Review Filem: Volkswagen Kuning (2016)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Credit to Broframestone dan MIG Pictures untuk jemputan ke majlis pra-tonton filem Volkswagen Kuning tempoh hari.

Filem ke 115 terbitan MIG ini diinspirasikan daripada kisah benar. Filem ini aiarahkan oleh pengarah Shadan Hashim yang menampilkan barisan pelakon yang agak rare iaitu Pekin Ibrahim, Atikah Suhaume, Shahronizam, Azman Hasan, Mak Jah, Aida Othman dan ramai lagi.


SINOPSIS FILEM
Sinopsis credit: MIG Pictures Sdn. Bhd.
Mengisahkan tentang sepasang kekasih yang telah bertunang, Fuad dan Sarah yang dalam perjalanan untuk pulang ke kampung Fuad. Mereka mengalami gangguan apabila tersesat selepas senja semasa mencari  kedai makan. Gangguan itu menyebabkan mereka mengalami kemalangan dan Sarah mula berubah.

Fuad ditahan di wad, manakala Sarah mengalami kecederaan ringan. Raudhah, kakak Sarah datang untuk menjemput Sarah pulang ke bandar, sementara menunggu Fuad pulih dari kecederaan. Tanpa diduga, Sarah membawa pulang 'sesuatu' bersamanya.

Pak Ayob, bapa saudara Fuad mula menyiasat tentang gangguan dan punca kemalangan yang menimpa Fuad. Hasil penyiasatan itu, telah membuka kembali sejarah hitam yang pernah berlaku di kampung itu.



REVIEW FILEM

Walaupun filem ini filem seram, bagi aku ia masih sesuai ditonton oleh semua lapisan umur, cumanya kalau yang jenis takut hantu gila-gila tu, better la tak payah pegi sebab filem ni memang boleh tahan banyak elemen suspense dan part terkejut. Korang akan ternanti-nanti apa yang deorang nak buat lepas tu.

Antara yang aku suka dalam movie ni adalah, nilai elemen kekeluargaan yang diterapkan. Dalam movie ni walaupun Sarah ni kene rasuk, kakak dengan abang Fuad ni masih nak bantu dia walaupun bende ni susah nak selesaikan.

Lagi satu, walaupun ni filem seram, banyak juga pary yang lucu. Lucu sampai satu panggung ketawa dengan gelagat pelakon otai Malaysia. Walaupun ni pertama kali Pekin dan Atikah berganding, aku dapat nampak chemistry mereka dalam filem ni.

Bintang: ★★½


Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS