Sunday, August 12, 2018

BBQ Dalam Sungai di BBQ Lamb KL Kemensah Dengan Aiman Tino

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Ingat lagi tak yang saya pernah tulis pasal berbuka puasa di BBQ LAMB KL Kemensah Ramadhan tempoh hari? Kali ni, saya cuba pula menu makan tengah hari disini. Teringin nak merasa makan sambil rendam kaki dalam air sungai.

BBQ Lamb Kemensah KL terletak di Ampang. Lokasinya dekat sahaja dengan Zoo Negara. Paling saya suka dengan suasana ala-ala kampung kalau datang sini. Layan sangat bila makan sambil dengar bunyi burung, air sungai dan bunyi serangga hutan.

Unik! Berbuka Dengan Menu Rare Dari BBQ Lamb KL


Lagi satu sebab suka datang sini adalah, selain daripada dapat makan sambil kaki direndamkan dalam air sungai tu, korang juga boleh mandi dalam air sungai atau kolam yang disediakan. Kolam tu pun memang air sungau juga.

Fresh kalau lepas makan, petang sikit dapat mandi air sungai. Kalau datang dengan keluarga, bole buat picnic day sebab sambil BBQ boleh anak-anak pergi mandi. Senang dan selamat sebab deorang depan mata.




Di BBQ Lamb KL Kemensah ada beberapa pakej harga makanan yang ditawarkan. Ada yang untuk keluarga besar dan kecil. Harga pun ikut juga. Let say korang taknak pakej, boleh je pesan makanan ala carte, takde masalah.

Tapi, nasihat saya, kalau korang nak makan dalam sungai tu, jemput lah buat tempahan seawal 2 minggu sebelum tarikh. Takut kalau walk in korang kena tunggu lama sebab port dalam sungai memang hot. Masa hari saya pergi tu, siap ada buat majlis hari lahir lagi.



Di sini, memang yang bekerja tu kebanyakannya orang kampung situ. Budak-budak pun lagi, tapi semua rajin-rajin dan pandai baut kerja. Dah besar nanti, mesti berjaya sebab deorang ni kecik lagi dan pandai cari duit lebih.

Bagi saya, baguslah deorang ambil budak kampung situ bekerja, paling kurang selain daripada dapat bagi pelanggan deorang makan best, dapat juga kongsi rezeki dengan penduduk sekeliling.



Set BBQ Lamb KL Kemensah untuk 4 orang: RM 120.00
- Set untuk 2 orang RM 80.00.

Setiap satu set untuk 4 orang ini disediakan sekali dengan nasi herba. Suka dengan nasi herba ni sebab walaupun makan 1 pinggan je, pun dah kenyang. Rasa dia tak macam typical nasi arab atau nasi briyani, rasa lebih berempah dan herba tapi memang sedap.

Selain nasi, ada juga disediakan kuah ala masak kurma. Biasalah orang Malaysia, nak makan wajib ada nasi dan kuah. Sedap, rasa herba juga kuah dia tu. Tapi kalau ambil makan dengan daging BBQ tu memang sedap dalam mulut.

Selain daripada tu, ada juga salad atau coleslaw untuk setiap set. Air pula jangan risau, sebab memang dah disediakan bekas air secara kongsi.

Dalam set ni ada Daging, Ayam, Itik dan Lembu.

Signature BBQ Lamb KL Kemensah memang daging dia, tapi kalau dah sampai sini memang rugi tak cuba menu set ni. Specialnya sebab dalam set ini ada semua daging yang wajib korang cuba kalau datang ke sini.

Paling saya suka semestinya daging dia, Walaupun panggang biasa je, tapi rempah yang digunakan tu buatkan dia rasa sedap sangat. Padahal tak banyak pun rempah rahsia yang dia pakai sebab masih lagi terasa rasa asli daging dia.

Daging itik dia the best! Kalau korang macam saya yang rasa pelik bila makan itik, mai sini. Seriously sedapnya itik panggang dia. Tak payah makan dengan 3 sos yang diberikan pun dah sedap.




Sesuai sangat jadikan lokasi BBQ Dalam Sungai di BBQ Lamb KL Kemensah sebagai satu lokasi pada cuti minggu dengan keluarga korang. Boleh rancang untuk ke zoo negara selepas atau sebelum ke sini sebab memang dekat je.

Untuk yang couple tu, boleh la romantic lunch dalam sungai sambil rendam kaki dalam air sungai yang sejuk. Lepas tu, boleh mandi.

