Melawat Ke Tempat Paling Sejuk di Thailand

Hai dan salam sejahtera.

Sambungan daripada trip ke Khao Kho semalam,

Phu Rua, Thailland, terletak di ketinggian 1365 meter dari paras laut memang merupakan daerah yang paling sejuk di Thailand. Kalau waktu malam, suhu boleh turun sampai 14 degree, dan kalau siang pula boleh mencecah sampai 30 degree pada bulan Januari. 

Tak mustahil lah ramai orang suka singgah ke Phurua kalau mereka nak ke Khao Kho dan Khao Yai sebab kawasan ini merupakan kawasan yang hot dan cantik dengan alam semulajadi.

Jadi, kawasan yang paling sejuk di Thailand adalah di Phurua.

 

 Hari 2

Di Phu Rua, kami singgah di ladang pokok bunga Marigold Kuning. Bunga ni pun deorang buat ladang. Luas betul taman ni, memang sesuai sangat sebagai port bergambar. 

Hasil bunga ini akan digunakan sebagai pewarna untuk pakaian sami di kuil agama Budha. Kreatif gila kan? Siapa sangka zaman sekarang pun pakai bunga untuk dapatkan warna. Mereka percaya, cara ini lebih suci sebab bunga itu adalah daripada tanaman bumi.



Banyak je bunga lain selain daripada bunga Marigold Kuning yang banyak korang boleh jumpa di Phurua. Memang cantik-cantik taman/ ladang bunga kat sini sebab besar-besar. Rambang otak fikir nak ambil gambar kat port mana. Haha.

Kalau ke Thailand, paling popular sekali bunga matahari. Tapi nanti saya tunjuk bunga matahi semasa di Khao Yai. Sayangnya masa saya datang ke Khao Kho, masa ni bunga matahari dan banyak layu dan jadi kuaci.


Kami sempat singgah ke Kitty Pink Resort. Resort ni memang popular kat sini. Peminat Hello Kitty dan warna pink mesti tahu pasal resort ni. Menarik lah idea orang Thai ni sebab benda macam ni pun boleh buat idea.

Masuk je, tahu dah sini Kitty Pink Resort sebab banggunan dia semua warna pink. Dengan dekorasi comel lagi. Kat sini pun ada taman bunga mawar. Bunga mawar pun lelawa, kembang dan wangi. 



Kebetulan semasa kami pergi tu dalam awal bulan Januari, maka masih ada lagi pameran Krismas, Poinsettia Phurua Festival untuk tahun ke-7. Kat dalam taman ni, ada banyak bunga Poinsettia dan pelbagai bunga lain juga. 

Bunga Poinsettia, juga dikenali dengan nama bunga Krismas memang selalu orang letak di dalam kawasan rumah terutamanya pada musim Krismas sebagai simbol kesucian.


Dah penat perjalanan dari Khao Kho ke Phurua, malam tu rombongan kami check in di Hotel Villa De Panta. Hotel ni pun selesa juga, besar, kelengkapan asas ada dan ada balkoni nak melepak minum kopi waktu malam.

Kat Thailand ni susah nak jumpa hotel yang ada seterika, makanya jangan lupa bawa seterika sendiri kalau korang nak pakai. Terima kasih akak tour guide sebab bagi saya pinjam seterika :D



Makan malam tu, disediakan oleh pihak hotel. Semestinya makanan wajib kalau datang ke Thailand, iaitu tomyam. Kat sini rasa tomyam memang tak sama langsung yang pernah saya makan di Malaysia. 

Tomyam kat sini ada yang rasa masam, ada yang rasa masin, ada yang pedas je. Ye lah, sebab deorang masak tomyam kat sini bukan pakai pes tomyam yang macam kita selalu pakai. Itu rasa tak sama, tapi habis juga kami makan tomyam tu.


Kami juga berkesempatan untuk singgah ke pasar malam yang ada kat Phurua ni. Kononnya nak cari street food Halal untuk alas perut tengah malam, tapi tak jumpa pun makanan Halal. Ada buah dengan air je yang boleh makan.

Pengalaman rare juga lah dapat tengok cengkerik goreng, ulat goreng, somtam katak, telur itik yang boleh nampak fizikal dan banyak lagi.

Last-last, saya beli stokin comel yang berharga THB100 untuk 3 pasang. Jimat!





Hari 3

Kalau di Phurua, memang terkenal dengan tanah tinggi sebab berada di pergunungan, Taman Negara Phu Ruea dan aktiviti rekreasi semula jadi. Saya berpeluang untuk ke tengok matahari terbit di Taman Negara Phu Ruea.

Jadi, sejak jam 6 pagi lagi kami dan bergerak naik dengan menaiki pick up truck. Kenderaan biasa tak boleh naik sampai atas, korang kena naik pick up truck yag disediakan. Bayaran pick up truck naik ke Sunrise Viewpoint: THB20 untuk dua hala.




Dahla pagi, suhu kat atas tu masa saya naik dalam 14 degree celcius. Memang sejuk walaupun dah pakai baju sejuk, tapi dengan angin kuat macam ni memang menggigil. Jadi, kalau korang berkesempatan untuk ke sini, jangan lupa bawa baju tebal ya.

Tapi, yang best, Yay! saya sudah pernah ke Puncak Phu Ruea Thailand!



Berbaloi bangun awal untuk tengok matahari terbit. Rasa tenang, aman dan damai tengok matahari yang tengah naik. Nampak bebola merah yang naik ke atas, disebalik awan dan dalam masa yang sama, langit bertukar berwarna oren sebab cahaya daripada matahari.

Indahnya alam ni. Boleh khayal tengok ciptaan-Nya.



