Baru-baru ni aku ada kesempatan untuk singgah membeli-belah di pusat membeli-belah Sungei Wang Plaza. Sungei Wang Plaza telah diambil alih oleh satu syarikat dan kini hampir 70% dikenali sebagai The Epic Circle at Sungei Wang Plaza.
Apa yang bestnya kat The Epic Circle at Sungei Wang Plaza ni adalah, mereka telah baik-pulih banggunan Sungei Wang Plaza kepada yang terkini, dan yang paling best sekali, ada Foodzania iaitu food court yang menjual pelbagai makanan yang sedap dan murah!
Rasanya kalau aku membeli-belah kat mall sebelah pun sanggup datang Sungei Wang Plaza sebab makanan dia memang berbaloi sangat.
Menariknya Foodzania, D'Food Caravan ini sebab mereka membahagikan food court mereka kepada beberapa bahagian. Ada bahagian food truck, food cart, dan food stall.
Kat bawah merupakan antara pilihan makanan yang aku dah cuba dan cadangkan untuk korang cuba. Makanan yang ada lambang "★" merupakan kegemaran dan yang paling aku suka. Harap korang terliur :D
Masakan Melayu
Nama gerai: DM Port
Harga: Bermula dengan RM 5 untuk satu set.
Set Asam Pedas Ikan Kembung
★ Set Ayam Masak Merah ★
★ Set Nasi Lemak Rendang Ayam ★
Set Ayam Masak Kicap
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Makanan Timur Tengah
Nama gerai: Chef Ahmad
Harga: Dalam lingkungan RM 5 hingga RM 15
Hummus
Breaded Chicken Chop
★ Shish Tawouk with Mandi Rice ★
Mandi Chicken Rice
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Hidangan Barat
Nama Gerai: Jo Pasta
Harga: Bermula pada RM 7.50 sepinggan.
Spaghetti Carbonara
★ Spaghetti Bolognese ★
Japanese Curry Rice dengan Chicken Katsu
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Makanan Ringan
Nama gerai: SS2 Goreng Pisang, Fun waffle, Quarter Snack
Harga: Bermula dari RM 3.50 untuk satu set.
★ Pisang goreng keju dan pisang goreng coklat ★
Cucur udang, Nian Gao goreng dan popiah goreng
Pelbagai jenis wafel.
★ Rojak buah ★
Menarik bukan? Jemput la singgah di D'Food Caravan di Foodzania, The Epic Circle at Singei Wang untuk merasai sendiri keunikan dan kesedapan makanan yang dijual kat sini.
Foodzania
3rd Floor, The Epic Circle at Sungei Wang,
Jalan Bukit Bintang, Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
Waktu operasi: 10AM–9PM
Till then,
24 Comments
lama tak pegi sg wang