Wednesday, October 16, 2019

Beli Makanan-Inspirasi Jepun di myNEWS

Hai dan Selamat Sejahtera korang!

Untuk korang yang belum kenal saya, saya memang peminat makanan Jepun. Suka makanan Jepun sebab kebanyakan meal deorang simple, sedap dan senang kenyang. Masa pergi Jepun haritu, nak makan banyak makanan kat sana, tapi kekangan Halal pula.

Balik Malaysia, rezeki dapat makan makanan Jepun tanpa perlu kesana, di myNEWS. Jujur cakap, dalam bulan ni sahaja, dalam seminggu tu, 3-4 kali juga saya singgah ke myNEWS untuk beli makanan-sedia-makan Jepun yang ada. Haha.



myNEWS baru-baru ini melancarkan pelbagai seleksi makanan-sedia-makan (ready-to-eat RTE) yang sedap dan berkualiti tinggi hasil dari pusat produksi makanan mereka yang sendiri, dibawah anak syarikat myNEWS Ryoyupan Sdn Bhd dan myNEWS Kineya Sdn Bhd.

Makanan ini akan dijual di semua cawangan myNEWS di seluruh Malaysia. Bestnya lagi makanan yang mereka jual ni semua segar dan terbaik dari ladang. Jarang jumpa makanan dalam bekas plastik yang sedap.

Korang boleh dapatkan seleksi makanan inspirasi dari Jepun di 300 cawangan myNEWS yang terpilih dan mereka janjikan makanan yang dijual berkualiti tinggi, terjaga kebersihan dan kesegarannya dan semestinya Halal, demi memenuhi permintaan pelanggan yang beragama Islam.

 

Bento RTE di myNEWS pun sedap dan mudah. Sesuai untuk mereka yang nak cepat atau malas nak masak macam saya. Haha~. Hanya pilih makanan apa yang korang nak, bayar di kaunter dan staff akan tolong panaskan makanan tu secara percuma.

Antara pilihan Bento kegemaran saya di myNEWS adalah: Salmon Salsa (RM13.90), Chicken BBQ (RM9.90) dan Jumbo Chicken Cutlet (RM12.90).



Jenis yang diet taknak makan nasi, ada juga pilihan mee dan spaghetti. Saya recommend untuk korang cuba Spicy Belado Spaghetti (RM8.90) dan Salmon & Mushroom Alfredo (RM9.90).

Tak dilupakan juga menu makanan tempatan seperti Kari Laksa dan Nasi Lemak. Kari Laksa dia is a must! Tak sangka sedap betul Kari Laksa ni. Dalam satu hidangan ada bihun dan mee, kuah pulak memang letak asing supaya mee tu tak kembang.


Jangan lupa untuk cuba seleksi Sandwich dan Onigiri di myNEWS. Onigiri ni popular sebab sedap, segar dan murah. Haritu pun siap ada promosi, RM1 sahaja untuk sebiji onigiri. Berbaloi sangat.

Korang boleh cuba Onigiri perisa: Salmon Soy (RM4.20), Smoked Salmon with Cream Cheese (RM4.90), Salmon Teriyaki, Saba Teriyaki, Tobiko Kani Mayo, Tuna Mayo.

Sandwich myNEWS: Smoked Salmon & Egg Mayo, Spicy Tuna & Egg, Egg Mayo, Egg Tomato & Lettuce, Teriyaki Chicken & Egg, Spicy Chicken Cutlet, Chicken & Cheese.


Kalau di Maru Kafe, myNEWS, korang wajib cuba air coklat dia. Seriously sedap. Lagi best, proses nak beli pun tak memakan masa yang lama sebab semua layan diri. Ambil dan terus bayar. Sesuai sangat untuk mereka yang nak cepat.

Harga untuk seleksi air di Maru Kafe: Americano (RM3.90), Latte (RM4.90) dan Coklat (RM5.90). Option tambah ais hanya ada di cawangan myNEWS yang terpilih.



Bercakap tentang Maru Kafe, tak lengkap tanpa Maru Bakes yang menawarkan pelbagai hidangan roti segar. Kat mana lagi nak dapatkan roti premium dengan harga serendah RM2+? Rambang mata dan perut nak pilih roti yang ada.

Antara seleksi Maru Bakes kegemaran saya ialah: French Butter Crossaint (RM4.50), Milky Twist (RM3.80), Castella & Custard Bun (RM3.20), Choco Ring (RM2.80), White & Choco (RM2.90), Pandan Kaya Bun (RM2.90), Red Bean Bun (RM2.70) dan Chicken Sausage Bun (RM3.20).

Saya pun memang suka makan roti, dan saya boleh cakap semua seleksi di Maru Bakes ada rasa premium.Korang kena cuba semua, baru tahu mana yang paling sedap.


Selain itu, myNEWS juga baru melancarkan myNEWS DASH yang merupakan platform servis penghantaran dalam talian. Kalau teringin sangat nak cuba makanan inspirasi Jepun dari myNEWS tapi malas nak keluar, buat je tempahan secara online. 

Zaman sekarang semua di hujung jari. Nak beli roti pun siap ada delivery. Awesome!



myNEWS Malaysia
Website: www.mynews.com.my
Facebook: www.facebook.com/myNEWS.com.my
Instagram: www.instagram.com/mynewsdotcom


With love,

1 comment:

  1. Wooo...hohohoho... Mengundang kelaparan saat membaca entry ni.. Adeh! Jom lah ke MyNews berdekatan sekarang..hehe..

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^