daripadanya adalah merupakan pusat wilayah Putrajaya.

Menariknya, Putrajaya sebenarnya merupakan sebuah bandar yang dirancang dengan 38% daripada keluasannya merangkumi kawasan hijau. 

What To Do in Putrajaya? | Aktiviti Menarik di Putrajaya Mengikut Presint


PRESINT 1

💖 Cruise Tasik Putrajaya - Sukan & Rekreasi
Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya.
Waktu operasi: Setiap Hari (9am-7.30pm)

Cruise Tasik Putrajaya  telah beroperasi sejak dari 31 Ogos 2003. Untuk feri jenis cruise ni, deorang ada 2 jenis, iaitu yang Double Deck (Sebarau dan Kelah) dan Single Deck (Belimbing dan Daun). Menariknya lagi, selain sightseeing, korang pun boleh ambil pakej dining sambil cruise. 

Selama 45 minit menaiki cruise ni, korang boleh menikmati permandangan dari Tasik Putrajaya yang akan membawakan 20 tarikan menarik di Putrajaya termasuklah:
✅ Masjid Putrajaya, 
✅ Istana Darul Ehsan,
✅ Jambatan Wawasan, 
✅ Monumen Alaf Baru, 
✅ Istana Kehakiman,
✅ Jambatan Putra
dan banyak lagi.

Harga tiket Cruise Tasik Putrajaya: Dewasa RM30.00/ Kanak-kanak RM20.00
Harga tiket Perahu Dondang Sayang: Dewasa RM20.00/ Kanak-kanak RM12.00
*Juga terdapat harga warga emas, kad pelajar dan pekerja kerajaan.

Selain bot cruise, korang yang nak romantik, boleh cuba naik Perahu Dondang Sayang ataupun Love Boat sebab dengan kapasiti hanya 2 - 6 orang untuk perjalanan yang lebih intim dan romantik. Yang dua ni memang korang kena buat tempahan dahulu tau.

Cruise Tasik Putrajaya

Cruise Tasik Putrajaya

Pakej dining makan di atas Cruise Tasik Putrajaya

💖 Putra Mosque (Masjid Putra) - Senibina Ikonik/ Pelancongan Islam
Alamat: Persiaran Persekutuan, Presint 1, 62502 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari (6am-10pm)

Masjid Putra atau Pink Mosque yang merupakan mercu tanda yang paling popular di Putrajaya yang terletak berhampiran dengan Perdana Putra di Presint 1. Masjid Putra yang dibina di atas tapak berkeluasan 1.37 hektar pada Jun 1997, mula beroperasi sepenuhnya pada 30 Ogos 2000.

Pada keseluruhannya, konsep rekabentuk Masjid Putra adalah berdasarkan senibina Parsi zaman kerajaan Safawe. Senibina tradisional digunakan bagi mengharmonikan perubahan bentuk segi empat (Dewan Solat) kepada bentuk bulat (kubah) dengan memperkenalkan segi lapan (octagon) sebagai bentuk perantaraan. 

Konsep rekabentuk bertingkat-tingkat menjadikan Masjid Putra mempunyai identitinya yang tersendiri dengan sebahagian besar kawasan masjid dikelilingi Tasik Putrajaya yang menjadikan Masjid Putra kelihatan terapung-apung dipermukaan tasik. 

Masjid Putra boleh memuatkan 15,000 orang jemaah pada satu-satu masa.

Masjid Putra/ Pink Mosque, Putrajaya




💝 Discover Putrajaya Story - Destinasi Makanan & Membeli Belah
Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari (10am-5pm)

Discover Putrajaya merupakan tarikan baharu pelancong yang terletak di tengah-tengah Putrajaya. Lokasinya mudah diakses terletak bersebelahan Dataran Putra, Discover Putrajaya Story bertujuan untuk memberikan 3E (Education, Experience & Enjoyable) kepada pengunjung.

Lebih kurang macam muzium sebab ada part yang berkisar tentang fakta sejarah, mercu tanda dan acara utama di Putrajaya. Selain daripada cerita tentang Putrajaya korang boleh bergambar dalam alam fantasi dengan reka cipta dalaman yang dilengkapi lampu warna-warni dan struktur klasik disini.

Melawat Discover Putrajaya Story



💝 Souq Shoppe @ Putrajaya - Destinasi Makanan & Membeli Belah
Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya
Waktu operasi: Setiap Hari (9am-9pm)

Kedai coklat terbesar di Lembah Klang, Souq Shoppe Putrajaya juga merupakan tarikan terbaru di Putrajaya. Kedai yang berkeluasan 11,000 meter persegi ini menawarkan pelbagai jenama tempatan dan antarabangsa seperti Dam, Kinder Bueno, Pepero, Nutella, Loacker dan Ferrero.



