Tuesday, July 7, 2020

Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park)

Hai dan Assalamualaikum korang,

Selama dah hampir 10 tahun saya menetap di Kuala Lumpur, belum pernah sekali pun saya explore ke Taman Burung Kuala Lumpur atau KL Bird Park yang terletak di Taman Tasik Perdana. Jadi, sempena dengan PKPP, jom kita jalan-jalan dalam negara.

Taman Burung Kuala Lumpur @ KL Bird Park merupakan sangkar burung terbang bebas yang terbesar didunia. Sesuai dengan title "World Largest Free-flight Walk-in Aviary", taman burung ini berkeluasan 20.9 ekar yang merangkumi kawasan lembah hijau yang semulajadi.


Pengunjung yang datang dapat melihat dengan sendiri kepelbagaian dan warna-warni burung yang terbang bebas di sini. Untuk pengetahuan korang, terdapat lebih kurang 200 jenis spesis burung dengan lebih daripada 3000 ekor burung yang mendiami KL Bird Park.

Antara jenis burung yang selalu menjadi perhatian orang ramai yang berkunjung ke sini adalah seperti engggang, bangau, nuri, merak, kakak tua, merpati, ruak-ruak dan pelbagai jenis burung lain yang selalunya boleh dilihat di dalam dan luar negara.


Sebelum nak masuk  boleh la beli tiket di kaunter. Tips saya, kalau datang ke KL Bird Park, sila pakai kasut yang sesuai, lagi bagus sport shoe sebab memang jauh juga nak berjalan. Kalau jenis yang tak tahan panas tu, boleh bawa payung/ kipas/ cap.

Durasi perjalanan di dalam Taman Burung Kuala Lumpur boleh mengambil masa sehingga 3 hingga 4 jam tergantung durasi masa korang semasa berada di sesuatu kawasan tu. Jujur cakap, saya tak terasa masa berjalan, tetiba je dah 3 jam.

Nasihat saya, better stay sampai petang untuk tengok bird show dan bird feeding yang ada. Oh! Jangan lupa bawa air putih untuk minum ya, makanan luar tak dibenarkan so make sure korang dah makan sebelum masuk, kang kebulur.

Harga tiket KL Bird Park:

Dewasa: RM63.00
Kanak-kanak: RM42.00
Warganegara Malaysia
Dewasa: RM25.00
Kanak-kanak & Warga emas: RM6.00



Love Aviary

Masuk je mula-mula, korang akan berada di kawasan Love Aviary. Masuk je kawasan ni, sure korang akan rasa excited macam suami dan saya. Excited tengok burung yang berada dekat je dengan kita. Ada jenis burung yang friendly juga.

Seperti nama dia 'love', kebanyakan burung di kawasan ini memang couple/ selalu berada dengan pasangan masing-masing. Dah macam port dating burung pun kawasan ni. Ada la seekor-dua yang forever alone macam korang XD.


Cockatiel Bird

Ada banyak jenis burung kecil dalam sini. Tapi saya suka burung Cockatiel,  sebab comel dan cantik. Burung Cockatiel ini merupakan spesis burung kakak tua yang terkecil yang berasal dari Australia. 

Burung Sun Conure kemain manja sesama sendiri. Siap main grooming sesama couple dan peluk-peluk pulak. Korang yang single tu jangan jeles ya. Adalah nanti jodoh korang sampai juga. Mari kita doakan burung-burung ni dalam anak yang comel-comel.

Sun Conure atau Parakeet Matahari merupakan sejenis burung kakak tua berwarna terang dan bersaiz sederhana. Asal dia dari timur laut Amerika Selatan. Burung jantan dan betina sama je rupa dia, dengan warna bulu kuning-keemasan.

Sun Conure

Sun Conure

Memula saya masuk, ingatkan burung Indian Ringneck Parrot single, tapi tidak. Dia pun ada girlfriend, saya jumpa dia dating di kolam. Burung ini juga dikenali dengan nama Rose-Ringed Parakeet yang merupakan salah satu spesis burung kakak tua.

Burung ni sebenarnya selalu dijumpai di Africa dan Asia Selatan, tapi sekarang spesis ini dah semakin banyak di negara lain sebab manusia yang buat trading burung dan bela burung ini sebagai haiwan peliharaan eksotik.  

Tips kalau korang nak burung datang dekat dengan korang, jangan banyak gerak, nanti dia datang. Lepas tu, jangan duduk dekat sangat dengan burung, kena patuk saya tak tau ok. (sebab suami saya dah kena dengan Flamingo. Haha)

Indian Ringneck Parrot

Indian Ringneck Parrot

Ni saya nak bagitahu, walaupun Taman Burung Kuala Lumpur dah dibuka, mereka sangat menitikberatkan penjarakan sosial selaras dengan seruan kerajaan dalam SOP PKPP. Jadi mereka yang bawa keluarga tu, jaga anak korang baik-baik dan patuhi SOP ya.

Jangan lupa selalu cuci tangan atau pakai hand sanitizer dan pakai face mask. Saya dengan suami pun memang pakai mask, dalam gambar je buka kejap.

 

 

Selepas itu kami masuk dikawasan yang lebih terbuka. Sambil berjalan berpimpin tangan, eh maksud saya sambil berjalan menghidup udara segar dan melihat kehijauan kawasan KL Bird Park, kami mula nampak beberapa ekor burung yang tengak melepak kat sini.

Spesis burung yang ada dikawasan ini adalah kebanyakannya dari keluarga Burung Merbok (Doves)  dan Punai (Pigeons). Didalam dunia, terdapat lebih kurang 313 spesis burung merbok dan punai.

Antara yang kami jumpa termasuklah: Emerald Doves, Pied Imperial Pigeon, Spotted Dove, Pink-necked Green-Pigeon, Western & Victorian Crowned-pigeon, Nicobar Pigeon, Green Imperial-Pigeon dan Zebra Dove.


Western & Victorian Crowned-pigeon


Bayangkan eh, kami tengah berjalan tengok burung-burung ni berkeliaran, tetiba terjumpa telur burung di celah daun rumput. Tapi tak tahu la telur burung jenis apa. Burung kat sini tak stress siap bertelur di merata tempat.

Burung Bangau Kendi (Cattle egret) pun punyalah friendly. Dimana kami berada, mesti akan ada seekor-dua yang akan ikut. Nak ambil gambar burung hantu, bangau ni yang masuk pergi enter-frame, jenis busy body punya bangau. Haha

Burung Bangau Kendi (Cattle egret)

Black crowned crane (Bangau Kelabu Bermahkota).


Flamingo Pond

Selama ni nampak Flamingo (Phoenicopteridae) dari jauh sahaja, tapi di KL Bird Park siap dapat bergambar sekali. Excited sangat masa nampak memula tu, tapi rupanya banyak lagi Flamingo yang berkeliaran jadi sabar ya kalau tak jumpa.

Flamingo merupakan sejenis burung tropika yang berkaki kurus panjang, berparuh lengkuung, berleher panjang dan berbulu merah jambu. Biasanya hidup dikawasan berair dan boleh ditemui di Afrika, Asia, Amerika Utara, Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Eropah.

Nampak friendly tapi jaga-jaga jangan terlalu dekat dengan deorang ni sebab kalau dia rasa terancam, dia akan patuk. Paruh dia memang tajam ya. Tah kat mana dia pergi asah XD




Apa yang paling saya kagum dan suka melawat di KL Bird Park adalah sebab saya teruja tengok burung yang dilepaskan berkeliaran macam tu je. Ada lah burung jenis yang jinak, photogenik (Ada seekor burung tu asyik masuk ke semua gambar yang kami ambil), dan ada jenis yang ganas.

Di sini, korang dapat lihat macam mana hidup mereka secara bebas. Rasa teruja tengok beberapa spesis burung yang boleh berkongsi makanan dan port melepak didalam satu-satu kawasan dan hidup harmoni je.




Rasa rileks sangat selepas musim PKP jalan-jalan ronda didalam kawasan Kuala Lumpur. Dalam KL Bird Park pun best sebab tenang hati dan mata tengok kehijauan dan excited tengok burung yang bergerak bebas didalam ni.


 

Burung hantu merupakan spesies burung pemangsa yang nokturnal isitu aktif pada waktu malam dan mempunyai bentuk muka yang berbeza dengan burung biasa. Muka burung hantu berbentuk rata dengan kedua belah matanya menghadap ke hadapan macam manusia.

Burung hantu diklasifikasikan mengikus 2 kelas (yang masih wujud) iaitu:

1. Tytonidae/ Barn-owls (18 spesis): Burung Pungguk Api/Burung Hantu Coklat (Phodilus badius), Burung Pungguk Jelapang/Burung Hantu Kubur (Tyto alba), Burung Hantu Rumput (Tyto longimembris), Burung Jampuk Rumput (Tyto capensis).

2. Strigidae/ True owl (Lebih daripada 194 spesis): Burung Hantu Bertanduk (Bubo coromandus), Burung Hantu Bubu (Bubo sumatranus), Burung Hantu Salji (Bubo scandiacus), Burung Hantu Bersiul (Glaucidium castanopterum), Burung Hantu Kecil (Glaucidium brodiei), Burung Hantu Ikan (Ketupa zeylonensis), Burung Hantu Kuning (Ketupa ketupu).

Suami saya suka betul dengan Burung Hantu. Dia nak beli seekor nanti -_-

Hornbill Park

Hornbill Feeding: 11.30AM
Zone 3 (Hornbill Park)

Antara tarikan yang paling hot kat Taman Burung Kuala Lumpur adalah Burung Enggang atau Hornbill. Tak lengkap la nama taman burung tapi tak ada burung yang majestik macam engggang kan. Best part, korang juga dapat melihat sesi feeding hornbill ni.

KL Bird Park merumahkan beberapa jenis spesis burung enggang termasuklah: Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), Burung Enggang Papan (Buceros bicornis) dan Burung Enggang Hitam (Anthracoceros malayanus).


Burung Enggang Badak atau Burung Enggang Kenyalang merupakan satu spesis enggang yang paling popular di Malaysia dan merupakan antara spesis burung enggang terbesar, dengan purata dewasa sebesar 110-127 cm panjang dan seberat 2-3 kg.

Tahu tak korang, bagi sesetengah penduduk Dayak, burung Enggang Badak mewakili Dewa Perang mereka, Singalang Burong. Sebab itu burung ini dipandang tinggi di negeri Sarawak.

Burung Enggang Badak (Buceros rhinoceros)

Burung Enggang Papan dikenali dengan nama Great Hornbill merupakan antara 10 spesis enggang yang boleh ditemui di Semenanjung Malaysia. Burung Enggang Papan antara spesis burung enggang yang terbesar dengan purata dewasa sebesar 95-120 cm panjang dan seberat 2.8 kg.

Semasa musim pembiakan, burung enggang papan betina akan buat sarang dan bertelur di dalam lubang pokok yang akan ditutup menggunakan lumpur, najis dan isi buahan dan hanya meninggalkan lubang yang kecil. 

Burung enggang papan jantan pula akan memberikan makanan kepada mereka sehingga anak burung cukup besar dan bersedia untuk terbang keluar. Enggang papan juga merupakan sejenis haiwan yang bersifat "monogamous" iaitu hanya hidup dengan 1 pasangan sepanjang hidup.

Burung Enggang Papan (Buceros bicornis)

Burung Enggang Papan (Buceros bicornis)

Burung Enggang Hitam atau Anthracoceros malayanus ada banyak nama. Kadang-kadang orang panggil Engggang Gatal Birah dan merupakan enggang yang selalunya dijumpai di negara Asia seperti Malaysia, Brunei dan Indonesia.

Enggang hitam dibezakan jantinanya hanya dengan melihat warna paruh dia. Jantan akan warna kuning manakala betina bewarna hitam. Gambar saya ambil ini merupakan Enggang Hitam betina.

