Hello korang!
Excitednya bila nak kongsikan dengan korang yang saya berpeluang untuk menyaksikan sebuah acara yang kini ada dalam Malaysia Book of Records melalui kategori: "Most Children in a Swimming Competition Organising Committee (Paling Ramai Kanak-Kanak Dalam Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Renang)".
Well, siapa kata budak-budak tak boleh jadi pemimpin? Minggu lepas saya sendiri tengok depan mata. Lebih 80 orang kanak-kanak uruskan satu festival renang besar-besaran dan hasilnya? Terus catat nama dalam Malaysia Book of Records!
Aqua Champs League Festival (ACLF) 2025 bukan sekadar sukan. Tapi acara yang betul-betul ubah cara kita tengok potensi anak-anak. Tahniah atas penganjuran ACLF 2025 yang telah dianjurkan oleh SwimIn12 bersama dengan Parenthood Media Network.
Siapa sangka, satu hari nanti kita akan lihat kanak-kanak bukan sekadar jadi peserta sukan, tapi pemimpin sebenar dalam acara besar? dan, itulah yang berlaku di Aqua Champs League Festival (ACLF) 2025.
ACLF pada tahun 2025 bertemakan Knights & Samurai, festival ini bukan saja padat dengan pertandingan renang, tapi sarat dengan semangat kepimpinan, kerjasama, dan keyakinan diri dan yang paling awesome, semua ini dilakukan oleh anak-anak sendiri!
Lebih Dari Sekadar Festival Renang
Dianjurkan oleh Parenthood Media Network dan SwimIn12, dengan sokongan hebat dari penaja utama seperti BMW, PediaSureâ„¢, JOIE, Speedo, dan ramai lagi, ACLF 2025 berjaya tarik lebih 900 orang pengunjung, termasuk 300+ peserta renang dari seluruh negara.
Antara acara yang mencuri perhatian:
✨ Persembahan pembukaan dengan gendang klasik & tarian bertenaga oleh Bolly On Studio
✨ Kanak-kanak Emcee dari DJ Playground yang kendalikan acara
✨ Treasure Hunt oleh RHB & cabutan bertuah bernilai RM10,000+
✨ Persembahan dari Team SwimIn12 yang buat penonton tak berkelip
Hadir Sama: YB Hannah Yeoh & Anugerah Khas
YB Hannah Yeoh, Menteri Belia & Sukan, turut hadir dan memberi penghargaan atas inisiatif. Beliau berbangga dan gembira kerana acara ini akan menetapkan standard baharu dalam pembangunan belia yang inklusif dan berdaya saing di Malaysia.
Anugerah istimewa juga diberikan kepada peserta cemerlang:
✨ Best Swimmer (mengikut kategori umur)
✨ Inclusion Champion
✨ Spirit Splash Trophy – semangat kesukanan terbaik
✨ ACLF Hero of the Year – perenang terpantas keseluruhan
Rekod Baru Malaysia: Kanak-Kanak Jadi Penganjur Terbesar!
Lebih 80 kanak-kanak memikul tanggungjawab sebagai jawatankuasa penganjur, dan hasilnya? ACLF 2025 kini secara rasmi tercatat dalam Malaysia Book of Records sebagai acara dengan "Paling Ramai Kanak-Kanak Dalam Jawatankuasa Penganjur Pertandingan Renang" | "Most Children in a Swimming Competition Organising Committee".
Nak tahu lebih mengagumkan? Semua mereka urus dari A to Z: dari hosting, logistik, hinggalah ke pengacaraan di pentas utama. Memang luar biasa budak-budak zaman sekarang ni.
![]() |
Malaysia Book of Records: Most Children in a Swimming Competition Organising Committee. |
Bukan Sekadar Acara, Tapi Sebuah Gerakan
ACLF 2025 bukan saja mencipta kenangan, tapi membina masa depan. Dengan bimbingan dari Super Avatar selaku Official Kids Coaching Partner, anak-anak belajar jadi pemimpin sebenar — melalui sukan, kerja berpasukan, dan cabaran sebenar dunia sebenar.
Kalau ini yang anak-anak kita mampu capai sekarang, bayangkan potensi mereka di masa depan.
Untuk maklumat lanjut:
Website: aclf.parenthood.my
Zayani Zulkiffli.
0 Comments