MOA Diantara Meatech Creative Academy dan Metrowealth International Group (MIG)

Selamat sejahtera korang,

Tahniah saya ucapkan kepada Meatech Creative Academy dan Metrowealth International Group (MIG) atas kerjasama untuk memorandum perjanjian (MOA) yang telah berlangsung pada 16 Ogos 2023 bertempat di Wisma Metrowealth.

MIG, sebuah syarikat hiburan yang memang terkenal dengan penghasilan filem-filem Malaysia telah menapak didalam pasaran Malaysia selama lebih daripada 23 tahun dan telah banyak ‘melahirkan’ dan ‘mencipta’ bintang sesuai dengan visi mereka, “Bintang Dicipta Bukan Dilahir”.

Kerjasama diantara Meatech Creative Academy dan MIG dengan sokongan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) dijalankan untuk membantu pelajar dari Meatech Creative Academy untuk mengadakan latihan industri di MIG.


Dari kiri: CEO Meatech Creative Academy, Puan Shahralin binti Abdul Hamid, CEO Metrowealth International Group (MIG), Mr David Teo.

Ramai orang yang terlibat secara langung dan tidak langsung telah menghadiri majlis MOA ini termasuklah tetamu VIP daripada Meatech Creative Academy dan MIG, para pelajar dari Meatech Creative Academy, rakan artis, media dan influencer.

Majlis menandatangani perjanjian itu telah dilaksanakan oleh CEO Meatech Creative Academy, Puan Shahralin binti Abdul Hamid dan CEO Metrowealth International Group (MIG), Mr David Teo dan telah disaksikan oleh COO Meatech Creative Academy, En Mohd Zaharizan bin Abdul Mudin dan Pengarah Bahagian Persijilan Kompetensi JPK, En Mohd Sukri bin Ismail.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran 2 bintang veteran Malaysia, Seniwati Datuk Hajjah Fauziah Nawawi dan Sturadara Aziz M Osman yang juga merupakan penerima Diploma Kemahiran Malaysia didalam bidang Koordinasi Pengarahan Filem dari Meatech Creative Academy.




Semoga perlaksanaan latihan industri dan internship didalam Sistem Latihan Program Bertauliah (SLaPB) ini dapat membantu ramai pelajar untuk lebih bersedia untuk diserap masuk kedalam bidang pekerjaan industri seni kreatif yang sebenar.

Memorandom ini juga menyaksikan ada didantarta artis dibawah naungan MIG yang terpilih untuk menyambung pengajian mereka untuk Diploma Kemahiran Malaysia di Meatech Creative Academy. Selamat maju jaya saya ucapkan!



Meatech Creative Academy merupakan sebuah institusi pengajian kemahiran media kreatif yang telah ditubuhkan pada 25 November 2009 yang menawarkan Diploma Pengajian dibawah Jabatan Pembangunan Kemahiran dibawah Kementerian Sumber Manusia.

Antara kursus Diploma Kemahiran Malaysia yang ditawarkan oleh Meatech Creative Academy adalah:

Diploma Digital Graphic Design:
⭐ Penerbitan Meja,
⭐ Rekaan Grafik,
⭐ Pengurusan Operasi Percetakan.

Diploma Creative Multimedia Designer:
⭐ Reka Bentuk Multimedia Interaktif,
⭐ Pembangunan Kandungan Kreatif.

Diploma Media:
⭐ Video/ Produksi Filem (Penggambaran).


Meatech Creative Academy
No. 21-G, Jalan Reko, Sentral 2, Reko Sentral,
4300 Kajang, Selangor.
Contact: 03-8739 5684/ 87
Website: www.meatechskill.edu.my

Metrowealth International Group (MIG)
20, Jalan PJS 5/28 Pusat Dagangan Petaling Jaya Selatan, PJCC,
46150 Petaling Jaya, Selangor
Contact: 03-7782 2299
Website: metrowealth.com.my


Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

Illya LeYa said…
Tahniah Meatech Creative Academy dan MIG atas memorandum persetujuan ini. Semoga apa yang dihajati tercapai.

FOLLOWERS