Kalau di Malaysia selalu akan ada dikawasan yang ada hutan yang besar sebab burung ini suka duduk di atas pokok yang tinggi macam di hutan di Sabah Borneo. Merupakan antara spesis yang terancam sebab hidup dia akan bergantung kepada makanan buahan di hutan untuk membiak.

Burung Enggang Hitam (Anthracoceros malayanus)

Burung Enggang Hitam (Anthracoceros malayanus)

Korang jangan pulak nampak enggang hitam ni korang cakap burung gagak eh. Walaupun sama, tapi lain ya. :D

Kalau datang ke Taman Burung Kuala Lumpur, dapatlah korang tengok macam mana 'rumah' enggang yang di dalam pokok dibuat ibu dan anak enggang tu. Dapatlah juga peluang rare lihat baby enggang yang kecik comel je.

 

World of Parrots

Lory Feeding: 10AM-5PM
Zone 4 (World of Parrots)

Masuk ke dalam zon dunia Burung Nuri atau nama English dia, Parrots. Masuk disini memang ada sangkar besar khas takut burung ni terbang sebab spesis ini kecik dan jinak. Kang ada orang bawa balik letak dalam beg pulak kan. Haha.

Spesis di dalam keluarga Burung Nuri kebanyakannya berbulu warna terang. Kaki dia ada dua jari hadapan dan dua jari ke belakang yang digunakan untuk memegang makanan kedalam mulut. Paruh dia nampak je kecik tapi mampu memecahkan kulit kekacang dan bijian keras.

Antara spesis yang ada disini adalah: Red Lorry, Chattering Lorry, Eclectus Parrot, Mealy Amazon, Blue-fronted Amazon, Yellow-streaked Lorry, Blue-streaked Lorry dan Rainbow Lorikeet.




Masa di dalam ni, saya ada nampak burung nuri yang tak ada bulu dihadapan badan dia. Ingatkan dia sakit, tapi rupanya itu memang proses normal sebab spesis parrot akan kehilangan bulu dalam 1-2 kali setahun dan akan tumbuh balik yang baru.

Suami saya paling excited bab nak bagi makan. Seronok dia burung keliling makan makanan yang dia bagi. Makanan mereka ni macam susu pun ada, so pegang je bekas tu nanti adalah burung datang. Nak tengok macam mana burung nuri makan, tengok kat IG @nzayaniz ya.



 Flightless Birds

Ostrich Feeding: 10AM-5PM
Zone 4 (Flightless Birds)

Di zon burung yang tak boleh terbang, kami jumpa Burung Unta (Struthio camelus). Tahu tak korang yang Burung Unta merupakan burung terbesar yang masih hidup dengan purata ketinggian dewasa 2.1-2.8 m (jantan), dan 1.7-2 m (betina) dan berat sehingga 100-120kg.

Zaman dulu-dulu, burung unta digunakan di sesebahagian Afrika Utara dan Arab untuk aktiviti lawan tunggang sebab haiwan ini boleh berlari selaju 70kmj dan ditunggang oleh orang dewasa yang berbadan kecil. Sekarang dah tak buat dah.

Tak pernah lagi saya cuba bagi Burung Unta makan. Takut juga sebenarnya nak bagi mereka ni makan sebab ganas-ganas dan agresif betul. Best betul kat sini sebab sayur untuk feeding diberikan secara percuma. 

Burung Unta (Struthio camelus)

Bird Show

12.30PM & 3.30PM
Zone 4 (Amphitheater) 

Antara tarikan yang ada di KL Bird Park adalah Bird Show. Rugilah datang tapi tak dapat tengok bird show ni. Antara burung yang menjadi star didalam show ini adalah: Umbrella Cockatoo, Blue & Gold Macaw, Scarlet Macaw dan Green-winged Macaw.

Show ini mengambil masa dalam 15 minit. Menarik juga show ini, ia membuktikan burung kakak tua merupakan antara burung yang paling pandai di dalam dunia. Cerdik, dah la lawa.


