Thursday, February 7, 2019

Sehari di Bangkok, Thailand

Hai korang,

Kejap je 5 hari di Thailand. Tak sangka, kat Thailand pun tempat cantik, memukar mata serta minda dan sejuk macam ni. Dekat je pula tu dengan Malaysia. Walaupun jarak perjalanan jauh, tapi bertambah pengalaman saya.

Terima kasih kepada Heritage One Stop Travel untuk 5 hari yang awesome. Kalau korang berminat nak berjalan ke Khao Kho- Phurua- Khao Yai- Bangkok, saya memang recommend untuk pergi dengan agensi ni. Contact ada kat bawah sekali. 

Ok, jom sambung. Apa yang menarik kat Bangkok, Thailand?



Hari 4

Sampai je kat Bangkok,  kami singgah dulu di Asiatique The Riverfront. Tempat ni macam kawasan tempat membeli belah, pasar malam, karnival dan port melepak yang lawa. Banyak benda menarik yang ada di sini.

Nak beli barang murah macam barangan kecantikan, spa, tshirt semua ada kat sini. Rambang mata shopping. Pastikan bawa banyak duit je sebab mesti korang akan membeli belah kat sini. Memang kebanyakan orang beli barang kat sini.



Saya suka layout gudang ni sebab memudahkan orang yang datang kesini untuk untuk mencari barang atau yang datang nak mencuci mata. Setiap banggunan/ gudang disini, ada nombor dan indikasi kat situ ada jual apa. 

Jadi, kalau katakan nak cari barang spa, atau minyak urut ke, tengok je papan tanda gudang tu kat mana. Jadi, takde lah sesat sebab tempat ni besar. Bagus lah untuk orang yang tak familiar dengan tempat besar dan asing.


Kalau nak cari street food yang Halal, kat sini memang belambak. InshaAllah Halal untuk dimakan walaupun takda tanda Halal tu. Pepandai lah korang cari dan yakin makanan tu boleh makan. Setakat roti, ais krim, pulut tu memang banyak.

Kalau rajin lagi, jalan kat sampai area dekat dengan sungai. Kat sana ada macam karnival makanan street food. Banyak makanan Halal seperti seafood, gorengan kat situ. Rugi tak cuba makanan.




Petang tu, dah puas bergambar dengan bunga matahari (yang patah tengkok dan yang baru nak mekar) dan kenyang perut, kami terus ke Wathana Place Hotel untuk malam terakhir di Thailand sebelum balik esok hari.

Kebetulan malam tu ada pasar malam tepi jalan yang dekat dengan hotel, saya pun berjalan keluar untuk tengok apa rupa pasar malam kat Thailand ni. Lebih kurang sama je dengan pasar malam kat Malaysia, cuma makanan je yang limited sikit.





Hari 5

Kalau ke Khao Kho dan Khao Yai, lapangan terbang yang terdekat dari Kuala Lumpur adalah dari Bangkok. Memang trip ni, flight balik hari terakhir jam 6 petang, maka sempat lagi lah nak berjalan selepas check out pada hari terakhir.

Singgah ke pasar awam. Orang suka bawa balik buah mangga dari Thailand. Mangga popular sebab buah dia lagi manis daripada mangga harum manis. Ada juga buah mangga potong yang dah kering. Itu pun dah sedap dan manis.

Beras pun banyak jenis dengan kualiti yang tinggi. Murah-murah pula. Beras pulut hitam hanya THB80 untuk 1kg. Ok la kan murah. Patut la ramai orang borong beras kalau datang ke Thailand.




Menarik di kawasan rehat kat sini, merata-rata ada alat mainan macam ni. Kadang-kadang kat tempat lain, depan 7 Eleven pun ada mesin mainan ni. Senang, tak payah nak pergi arcade untuk main. Kalau saya ada syiling haritu, saya pun main. Haha.



Beli makanan Halal di 7Eleven di Thailand:

1) 7 Eleven kat sini memang banyak makanan Halal dengan logo Halal dari Majlis Agama Thailand, Indonesia dan Malaysia.

2) Mencari makanan berat kalau tengah lapar, boleh beli daging burger atau roti jenama CP. Tak perlu masak pun dan sedap pula tu.

3) Makanan yang wajib korang cuba dari 7 Eleven adalah air dari peti sejuk, chips dan kek Lepas Banana yang hanya dijua di 7 Eleven.




Lepas habis membeli di pasar pagi, kami terus dibawa ke Lapangan Terbang Antarabangsa Don Mueang untuk pulang ke Malaysia. Thank you abang driver sebab bawak van dengan selamat. Dahla perjalanan semua jauh jarak dia.

Terima kasih juga kepada abang dan akak tour guide, abang tour lead dalam van dan semua lah! Even aunty dan uncle yang join trip ni pun semua awesome.




Terima kasih kepada Heritage One Stop Travel untuk 5 hari yang awesome. Kalau korang berminat nak berjalan ke Khao Kho- Phurua- Khao Yai- Bangkok, saya memang recommend untuk pergi dengan agensi ni je.