Oh ya! Lupa nak pesan, jangan lupa bawa topi atau cermin mata hitam ya sebab kalau datang pagi, panas sikit dengan matahari pagi. Kalau yang suka 'bermandi' dengan matahari pagi sebab nak dapatkan Vitamin D, ikut korang.




Tadaaaa..

See, Aiman Tino pun recommend korang untuk datang makan di BBQ Lamb KL Kemensah sini. Sedap katanya, sampai dia sanggup datang jauh-jauh dengan keluarga dia untuk makan disini. Katanya, dia paling suka dengan itik panggang tu.

Btw, thank you Aiman Tino sebab belanja kiteorang makan ais krim :)


Waktu operasi BBQ Lamb KL bermula 1 Ogos 2018:

Isnin-Khamis:
12PM- 4PM (lunch river)
3PM -6PM (hi-tea)
6PM- 10PM (makan malam)

Friday:
5PM- 6PM (hi-tea)
6PM10PM (makan malam)

Sabtu & Ahad:
12PM- 4PM (lunch river)
7PM- 10PM (makan malam)


BBQ Lamb KL Kemensah
Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor
Whatsapp: 012-211410
Facebook: www.facebook.com/Bbqlambklkemensah



Till then,

17 comments:

  1. Bestnya. Tak berkesempatan lagi nak pergi masa bulan puasa haritu sebab risau nak bawa baby kecil lagi. InsyaAllah kena try lepas ni! Nampak best sangat makan sambil celup kaki dalam sungai hee

    ReplyDelete
  2. mmg syok ler mkn kt sungai tu...set bbq tu pn yummyyy...tk kesempatan lg nk pegi mkn kt sungai tu..bz je manjang..nk kena pilih date nanti ...syok la ada aiman tino skali tu siap blanje eskrem

    ReplyDelete
  3. I miss their BBQ lamb. It is juicy and delicious and planning to go there again.

    ReplyDelete
  4. Aduduudududud... seronoknya suasana BBQ Lamb KL Kemensah ni wak, kita ni bila la nak sampai ke sana haaaa....Lama tak rerendam kaki kat air sungai ni.

    ReplyDelete
  5. HHmm...sedapnya dapat mkn kat sdungai gitu...ajak family sambil main2 air mmg best giler next time nak bwk family plk

    ReplyDelete
  6. Best ni tempah ni boleh mandi kolam dengan anak nanti. InsyaAllah boleh plan cuti nanti ke sini

    ReplyDelete
  7. Nampak ramai kawan-kawan dah Review BBQ Lamb Kemensah ni, teringin pergi juga ke situ nampak sedap makanannya dan seronoknya dapat makan bersama Aiman Tino!

    ReplyDelete
  8. first tempatnya memang cantikkkk...keliling dengan alam semulajadi..sangat best! then food ya ampun semuanya nampak sedap2 terutama mereka yg meminati kambing bakaq...mmg berbaloi klu datang makan kat sini

    ReplyDelete
  9. Menarik ni. Byk kali baca review pasal tempat ni. Menarik. Ntah bila nak singgah nih! Harga pon ok la dgn suasana yg lain dari yg lain.

    ReplyDelete
  10. Uih sedap sedap jugak makanan dia. Unik betul makan dalam sungai. Masa makan tu agak agak ada tak rasa ikan main berenang renang dekat celah kaki?

    ReplyDelete
  11. Bestnya dapat makan demgan Aimln Tino. Confirm happening kan. Nanti nak datang makan juga di sini.

    ReplyDelete
  12. Memang best makn dalm sungai nie. Sejuk2 gituee. Dan paling best, menu bbq yg dihidang di sini. Ya Allah sedap sangat !! Nak kena repeat lgi nie

    ReplyDelete
  13. Selamat pagi rabu sis, makan bbq ya baru baru ni. Sesekali tukar selera memang bagus. Dapat rasa masakan dan hidangan berbeza. Tekak ni pun selera je

    ReplyDelete
  14. Amboi makan bbq dalam air, dalam panas panas dan pedas tu kaki berendam dalam air. Ni lah namanya sambil menyelam minum air

    ReplyDelete
  15. Wah bagusnya tempat ni. Tak pernah tahu ada lokasi makan bbq dalam aliran sungai macam ni

    ReplyDelete
  16. fUH ini rare ni..makan tengah hari sambil celup kaki dalam air sungai..mesti nyaman je kan..daging/kambing bakar ni memng feveret kami sekeluarga..kena try nanti

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^