Education Station

Seronoknya datang ke taman burung ini bukan sahaja dapat melihat pelbagai spesis burung yang ada disini, tetapi juga dapat belajar dan tambah ilmu pengetahuan tentang banyak benda. Boleh singgah ke Education Station untuk belajar dengan lebih banyak lagi tentang burung.

Budak-budak mesti excited datang sini sebab dapat tengok macam mana anak ayam menetas. Saya pun excited tengok. Yang dewasa pun boleh la belajar proses dia dan teknologi moden yang digunakan untuk proses penetasan telur ayam/ burung.




Photo Booth

Kalau korang ada kesempatan dan nak abadikan kenangan datang berkunjung ke KL Birk Park, boleh lah bergambar dengan burung eksotik di photo booth, berdekatan dengan kawasan World of Parrots.

Harga ambil gambar di photobooth Taman Burung Kuala Lumpur bermula dari RM15. Ada beberapa pilihan yang ada, korang boleh pilih sendiri. Seriously sangat worth, burung ni pun semua pandai posing. Haha.



Masa inilah peluang korang untuk dapat sentuh dan bergambar dengan secara dekat dengan burung eksotik yang ada di sini. Antaranya:

African Grey Parrot, Umbrella Cockatoo (Friendly sangat!), Yellow-headed Amazon, Blue & Gold Macaw, Rainbow Lorikeet, Galah Cockatoo, Scarlet Macaw (Photogenic betul sekor ni), Green-winged Macaw, Sun Conure (Spesis ni pemalu sikit tapi comel) dan Cockatiel.

Umbrella Cockatoo  dan suami saya xd
Sun Conure

Tarikan yang korang perlu tahu di Taman Burung Kuala Lumpur:

Bird Show/ Pertunjukan Burung:
12.30PM & 3.30PM
Zone 4 (Amphitheater)

Feeding Time/ Masa makan haiwan: 

Lory Feeding: 10AM-5PM
Zone 4 (World of Parrots)

Ostrich Feeding: 10AM-5PM
Zone 4 (Flightless Birds)

Free Flying Bird Feeding: 10.30AM
Zone 1 (Sebelah Brahminy Land)

Hornbill Feeding: 11.30AM
Zone 3 (Hornbill Park)

Eagle Feeding: 2.30PM
Zone 1 (Brahminy Land)

Milky Stork Feeding: 4PM
Zone 4 (Waterfall Aviary)

 

Hornbill Restaurant & Cafe

Dah penat berjalan, kami memang nak makan lah sebab lapar berjalan daripada siang. Bila tengok map, jauh juga kami berjalan di dalam KL Bird Park. Maka nak makan kami singgah je di Hornbill Restaurant & Cafe yang terletak di jalan keluar park ni.

Pengalaman rare makan tengah hari sambil ditemani dengan Burung Enggang Kenyalang. Memang lokasi restoran ni masih lagi terletak di dalam kawasan taman burung, maka sebab itulah kalau korang bernasib baik, dapat makan sebelah burung-burung ni.



Sebab kami dah lapar sangat masa tu, maka kami order banyak juga makanan. Best kat sini sebab porsi makanan besar, tapi harga murah dan worth sangat. Memang kalau bawa family ramai takdelah kering poket nak bayar makanan. Paling penting, makanan sedap.

Antara menu yang saya dan suami makan (Gambar di atas):
Crispy Golden Combo RM15.90
Nasi Goreng Malaysia RM19.90
Salad Nicoise RM18.90
Pisang Goreng RM5.90
Banana Split RM15.90


Selain daripada Taman Burung Kuala Lumpur, kalau korang singgah di kawasan ini, korang juga boleh melawat tempat menarik di sekeliling seperti Masjid Negara, Muzium Polis, Muzium Kesenian Islam dan Taman Rama-Rama Kuala Lumpur.

Waktu operasi KL Bird Park:
Setiap hari: 9AM-8PM

KL Bird Park
(Taman Burung Kuala Lumpur)

920 Jalan Cenderawasih, Taman Tasik Perdana,
50480 Kuala Lumpur.

 Contact: 03- 22721010
Website: www.klbirdpark.com
Email: info@klbirdpark.com


With love,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^