Wednesday, February 6, 2019

Ada Apa di Khao Yai, Thailand?

 Assalamulaikum dan hai korang,

Sambungan daripada trip ke Khao Kho dan Phurua,

Dari Khao Kho ke Khao Yai mengambil masa dalam 6 jam lebih dengan jalan darat. Walaupun lama, tapi sebab view cantik rasa berbaloi trip. Dapat pula singgah di Phurua tengok permandangan. Tips: Jangan lupa untuk bawa ubat mabuk kalau korang jenis tak tahan mabuk.

Khao Yai merupakan satu daerah yang cantik dengan permandangan, idea dan senibina yang menarik dan unik. Ramai orang singgah ke sini sebab lokasi Khao Yai yang terletak pada 3 jam di utara Bangkok.



Hari 3

Sambungan daripada trip Phurua, lepas tengok matahari terbit, kami teruskan perjalanan ke Khao Yai. Dalam 5 jam macam tu sampai di Khao Yai. Singgah ke Palio Village Khao Yai, satu lokasi di Thailand yang macam kat Itali. 

Tempat ni sebenarnya macam kawasan kompleks membeli belah, tapi dekorasi, banggunan dan suasana kat sini memang feel macam kita berada kat Itali, padahal ada kat Thailand. Kawasan yang luas ni ada banyak kedai jualan dan port cantik untuk buat photoshoot. 

Memang feel habis berjalan dan teroka kawasan sini.



Nak cari cenderahati pun boleh juga kat sini. Ada makanan, tshirt, keychain dan banyak oleh-oleh rare yang korang boleh dapat kat sini dengan harga yang boleh tahan murah. Keychain bermula dengan harga THB60.

Yang peminat action figure tu, sure rambang mata sebab kat sini banyak patung rare dan hasil tangan yang boleh jumpa. Kalau setakat nak cari karakter Naturo tu apalah sangat.



Malam tu check in kat Rose Villa Resort, then habis hari ke 3. Malam tu tidur.



Hari 4

Kebetulan lepas check out esok pagi tu, nampak pokok bunga ni tengah kenbang kat depan pagar hotel. Cantiknya macam pokok bunga Sakura. Tak sure pula ni pokok apa, tapi memukau mata. Rasa macam bercuti kat negara yang tengah musim bunga.


Orang cakap, kalau dah sampai di Khao Yai, paling wajib untuk tengok dan ambil gambar dengan Bunga Matahari. Tapi sayangnya masa kami datang tu dah habis musim bunga matahari, bak kata tour guide "Bunga dah patah tengkok".

Tapi kami singgah jugak lah tempat bunga matahari. Tak dapat amik masa bunga cantik, masa dah patah tengkok pun boleh. Sayang betul, sebab bunga matahari dah jadi kuaci. Terlupa nak rasa kuaci kat sini rasa apa.

Memang tinggi-tinggi betul pokok bunga matahari di sini. Satu bunga dah lebih besar daripada tapak tangan saya. Cuba bayangkan betapa cantiknya kalau dapat tengok masa bunga matahari tu tengah mekar dan kembang.



Sampai di The Bloom, Khao Yai, terubat la sikit perasaan sebab tengok banyak pokok bunga cantik-cantik dan besar. Masuk sini kena bayar, tapi nasib baik dalam package bayaran dah termasuk. Tinggal standby kamera untuk ambil gambar lelawa je.

Masuk sini, rambang mata tengok pokok dan taman bunga yang merenek, besar dan lawa. Siap ada pasangan pegantin tengah buat outdoor kat sini. Sure gempak lah gambar kawen deorang.



Tapi yang paling seronok, tour guide kami berjaya jumpa satu lokasi di Khao Yai yang masih lagi ada bunga matahari yang masih mekar. Well, bunga ni baru nak kembang sebab kecik lagi, tapi okay la jumpa daripada tak ada langsung kan.

Alhamdullilah jumpa juga. Mungkin berkat solat hajah seorang aunty dalam trip saya ni berdoa nak jumpa dengan taman bunga matahari yang kembang ni kot. Haha.






Makanan di Thailand:

1) Tiap-tiap hari kat Thailand memang kami dihidangkan dengan tomyam. Tapi, tomyam kat sini memang tak sama langsung dengan tomyam kat Malaysia sebab kat sini pes dia buat sendiri.

2) Tomyam ada macam-macam rasa. Hari pertama tomyam rasa masam, hari kedua rasa masin, hari ketiga sedap just nice. Haha

3) Makanan kat sini pulak, feeling dia macam menu makanan yang selalu saya order di restoran makanan Thailand di Malaysia.

4) Kat Thailand memang selalu mereka makan nasi berkanji yang macam pulut tu. Jadi, sila prepare mental dan diri korang eh. Tapi ada je yang hidang nasi putih biasa.

Overall, tekak saya boleh je terima makanan kat sini. Paling penting setiap kali makan mesti ada hidang dengan buah-buahan. Kalau tak ada selera, makan je buah. Kenyang juga.





Facebook Heritage One Stop Travel: 
www.facebook.com/HOSTravel

Jemput baca entry yang lain:

Khao Kho: http://www.nurulzayani.com/2019/02/ada-apa-di-khao-kho-thailand.html
Phurua: http://www.nurulzayani.com/2019/02/melawat-ke-tempat-paling-sejuk-di-thailand.html
Bangkok: http://www.nurulzayani.com/2019/02/sehari-di-bangkok-thailand.html


Till then,

1 comment:

  1. Best nya dpt cuba makanan baru..

    Key Chain & bunga Matahari pun cantik2..

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^