Sunday, February 3, 2019

Ada Apa di Khao Kho, Thailand?

 Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Awal tahun haritu, saya ke Thailand. Trip kali ini saya pergi bersama dengan agensi pelancongan, Heritage One Stop Travel. Antara lokasi menarik yang saya lawati adalah Khao Kho, Phurua (Phu Ruea), Khai Yai dan Bangkok.

Dari KLIA ke Bangkok, Thailand dengan menaiki kapal terbang mengambil masa lebih kurang 2 jam. Dari Bangkok ke Khao Kho pula mengambil masa dalam 5 jam 30 minit dengan kenderaan.

Khao Kho terletak pada ketinggian 1143 meter dari paras laut di Daerah Phetchabun, Thailand. Kawasan Khao Kho memang dah lama terkenal dengan kawasan tanah tinggi di atas awan dengan permandangan yang memukau mata.


Sampainya saya di Bangkok, pertama sekali saya cari kedai untuk membeli sim card Thailand sebab saya tak langgan apa-apa modem untuk ber-wifi disana. Bila survey, beli sim card lebih berbaloi daripada sewa modem.

Sim card Thailand: Valid untuk 7 hari data dan internet tanpa had THB170.


Khao Kho, Thailand

Hari 1

Walaupun saya dah makan nasi lemak semasa dalam perjalanan pukul 7 pagi tadi, tapi excited punya pasal, jadi lapar balik. Jadi bila tour guide berhenti untuk  makan tengah hari di kawasan rehat dan rawat, Baan Suan, memang happylah.

Tapi, tak mudah ya nak jumpa restoran dan kedai makanan Halal di Thailand sebab majoriti penduduk di sini bukanlah beragama Islam. Nak betul-betul Halal, cari je logo Halal macam ni. Kat kawasan ni, kedai ni je jual makanan Halal.



Banyak juga menu yang deorang jual kat sini walaupun ini merupakan satu-satunya kedai yang Halal. Ada nasi ayam, sup tulang, sup ekor, nasi dengan lauk dan macam-macam lagi. Saya order yang paling selamat je, Nasi Ayam. 

 Harga makanan bermula dari THB35- THB60.



Lepas dah kenyang, sambung perjalanan ke Khao Kho. Tapi sebelum tu singgah jap kat Rai Kum Nan Jun. Tempat ni kira macam tempat orang tempatan jual hasil tanaman. Macam-macam hasil tanaman boleh jumpa dan lagi best, kebanyakan yang boleh makan. Ada view lawa jugak kat sini.

Jus buah dia memang fresh, buahan dia pun manis dan sedap. Kira macam kalau dah singgah sini, korang kena cuba air buah fresh, fav saya air kelapa. Lagi satu wajib cuba kacang dia especially Almond sebab sedap betul.

Harga air buah: 3 botol THB150
Harga buah Strawberry: 1 bekas THB100-THB200.
Harga kacang Almond sedap: THB100




Nak jumpa tempat solat di sini tak mudah juga. Kami kira bernasib baik jugak lah sebab jumpa satu masjid ni semasa dalam perjalanan ke Khao Kho. Senibina dia simple je, tapi cantik dan unik. Satu benda je yang tak selesa, panas betul masa ni.

Oh ya, tempat nak ambil wuduk di sini adalah diluar dan tempat tu bercampur lelaki dan wanita. Jadi, yang wanita tu, kena la tunggu takde orang dulu baru boleh ambil wuduk ya.



Kami terus ke Khao Kho View Point untuk tengok matahari terbenam. Sini kira macam antara port terbaik la di Khao Kho yang orang selalu datang untuk tengok matahari terbenam. Memang lawa dan layan feeling habis tengok.

Masa kami tengok tu dah jam 6.30 waktu Thailand, jadi dapat view matahari terbenam yang lagi lawa. Dalam gambar pun dah lawa, tengok dengan mata kasar lagi lawa. Boleh nampak tau matahari tu terbenam pelan-pelan.

Tips: Kalau datang sini, jangan lupa untuk buat video timelaps. Sure lagi lawa.


Sementara tunggu matahari terbenam tu, boleh la usha deretan kedai yang ada disini. Kalau korang memang tengah mencari barang kraft atau oleh-oleh untuk dibawa pulang, boleh be beli kat sini sebab boleh tawar-menawar.

Ada juga adik-adik kecik yang jalan pakai pakaian traditional menjual keychain, gelang dan rantai buatan tangan. Cantik, unik dan murah juga. Beli banyak, boleh tawar lagi murah.



Dah redah perjalanan lebih 5 jam dari Bangkok, maka perut pun lapar balik. Maka tour guide pun bawa kami untuk makan malam di satu restoran makanan Thailand, Halal yang eksklusif di tanah tinggi Khao Kho.