💝 Moroccan Pavilion Putrajaya - Senibina Ikonik
Alamat: Presint 1, 62000 Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari (9am-12pm / 3pm-5pm) - Isnin tutup.

Yang kaki OOTD dan kaki bergambar mesti jangan lepaskan peluang untuk berkunjung ke Moroccan Pavilion. Lokasi ini merupakan lokasi hot banyak brand buat shooting kat sini. Ramai student yang graduasi pun ambil gambar disini.

Moroccan Pavilion Putrajaya menjadi tarikan kerana tiang, gerbang, dinding mozek, halaman air pancut dan panel kayu yang diukir berat disatukan dalam himpunan seni bina Afrika Utara yang menakjubkan mewujudkan suasana pavilion tipikal Maghribi.

Menggunakan tekstur, warna, permainan cahaya dan bayang-bayang, dan juga aroma, pavilion membangkitkan suasana romantis dan indah yang sempurna untuk renungan dan refleksi. Deorang gunakan khidmat pakar tukang untuk hasilkan karya seni yang rumit untuk siling, tiang dan dinding.

Harga tiket masuk Moroccan Pavilion Putrajaya: Dewasa RM3.00/ Kanak-kanak RM1.
*Pembelian tiket boleh dibeli di kaunter VIC Taman Botani
* Untuk sesi photografi dan videografi, ada cas tambahan dikenakan.



PRESINT 5

Equestrian Park Putrajaya Sukan & Rekreasi
Alamat: Presint 5, 62000, Putrajaya, WP Putrajaya., Putrajaya, Jalan Kandang Kuda, Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari (8.30am-10.30am / 4.30pm-6.30pm) - Isnin tutup.

Taman Ekuestrian Putrajaya (TEP) ialah pusat ekuestrian bertaraf dunia Putrajaya terletak di pinggir Taman Puncak Selatan (berhampiran PICC). Taman seluas 70 ekar ini menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan ekuestrian untuk tunggangan awam, pertandingan, lawatan ke kandang kuda, pelajaran menunggang dan banyak lagi. 

Harga Pakej Riding School di Equestrian Park Putrajaya adalah bermula dari RM650 untuk beginner, RM800 untuk intermediate dan RM850 untuk advance dan semua kelas adalah kelas 1 to 1, private.

Harga naik kuda horse recreational di Equestrian Park Putrajaya:
✅ Joy Ride: Dewasa RM15.00/ Kanak-kanak RM10.00
✅ Stable Tour: Weekday RM20.00/ Weekend RM25.00
✅ Photoshoot: Weekday RM250.00/ Weekend RM300.00

Equestrian Park Putrajaya - Taman Ekuestrian Putrajaya

Naik kuda di Equestrian Park Putrajaya - Taman Ekuestrian Putrajaya

Equestrian Park Putrajaya - Taman Ekuestrian Putrajaya

Taman Cabaran Putrajaya Sukan & Rekreasi
Alamat: Jalan P5, Presint 5, 62200 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Waktu operasi: Ahad, Isnin, Selasa & Khamis (10am-8pm), Rabu, Jumaat & Sabtu (10am-10pm)
*Tutup pada Isnin minggu pertama dan ketiga.

Taman Cabaran Putrajava menawarkan kemudahan sukan ekstrem yang terbaik sejak dibuka pada tahun 2010. Kawasan hijau seluas 46.73 hektar yang terletak di Presint 5 ini, terdiri daripada Kompleks Sukan Mendaki (gim sukan mendaki tertutup/indoor wall climbing gym), Kompleks Sukan Luncur (gelanggang sukan luncur/skatepark), Thrill Park (laluan denai basikal MTB/Bike Park) dan Amphiteater ( kawasan dataran untuk kanak-kanak dan pengunjung amatur untuk berlatih)

Harga masuk dan sewa peralatan memanjat disini:
✅ Dewasa RM6.00/ Kanak-Kanak RM3.00
✅ Climbing Rope RM15.00 - 3 jam
✅ Harness RM5.00 - 3 jam 
✅ Climbing Shoe RM7.00 - 3 jam
✅ Chalk Bag RM3.00 - 3 jam
✅ Belay Device RM4.00 - 3 jam



PRESINT 13

🌏 Putrajaya Wetlands Park (Taman Wetland Putrajaya) - Eko Pelancongan
Alamat: Presint 13, Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari (7am-7pm) - Isnin tutup.

Taman awam di Taman Wetland Putrajaya yang berkeluasan 3.35km persegi in dibangunkan untuk tujuan mengekalkan kehijauan serta sebagai 'Green Lung' di dalam pembangunan Putrajaya. Taman Wetland Putrajaya adalah tanah lembap air tawar buatan manusia pertama negara, yang merangkumi 24 sel kawasan tanah lembap. Unik kan?