Satu benda yang saya rasa amazing dengan orang kat sini adalah, mereka banyak bergantung kepada alam semula jadi untuk buat banyak benda. Contohnya, nak membina rumah pun manada pakai tiang besi dengan net hijau tu, tapi pakai kayu je.

Even kebanyakan rumah yang saya nampak deorang bina di kawasan bandar Khao Kho dan Phurua pun memang dibina dengan menggunakan kayu. Walaupun pakai kayu sahaja, rumah deorang cantik dan teguh.




Tips untuk korang yang nak melancong ke Thailand:

1. Kebanyakan tandas kat sini memang tak ada paip air. Kalau ada pun bekas dan gayong macam ni. Jangan lupa untuk sediakan bekas atau botol untuk korang membuang di tandas.

2. Jangan lupa bawa adapter/ plug untuk kegunaan korang sebab soket Thailand tak sama dengan yang kita selalu pakai di Malaysia.

3. Kebanyakan hotel kat sini memang tak sediakan sejadah, telekung dan seterika walaupun kita minta. Jadi lebih baik bawa je semua sendiri kalau ke Thailand.




Facebook Heritage One Stop Travel:
www.facebook.com/HOSTravel


Jemput baca trip Thailand saya yang lain:

Khao Kho: http://www.nurulzayani.com/2019/02/ada-apa-di-khao-kho-thailand.html
Khao Yai: http://www.nurulzayani.com/2019/02/ada-apa-di-khao-yai-thailand.html
Bangkok: http://www.nurulzayani.com/2019/02/sehari-di-bangkok-thailand.html

Till then,

Post a Comment

22 Comments

Illya LeYa said…
Memang cantik kawasan-kawasan di Thailand ni. LeYa pun belum habis jelajah lagi.
Lily Shah said…
wahh!! bestnyer sejuk2 sampai 14 degrees.. flowers pun sume cantik.. and thanks for the tips. x tau plak toilet diaorg mcm tu.. huhuhu
Slumber Lady said…
menariknya. tak pernah tahu pasal tempat ni. bunga-bunga tu cantik pula. lagi-lagi bunga marigold.

boleh dah target untuk masuk dalam travel wishlist.

thanks for sharing!
Illya LeYa said…
Belum pernah sampai ke daerah sini lagi. Even lepas baca entry ni, macam tertarik sangat nak singgah. Lagi-lagi yang Kitty House tu.. Wow! Cantiknya..
xulhlmi said…
Bestnya jalan-jalan di Thailand. first time baca cerita orang berjalan tempat seuk di Thailand. Nampak seronok sangat. Selalu orang pergi pantai je dekat Thailand. great story.
mama tisya said…
seronok jln2 tgk negara org...cantik la bunga tu...uiks menu2 rare tu cengkerik goreng, ulat goreng, somtam katak
Julia Mahir said…
Cantik nya warna bunga-bunga dia. Ceria je mata memandang. Klau tempat sejuk tanam bunga mmg cecantik kejadiannya kan.
jannah shaklee said…
baru sya tau ada tmpt sejuk kat sana..xpenah pegi jauh2 melainkan songkla, tu pon balik hari..best sharing..
nikkhazami said…
wahh tak tahu plak thailand ni ada tmpat sejuk mcm Genting.. boleh tulis dalam blog travel saya nanti. menarik juga ni.. tq ye sbb bagi tahu
Cantiknya ladang bunga dia. Baru tahu kat thai ada ladang binga besar dan cantek. Selalunya org dth sini fokus kat makanan jer heheh
Bonda Chanteq said…
Geram betul ngn bunga2 tu...cantik benau bunga2 ni...dh mcm kashmir plak dh....boleh masuk dlm list bila ke thailand ni...
Hanny Abdullh said…
Bestnya..memang dah ada dlm wishlist sis tempat ni..tapi masih belum berpeluang nak kesana
Kayathre said…
I have never reached this part of Thailand before. Looks interesting. Need to plan a trip here soon.
Syamimi Saad said…
Waaaa.. Cantiknya.. Terpegun kejap tengok bunga bunga yang cantik tu..
Kalau la dapat ke sana, memang fall in love la sekejap. Hehe
adianiez AIDA said…
menarik nyer, zayani.
satu sudut thailand yg jarang aida nampak di media sosial.
cantik.
saujana mata memandang.
nak kena baca your earlier entriess.
mana la tau nanti aida ada bajet, boleh folo gi jugak.
Faries said…
Bestnya Zayani! Baru tahu thailand pun ad tmpt sejuk mcm Cameron la eh? Bunga2 die pun cantik. Harap sangat dapat kesini one day.hehehe
Emi said…
Weyh impressed gila bila tahu dorang buat pewarna pakaian sami guna bunga. Kreatif betul! Tak terfikir pulak nak buat macam tu di zaman serba moden ni
Rawlins GLAM said…
Menariknya. Memang cantik la view sunrise tu - berbaloi ye bangun awal kan. And thanks sebab bagi peringatan pasal toilet dan plug tu.
Syafiera Yamin said…
Thailand i pernah sampai sempadan Thailand je.. dia punya jamban not bad.. Kalau tak de air panas boleh beku gak la mandi time sejok sejok.. hope u have fun.. Thailand tak de dalam travel bucket list I yet
jendeladunia said…
Interesting write up but what about the sunflower..you missed that in yr travelogue.
patutla bunga2 tumbuh elok ja. tempat sejuk..
cantik2 lak tu bunga dia..
Faeez Azmi said…
Ada keunikan tersendiri berbanding tempat2 mcm Cameron Highland..

Lagi2 bunga2 kt situ.. 😂

FOLLOWERS