Restoran Tanya Berry bukan sahaja menghidangkan menu makanan asli Thailand, tapi juga menawarkan permandangan yang cantik. Datang malam-malam memang dapat rasa sejuk je angin di tanah tinggi ni. Saya nampak, ramai juga yang berkhemah kat sini.



Malam tu, kami tidur di Hotel Khao Kho Rabiangphu Resort. Puas hati dengan lokasi hotel ni sebab di tanah tinggi. Bilik pun selesa walaupun kena turun tangga. Kelengkapan asas seperti tuala, sabun, air mineral disediakan.

Malam tu masa saya lepak minum di luar bilik, rasa sejuk, nyaman dan tenang je sebab tiada bunyi kenderaan.  Kalau ada tikar boleh bentang buat stargazing.




Hari 2

Hari kedua kami dimulakan dengan sarapan ala-ala Thai. Nasib baik ada bubur, roti dan air panas. Dah pagi ni baru nampak permandangan kat sekitar hotel ni. Memang cantik sebab di atas gunung. Paling best, udara pun segar dan nyaman je.

Banyak juga bunga-bunga dengan dekorasi di sekitar hotel ni. Sesuai untuk buat bergambar.



Lokasi pertama untuk hari kedua adalah ke Tanrak Talaymok. Siapa yang suka dengan bunga-bunga tu mesti excited gila dengan tempat ni sebab ada banyak bunga. Macam-macam jenis dan warna ada kat sini dan paling penting tak payah bayar apa-apa dah!

Kami berhabis masa dalam 30 minit untuk bergambar disini. Cantik port dia sebab boleh nampak di kawasan tanah tinggi dan banyak pokok dan tumbuhan bunga yang rare dan lawa. Kalau rajin, baik jalan sampai ke bawah.



Kalau lapar, kat sini pun ada kafe. Boleh la menikmati kopi atau teh atas bukit kan. Kalau korang terlepas atau tak sempat beli cenderahati semalam kat Khao Kho View Point, korang boleh juga beli kat sini. Ada banyak pilihan dengan harga yang not bad juga.


Dah puas bergambar dengan bunga-bunga, kami teruskan perjalanan untuk tengok Khao Kho Wind Turbine. Pertama kali saya tengok kincir angin depan mata. Besar rupanya, sebab dalam gambar macam kecik aje kan.

Tak sangka orang Thailand pakai kincir angin sebagai sumber tanaga mereka. Nak bergambar kat sini kena pandai cari port yang cantik. Ada banyak kawasan yang korang boleh masuk untuk bergambar. Tapi hati-hati sebab lantai dia lantai buluh.



Tak seronok pula kalau ke tanah tinggi, tapi tak menikmati secawan kopi, teh atau coklat panas kan? Makanya, tour guide membawa kami ke sebuah kafe popular di Khao Kho, Pino Latte Cafe yang menghidangkan minuman premium.

Bukan sahaja ada banyak jenis minuman kat sini, nak makan kek, pastri atau macaron pun ada kat sini. Air coklat panas berharga THB , manakala 3 biji macaron berharga THB100. Sedap juga macaron kat sini. Yang pasti Halal.

Lagi best, dapat minum ais panas dengan macaron ditemani oleh suasana permandangan cantik di Khao Kho, Thailand. Angin pun best je walaupun terik matahari.



Disebabkan orang Malaysia ni tak boleh dipisahkan dengan shopping, maka hari ini pun tour guide membawa kami untuk membeli-belah di kedai pakaian. Kat sini banyak t-shirt dan baju traditional orang Khao Kho.

Saya sempat beli seluar dengan harga THB100 sahaja. Seluar tu dahla cantik, lembut dan selesa lagi. Boleh buat pakai untuk jalan-jalan dan tidur. T-shirt kat sini pun dalam THB80-THB100. Itu pun boleh tawar lagi murah tau.

 



Gambar bersama dengan peserta trip dari Heritage One Stop Travel pada 14-18 Januari 2019.


Facebook Heritage One Stop Travel:
www.facebook.com/HOSTravel


Jemput baca entry seterusnya:

Phurua: http://www.nurulzayani.com/2019/02/melawat-ke-tempat-paling-sejuk-di-thailand.html
Khao Yai: http://www.nurulzayani.com/2019/02/ada-apa-di-khao-yai-thailand.html
Bangkok: http://www.nurulzayani.com/2019/02/sehari-di-bangkok-thailand.html


Till then,

4 comments:

  1. Menarik ni... Boleh ke sini nanti

    ReplyDelete
  2. cantik tempatnya. gambar2 pun menarik..
    ke Thailand ni paling teruja nak makan makanan depa
    yang sedap2 trangkat tu =D

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^