Hai dan Salam Sejahtera korang,
Baru-baru ini, saya sempat menghadiri Food & Hospitality Malaysia (FHM) Edisi ke-18 yang telah berlangsung pada 23-26 September 2025 di Kuala Lumpur Convention Centre. Antara yang menarik pada acara ini adalah pelancaran Kempen eTomAato: European Tomato, A Red Passion.
Kempen eTomAato: European Tomato, A Red Passion telah diperkenalkan oleh Kedutaan Itali di Kuala Lumpur bersama dengan Italian Trade Agency (ITA), OI Pomodoro da Industria Bacino Centro Sud Italia dan Europeon Union dengan harapan untuk memperkenalkan produk premium tomato Itali.
![]() |
| Kempen eTomAato: European Tomato, A Red Passion |
Kempen eTomAato telah membawakan lebih daripada 70 produk tomato Itali dengan harapan untuk membawa tomato Eropah selaras dengan kehendak sektor industri makanan dan minuman yang makin berkembang di Malaysia sekaligus memberikan penggunanya pilihan yang lebih premium.
Difahamkan, dari Januari hingga Mei 2025, Itali telah mengeksport lebih kurang RM5.7 billion tomato yang telah diawet (tidak termasuk yang mengandungi cuka dan acetic acid) ke seluruh pasaran dunia dan pada masa yang sama Malaysia telah mengimport sebanyak RM42.5 million produk tomato dari seluruh dunia dan RM1.8 million daripadanya adalah datangnya dari Itali.
Produk tomato dari Itali telah lama menjadi pilihan ramai pengguna disebabkan oleh kualiti premium dan kandungan air yang lain daripada tomato daripada China dan Amerika Syarikat yang selaku penyumbang utama penanaman tomato dunia.
Tomato dari Itali khususnya berasal daripada 12 region di Itali: Abruzzo, Basilicata, Calabria, Campania, Lazio, Marche, Molise, Puglia, Toscana, Sardegna, Sicilia dan Umbria.
Uniknya kegunaan tomato ini selain daripada digunakan sebagai bahan asas masakan di Itali, ia turut digunakan oleh kebanyakan negara lain seperti di Mexico, India, Timur Tengah, Malaysia dan banyak lagi negara disebabkan oleh versataliti penggunaannya.
Turut hadir pada majlis pelancaran Kempen eTomAato: European Tomato, A Red Passion adalah Dr Angela Donvito, Trade Commissioner Italian Trade Agency (ITA) - Kuala Lumpur, Mr Francesco Pezzarossi, Second Secretary Italian Embassy, Mr Guglielmo Vaccaro, President OI Pomodoro da Industria Bacino Centro Sud Italia, Mr Michele Sabatino, Director General Euroconsult Sicilia, wakil chef dari EQ Hotel Kuala Lumpur dan pada media.
![]() |
| Dari kiri:Mr Francesco Pezzarossi, Mr Guglielmo Vaccaro dan Mr Michele Sabatino. |
Kempen ini dijangka akan membuka lebih banyak lagi peluang perniagaan di Asia Tenggara.
Untuk maklumat lanjut tentang Kempen eTomAato: European Tomato, A Red Passion di Malaysia, boleh layari [etomaato.eu].
Zayani Zulkiffli.







0 Comments