Aku tak pernah berbuka puasa kat Bangi Golf Resort (BGR) sebelum ni. Excited juga nak merasa makan kat sini sebab dengar review banyak cakap makanan sini sedap dan harga pun murah je.
Untuk buffet berbuka puasa pada tahun ini, Bangi Golf Resort bakal menghidangkan lebih daripada 200 jenis juadah istimewa dan popular Ala Melayu, Barat dan Timur. Menu yang dihidangkan memang merupakan yang dimasak khas untuk orang Malaysia.
Restoran Bangi Golf Resort telah mendapat pengiktirafan Halal daripada JAKIM. Jadi tak perlu risau nak bawa seluruh keluarga makan kat sini sebab dan tentu Halal dan bersih. Makanan pun sedap dan fresh pulak tu.
Selain daripada lokasi Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort yang selesa dan luas, mereka turut menyediakan kemudahan yang lain seperti parkir percuma dan surau untuk umat Islam menunaikan solat Maghrib sebelum makan.
Pemberian meja adalah berdasarkan bilangan orang yang hadir, dan jangan risau sebab ruang antara meja korang dengan sebelah agak luas. Tak perlu risau kalau terlanggar ke apa.
Lebih menarik lagi, para pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan muzik secara langsung dari jam 6.30 petang hingga 9.30 malam setiap hari. Kiranya korang bolah makan dari lepas Azam Maghrib sampai 9.30 malam!
Antara 200 juadah yang akan dihidangkan, kat bawah ada beberapa hidangan yang aku dah cuba dan aku rasa patut korang cuba nanti kalau berbuka kat Bangi Golf Resort. Semua hidangan yang ada memang terbaik dari ladang. :)
Kambing Bakar
Aku rasa yang buatkan Kambing Bakar kat sini lain daripada yang lain adalah sos dia. Rasa sos dia masam-manis-pedas yang bila cicah dengan kambing, dan makan dengan nasi memang sedap. Daging dia pun korang boleh pilih nak potonga yang nipis atau tebal.
Peri-Peri Chicken Drumlets
Nasi Lemak Istimewa
Nasi lemak merupakan salah satu menu khas untuk buffet berbuka puasa pada tahun ini. Menu ini bukan sahaja dihidangkan dengan hidangan side dish yang biasa, tapi juga ada hidangan campuran lain seperti ikan dan ayam.
Menu ini akan dihidangkan dengan Rendang Daging Taik Minyak, Sambal Sotong Kembang, Ayam Bercili Masak Ketumbar, Ikan Masam Asam Kari dan Telur Rebus Goreng Masak Sambal Tomato.
Ayam Bercili Masak Ketumbar
Ikan Masak Ayam Kari
Telur Rebus Goreng Masak Tomato
Mee dan Sup
Untuk korang yang tak makan nasi atau dah makan nasi tapi lapar lagi, ada gerai stall yang menghidangkan mee yang disediakan di buffet Ramadhan Bangi Golf Resort. Banyak jenis mee yang ada daripada mee Melayu, Mamak, sampai lah ke hidangan Barat pun ada.
Mee Rebus
Golden Sand Spaghetti Carbonara
Mee Soto
Sup Kambing Mamak
Sup ni hot sebab sedap. Kadang-kadangkan, bila kita makan sup kambing, ada je bau hanyir, yang ni aku jamin tak ada bau pape, bau wangi sup kambing je. Aku suka rasa dia sebab pedas yang tak pedas sangat. Ada juga disediakan roti untuk korang makan dengan sup.
Satay Ayam dan Daging dengan kuah kacang
Pencuci mulut
Ada banyak seleksi pencuci mulut yang akan memberi kepuasakan untuk pengunjung nanti. Pilihan yang ada adalah seperti Spanish Churros, aneka kek (Lychee Rose Cake, Pandan Gula Melaka, Salted Corn Green Velvet Cake, Ivory Sesame Mocha Cake dan aneka puding (Tropical Nectar Caramel Surprise, Banana-na).
Pelbagai jenis kuih-muih traditional
Pelbagai jenis Swiss Rolls
(Red Velvet, Orange Jaffa & Macha Chocolate)
Pelbagai jenis puding dan agar-agar
Buffet Ramadhan Bangi Golf Resort (BGR) tahun 2017.
Tarikh: 29 Mei 2017 - 23 Jun 2017
Harga: RM58 (Dewasa), RM28 (Kanak-kanak)
Restoran Bangi Golf Resort
No 1, Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi, Selangor.
Contact: 1-700-71-7558
Website: www.bgrrest.com
Facebook: bangigolfresort
Instagram: @bangigolfresortofficial
Till then, Selamat Berpuasa :)

14 Comments
Golden Sand Spaghetti Carbonara tu dalam dia letak apa ya? Ayam ke fish cakes ke? And kambing bakar dia memang seekor je ke mcam mana ya? :)
ReplyDeletesekarang ni asik nak makan manis2 je.. terlihat gambar kuih muih tradisonal kat atas tu terasa macam terliur melelh air liur.. hahaha
ReplyDeleteI've not been to Bangi Golf Resort before but would definitely make my way there just for the food. Your photos have made me so hungry!!
ReplyDeleteI memang suka makanan kat sana. Pelbagai sajian yang sedap.
ReplyDeleteWahhhhhhhhh ~~ so far i tak pernah try buffet ramadhan .. coz i takut banyak orang T.T ada time yang kurang orang tak
ReplyDeletegood to see you today. The food here looks so nice I hope to try soon
ReplyDeleteWow, the food looks so good and it's so mouthwatering! I really wanted to try this, maybe one day. Once I go to Malaysia
ReplyDeleteEh haritu yaya pun pergi juga masa preview buffet ramadhan kat BGR ni hee tapi memang sedap semua makanannya berbaloiiii :)
ReplyDeleteSo many choices! I think I will eat until my stomach burst..haha
ReplyDeleteSuch a nice spread.. pagi2 tengok ni terasa lapar pulak
ReplyDeletewa so many yummy food. I want to eat there too
ReplyDeleteI heard their buffet quite good. Will share with my Muslim friends.
ReplyDeleteByknya menu best.. Especially kambing tu..
ReplyDeleteAmboi sedapnya kambing bakar... teringin nak berbuka puasa di sini.
ReplyDeleteSila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^