Wetlands putrajaya diiktiraf status unesco kena maintain urban diversity one of the 7 wetlands in the world.

Keindahan dan kehijauan Taman Wetland telah berjaya menjadikannya habitat kepada lebih 59 spesies burung penghijrah dan 200 spesies burung tempatan serta lebih daripada 24 spesies ikan air tawar dan haiwan akuatik. 

Kat sini, selain daripada taman dan trek laluan untuk bersenam, korang juga boleh menikmati tarikan pengunjung seperti Flamingo Pond, Menara Pandang dan Glamping @ Wetland Putrajaya (GL@W) untuk pelbagai aktiviti perkhemahan, eksplorasi alam dan sebagainya.



🌏 Urban Birding Hotspot Eko Pelancongan
Alamat: Taman Wetland Putrajaya, Presint 13, Putrajaya
Feeding time: Setiap hari (11am dan 4pm)

Kita bertuah sebab Taman Wetland Putrajaya merupakan salah satu destinasi 'Urban Birding Hotspot' yang menjadi pilihan banyak jenis burung untuk migrate dan tinggal disini. Peminat birdwatching juga bertuah sebab korang boleh jumpa lebih daripada 200 spesies burung di Taman Wetland Putrajaya.

Antara burung yang korang boleh jumpa disini termasuklah burung belatuk, burung matahari, bittern dan banyak lagi. Korang boleh naik menara tinjau sepanjang 18 meter atau berjalan di sepaniang denai alam semula di Taman Wetlands Putrajaya, Taman Botani dan Taman Rimba Alam.

Untuk mereka yang nak tengok Flamingo, itik dan swam diberi makan, korang boleh datang ke Taman Wetland Putrajaya pada setiap hari jam 11pagi dan 4.30pm untuk tengok staff kat sini bagi makan burung-burung ni.

Jom tengok gambar burung yang saya sempat tangkap menggunakan peranti peningkatan visual seperti teropong dan teleskop dibawah.

Burung di Urban Birding Hotspot, Taman Wetland Putrajaya


🌏 Wetland Studios PutrajayaSukan & Rekreasi
Alamat: Persiaran Persekutuan, Presint 13, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Waktu operasi: Setiap hari (10am-7pm)

Wetland Studios Putrajaya ialah taman tema dalaman edutainment yang korang petut datang kalau ke Putrajaya. Sesuai dengan lokasi yang terletak di dalam Taman Wetland Putrajaya, studio milik KRU Group ini turut ada banyak display haiwan dengan lampu LED.

Kat sini, korang boleh dapat banyak ilmu baru tentang sejarah haiwan masa lalu, masa kini dan bagaimana kita boleh membentuk masa depan yang lebih baik sebagai generasi akan datang serta tentang flora dan fauna juga.

Dibahagikan ke beberapa area untuk korang explore dan belajar iaitu:
✅ Caventure, 
✅ Jungle Jive,
✅ Sky Sanctuary,
✅ Flamingo Parade,
✅ Skydream VR,
✅ Artopia,
✅ Arviary Archive,
✅ Eduplay Center,
✅ Micration in Motion,
✅ Insectopia,
✅ Dinosaur Encounter,
✅ Stegodon Big Break.

Harga tiket masuk Wetland Studios Putrajaya: Dewasa RM25.00/ Kanak-kanak RM15.00
*Kanak-kanak bawah 3 tahun masuk percuma.

Wetland Studios Putrajaya


Wetland Studios Putrajaya


🌏 Pusat Rekreasi Air Putrajaya/ Lake Recreation Centre Sukan & Rekreasi
Alamat: Exit, Persiaran Utara, Presint 1, 62000 Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari (8am-6.30pm) - Isnin tutup.

Tahu tak, sebenarnya kawasan Pusat Rekreasi Tasik Putrajaya (PLRC) ini berfungsi sebagai takungan sekunder dan bahagian filter air tasik yang mengalir disekeliling Putrajaya. Lepas beberapa tahun, tanah lembap ini menjadi syurga hijau yang penuh dengan flora dan fauna dengan lokasi yang dekat dengan Taman Wetlands Putrajaya.

Banyak aktiviti menarik berasaskan air yang korang boleh buat di PLRC dengan harga yang sangat berpatutan:
✅ Memancing (Machine rod) RM20.00/RM25.00 - 1 hari
✅ Memancing (Telescopic rod) RM10.00/RM15.00 - 1 hari
✅ Paddle Boat 4+1 RM20.00/RM30.00 - 30 minit
✅ Kayak Single RM10.00/ RM15.00 - 1 jam
✅ Kayak Double RM15.00/RM20.00 - 1 jam
✅ Stand-up Paddle RM10.00/RM15.00 - 1 jam
*Ada dua harga untuk weekday dan weekend.



