Pengalaman Mendaki Gunung Baling Kedah

Assalamualaikum dan hai korang!

Haritu masa trip ke Baling yang terletak di Kedah, saya berpeluang untuk merasa pengalaman mendaki Gunung Baling. Kalau korang ada peluang dan larat nak mendaki dan suka hiking, jemputlah mendaki ke Gunung Baling.

Gunung Baling merupakan gunung batu kapur termasuk dalam kategori gunung limestone outcrops. Dengan ketinggian 546 meter dari paras laut, Gunung Baling ada banyak gua - gua batu kapur kat sini. Even masa perjalanan pun salah satu checkpoint adalah Gua Kambing.

Nak naik ke Gunung Baling kena minta permit mendaki dan perlu didaftarkan kepada Pemandu Arah di Pejabat Pendakian Gunung Baling. Urusan pendaftaran dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat pun akan diuruskan oleh ni.



Kadar Bayaran Pendakian Gunung Baling
RM5.00 untuk warganegara dan RM15.00 untuk bukan warganegara

Pasukan kami berkumpul seawal jam 4 pagi untuk briefing sebelum memulakan pendakian naik ke Gunung Baling. Masa briefing ni, ada banyak tips and tricks yang dikongsikan supaya memudahkan urusan pendakian. Nak mendaki pun time dia.

Kami mula mendaki pada jam 4.30 pagi. Laluan mula mendari ada sedikit bertangga dengan palang pegang tangan, tapi hati-hati sebab licin. Lepas dalam 200 meter, baru mula naik dan laluan mula makin mencabar dengan batuan.


Checkpoint 2: Gua Kambing


Peringkat pertama adalah laluan hutan yang bertanah, dan trek pendakian akan terus mendaki bukit. Lepas tu masuk ke laluan hutan yang berbatu, dan terus ke laluan berbatu yang ditumbuhi pokok renek dan buluh.

Semasa pendakian, memang tak ada tandas kat atas tu. Di checkpoint 3 korang boleh rehat dan solat di pondok yang ada disitu.  Laluan mendaki Gunung Baling hanyalah 1.9KM, tetapi trek laluan dia memang mencabar tapi seronok nak cabar diri.



Apa yang korang perlu tahu sebelum mendaki Gunung Baling, Kedah:

⭐ Pakai kasut dan pakaian yang sesuai sebab laluan banyak batu tajam.
⭐ Disarankan untuk bawa glove semasa mendaki, sebab banyak panjat batu yang tajam.
⭐ Jalan slow-slow dan chill saja. Normally ambil masa dalam 1.5jam - 2 jam.
⭐ Gunung Baling ada 2 puncak, puncak yang pertama adalah Puncak Tipu-Tipu. Kat sini view memang lawa untuk bergambar sebab permandangan 360 darjah.
⭐ Puncak Gunung Baling yang sebenar dalam 10minit keatas sikit. Tak jauh, tapi challenging sebab lagi banyak batu-batu.
⭐ Jangan bawa banyak barang sebab nanti mengganggu nak panjat dan tunduk batuan.
⭐ Wajib bawa headlamp kalau mula mendaki sebelum matahari naik sebab tangan korang akan pakai untuk fokus memanjat.
⭐ Semua orang boleh cabar diri mendaki kat sini, walaupun akan sampai lambat daripada orang lain, yang penting sampai ke puncak ^_^




Saya yang tak fit ini mengambil masa dalam 2jam naik dan 1.5jam turun. Itupun ada la few times berhenti sebab dah tak larat, tapi masih gagahkan diri untuk teruskan. 

Tapi lepas je sampai atas tu, Subhanallah view dia memang amazing. Cuma kami tak berpeluang untuk tengok matahari naik sebab hujan dan mendung, but hey at least masa kat atas tu kami nampak view yang cantik dan tak panas kat puncak.

Bangga dengan team geng yang kami bawa sebab semua berjaya sampai ke Puncak Gunung Baling. Achievement tau bila bawa semua kengkawan mak-mak orang boleh berjaya gagahkan diri naik. Good job everyone!




Satu lagi yang mencabar adalah nak turun ke bawah. Seriously masa ni kaki dan lutut dah memang lemah dengan lapar lagi kan. Haha. Kami slowly turun, korang bayangkan batu yang dipanjat tadi, sekarang kena turun ikut jalan yang sama.

Bagi saya masa turun lagi mencabar, nak cakap jujur dalam 2 kali juga saya tergolek sebab batu licin dengan kasut yang tak sesuai untuk hiking (saya pakai sport shoe). Pengajaran dia, lain kali kalau nak hiking kena pakai kasut hiking.



Pejabat Pendakian Gunung Baling
Baling, 09100 Baling, Kedah
Contact: 04-4701803

Entry ini diterbitkan sempena dengan FAM Trip  QTT x KembaRojak To Baling yang berlangsung pada 13-17 Januari 2024 anjuran QTT Group Plt dengan kerjasama Global Travel Sdn Bhd (KOLA) dan team KembaRojak. 

Ribuan terima kasih diucapkan kepada para penaja, Majlis Daerah Baling, Angkatan Pertahanan Awam Daerah Baling (APM Baling), Malim Gunung dan pasukan Gua Sireh yang menjayakan FAM Trip  QTT x KembaRojak To Baling.

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

AzianKhalil said…
aduhh... tengok gambar pun dah terbayang kepenatannya. Takpelah.. tengok je la gambar orang yang cantik cantik...

FOLLOWERS