Facebook Heritage One Stop Travel:
www.facebook.com/HOSTravel


Perjalanan 5 hari saya juga ke lokasi yang lain di Thailand:

Khao Kho: http://www.nurulzayani.com/2019/02/ada-apa-di-khao-kho-thailand.html
Phurua: http://www.nurulzayani.com/2019/02/melawat-ke-tempat-paling-sejuk-di-thailand.html
Khao Yai: http://www.nurulzayani.com/2019/02/ada-apa-di-khao-yai-thailand.html


Till then,

19 comments:

  1. Bangkok yg dekat ni pun kita x sampai2 lagi. jeles nya. sbb nak bwk bdk2 jalan2 asyik pilih tempat yg fun kat diorang je. Huhu

    ReplyDelete
  2. Bila la nak check out Bangkok dari wish list ni...jeles tgok Zayani pi banyak tempat best kat sini..lepas ni nak kena plan betul2 la...nanti zayani share cost eh?

    ReplyDelete
  3. Tak pernah sampai bangkok lagi. thanks sharing details travel agent yang dipercayai ni. Boleh suggest pada kawan2 dan sedara mara yang nak bercuti ke Bangkok

    ReplyDelete
  4. teringin nak jejak bangkok pula, zayani.
    menarik ni. terutama pemandangan2 yg zayani share, terbaik.
    tapi tu la, ada plan ke negara lain dulu.
    nanti baru pusing masuk thailand plak lagi :)

    ReplyDelete
  5. Bestnya dapat berjalan ke tempat orang.
    Siap shopping lagi.
    Seronok.
    Terasa satu kepuasan bila dapat berjalan pastu dapat shopping, dapat tengok keindahan tempat orang..

    ReplyDelete
  6. Agak-agak berapa kos bercuti macam ni ye??

    ReplyDelete
  7. Memang best kan bangkok ini. Moga-moga saya boleh pergi dengan ahli keluarga saya soon. Terima kasih kerana rekomen agensi ni. Memang perlu cari agensi yang baik kan? :D

    ReplyDelete
  8. Kalau Thailand dah pernah ke Haatyai, Songkhla, Phuket dan Krabi. Bab makanan memang suka sangat kat Thailand ni. Rasa Tomyam mereka sedap sangat selain pulut mangga tu menu kemestian Dania kalau turun Thailand.

    ReplyDelete
  9. Bestnya bercuti kat Bangkok hehehe kita tak pernah sampai lagi ker sana.. tengok buah-buahan tu memang menyelerakan dan sedap. Nice tips dan perkongsian boleh kita buat guide untuk jalan ker Bangkok ni...

    ReplyDelete
  10. pernah p bangkok tahun 2006 rasanya.. maigad dah lama kan ... tgk attraction ni mcm mcm haa.. part makan tu yang boleh tahan. pulun makan dak? hehehhe... actually dah set ngan kawan2 nak p bangkok dari thn lepas hahah tapi tak jadi aja

    ReplyDelete
  11. Kawasan riverfront ni mmg famous dengn makanan tempatan kan. Tak berpeluang lgi dtg sini. Tapi baca review mmg ramai org suka ke sini

    ReplyDelete
  12. Syioknya Bangkok ni bila bab membeli belah dan makan, heaven sungguh. Tapi dah tak sama cam dulu2 sis pergi..dulu lagi syiok rasanya

    ReplyDelete
  13. Pergi sana tak singgah 7e die memang tak sah kan hehehhe. Kakak saya pun pergi sana dia kata hari hari singgah 7e

    ReplyDelete
  14. Tak sangka banyak rupanya tempat menarik di Bangkok nie. Penuh itinerary utk satu hari ya. Nanti boleh lah rujuk entri nie bila nk ke sana

    ReplyDelete
  15. Masa 1st time ke hadnyai dulu....gastrik terus sbb xdpt cati makanan halal yg betul2...skrg bi dh bnyak dh makanan halal sbb thailand promote tourism industri dorg d msia...thabks for sharing

    ReplyDelete
  16. Rawlins memang suka ke Bangkok - bahagia sangat kalau ke sana - pelbagai jenis bahan comel dan unik kat sana. Tapi tak pernah sampai Asiatique lagi. Next trip please

    ReplyDelete
  17. Bestnyer zayani dapat ke Bangkok.. Betul2 syurga makanan nie.. Nnti AM nak ke Bangkok boleh la rujuk entri zayani nie n gunakan perkhidmatan Heritage One Stop Travel nie

    ReplyDelete
  18. Tengok kawan-kawan yg ke Thailnd, kebanyakannya akan cari makan di 7E.Macam-macam food menarik kat 7E di sana kan. Patut 7E kat sini kena buat macam diorg gak..

    ReplyDelete
  19. Rindunya bangkok! Bandar yang berupa Kuala Lumpur. Sesak dimana-mana tapi malamnya sangat meriahkan. Best gila! Pulut mangga dorg, air jus dorang.. rindunya semua tu.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^