🌏 Glamping @ Wetland Putrajaya (GL@W) Sukan & Rekreasi

Glamping @ Wetland Putrajaya (GI@W) merupakan tarikan terbaru di Putrajaya, yang membawakan konsep berkhemah dengan gaya mewah.  Mula dibuka kepada orang ramai pada 9 Disember 2021 lalu di Taman Wetland, Presint 13. 

Selain bermalam di GLOW Glamping Putrajaya, korang juga boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik seperti bermain di Challenge Park, memanah, trampoline, indoor games,  ATV, Flying Fox, Night Trail dan buaian sarang burung. 

GLOW Glamping Putrajaya sama provider macam di Gopeng Glamping Park, jadi setiap pakej untuk hari minggu memang dah termasuk dengan buffet makan 4 kali sehari (sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam). Weekdays saja korang boleh sewa ikut harga khemah.



PRESINT 14

💖 Nasyrul Quran Complex (Kompleks Nasyrul Quran) - Pelancongan Islam
Alamat: Presint 14, 62050 Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari (8.30am-5pm) - Ahad tutup.

Kompleks Nasyrul Quran merupakan Pusat Pencetakan Al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd di Madinah. Nama 'Nasyrul Quran' dilhamkan daripada perkataan Arab yang bermaksud 'Penyebaran al-Quran'.

Kompleks ini menyasarkan percetakan sejuta naskhah al-Quran setahun dengan 70 peratus untuk kegunaan domestik manakala selebihnya bole diwakafkan kepada negara lain yang memerlukannya. 

Disini juga korang boleh lihat sendiri proses pembuatan dan percetakan Al-Quran selain terdapat ruang galeri pameran naskah Al-Quran lama dari zaman Rasullulah sehinggalah sekarang. Nak beli  Al-Quran pada harga kilang pun boleh datang sini terus.


Guinness World Records - The Largest Book 5m x 8.06m (Buku terbesar didunia)


PRESINT 15

🌸 Kebun Komuniti Presint 15 - Pelancongan Berasaskan Komuniti
Alamat: Presint 15, Putrajaya.

Projek Perintis Penternakan Madu Kelulut Presint 15 yang dinisiatifkan secara bersepadu bersama penduduk setempat pada Mac 2016 sekarang dah ada lebih daripada 100 lot dengan hasil kutipan madu kelulut sebanyak 80kg kelulut setiap bulan.

Proiek penternakan kelulut di Pinggiran Taman Rimba Alam ini sangat berdaya maju dan berpotensi besar untuk diperluaskan sebagai lokasi pelancongan berteraskan urban agriculture yang menekankan kepada urban beescape (gabungan persekitaran mesra lebah) kerana kawasan ini kaya dengan pelbagai spesis pohon menghasilkan getah damar yang diperlukan bagi membuat sarang kelulut.

Korang yang nak datang support local, boleh lah sokong mereka dengan cara membeli madu kelulut yang dijual oleh komuniti disini ya.

Madu Kelulut - Kebun Komuniti Presint 15 

Madu Kelulut - Kebun Komuniti Presint 15 

Madu Kelulut - Kebun Komuniti Presint 15 

PRESINT 16

🌸 Taman Warisan Pertanian PutrajayaEko Pelancongan
Alamat: No.7, Jalan P16, Presint 16, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Waktu operasi: Setiap hari (7am-10pm)

Taman Warisan Pertanian mempamerkan pembangunan pertanian komersial negara termasuk pokok getah, kelapa sawit, kopi, teh, koko, buah-buahan, herba dan rempah ratus. Taman vang berkeluasan lebih 14.4 hektar ini adalah rumah kepada lebih daripada 170 tumbuhan dan spesies pokok.

Antara aktiviti yang korang boleh cuba disini adalah cuba menoreh dan memproses getah dalam suasana kampung. Tarikan lain yang ada di sini ialah kompleks pelawat, medan selera, dusun, trek herba dan rempah ratus, plot getah dan dek tiniau yang menghadap pemandangan indah Putrajaya.

Geng kami berkesempatan untuk makan durian. Thanks @ezydurian sebab belanja kami makan banyak durian macam -macam jenis malam tu. Untik lagi, kami siap picnic Taman Warisan Pertanian Putrajaya pada malam kami datang melawat tu.




Entry ini diterbitkan sempena dengan program FAM Trip Produk Pelancongan Putrajaya Bersama Gaya Travel Media, Akses Malaysia & Influencer yang berlangsung pada 7-10 Ogos 2023⁣ anjuran Gaya Travel dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya dan Media MNC Nusantara.

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS