The Straits Hotel And Suites (TSHS) - The Premier Suite

Assalamualaikum dan hai korang!

Aku dan suami memang suka pergi staycation, untuk santai-santai daripada rumah dan kota walaupun dalam kawasan Kuala Lumpur dan Selangor je. Tapi sejak 2-3 bulan lepas memang sibuk betul, tak sempat nak pergi mana-mana.

Lepas fikir dan buat research, kami pun bercadang nak bercuti 3 hari 2 malam kat Melaka. Alang-alang sebelum puasa dan raya. Kami pun dah lama tak bercuti sesama, ingat nak luangkan masa sebelum sibuk balik nanti.

Kalau korang pun tengah cari hotel yang luas, kemudahan yang banyak, siap sarapan pagi, dan dekat dengan banyak tempat menarik dengan harga yang berpatutan, aku recommend korang untuk tempah hotel The Straits Hotel And Suites, Melaka.


The Straits Hotel & Suites, Melaka merupakan satu hotel yang sesuai untuk korang check-in sebab lokasi dia di tengah-tengah Melaka Raya dan kawasan UNESCO World Heritage. Nak pergi mana pun mudah, boleh jalan kaki je.

Antara kawasan tarikan pelancong yang dekat dengan The Straits Hotel & Suites termasuklah Dataran Pahlawan, Mahkota Parade, Melaka River Cruise, A’Famosa, The Stadthuys, St Paul’s Hill dan Jonker’s Street.


Proses nak check-in tak banyak makan masa pun sebab deorang ni pandai. Bila nampak ramai pelanggan, mereka akan buka lebih kaunter untuk daftar masuk. Jadi proses menunggu tu tak lama. Awek kaunter tu pun sweet je dia cakap, aku yang perempuan pun boleh cair.

Kalau katakan korang datang awal, dan bilik masih tak siap untuk daftar masuk, korang kena tunggu kat lobby. Lobby ni ada banyak kerusi yang selesa, siap ada TV dan power point untuk korang cas bateri telefon. Ada cafe jugak kat sini untuk alas perut.


Hotel yang dibina pada tahun 2015 ini menawarkan 352 bilik hotel dan suite yang luas untuk memberikan keselesaan kepada pelanggan mereka. Yang lebih menarik lagi, setiap bilik kat sini ada cermin tingkap kaca besar yang menghadap ke laut dan Melaka Raya.

Untuk pengetahuan korang, kebanyakan kawasan di Melaka adalah kawasan larangan merokok, dan korang pun tak dibenarkan merokok di dalam kawasan hotel ni. Ni salah satu point yang aku suka, sebab itu bilik dia bersih dan wangi.


The Straits Hotel And Suites, Melaka ada menyediakan tempat parkir percuma untuk orang yang menginap kat sini. Jangan lupa untuk le lobby dan validate kad parkir korang sebelum keluar kalau.

The Straits Hotel And Suites, Melaka: The Premier Suite

Tadaa!!  

Terdapat 64 bilik Premier Suite di The Straits Hotel & Suites yang sebesar 80 kaki persegi, memang luas dan selesa. Paling best boleh nampak permandangan sekeliling Melaka. Hotel ini merupakan salah satu hotel yang tertinggi kat kawasan ni tau, sebab tu korang boleh nampak semua permandangan.


Macam ini lah permandangan kalau waktu siang dari tingkat 15 The Straits Hotel And Suites. Cantik betul, kalau bangun awal ke boleh tengok matahari terbit sebab permandangan dari laut. Kalau waktu malam banyak lampu-lampu.


Pintu cermin kaca disekeliling ruang tamu.

Premier Suite ni ada meja makan dan ruang dapur (tapi tak boleh memasak). Mereka juga sediakan set untuk korang buat air teh dan kopi. Macam aku hari tu bawak sendiri sebab suami peminat milo. Selain itu ada disediakan 2 botol air reverse osmosis.

Kalau korang datang sini, jenis malas nak keluar bilik sebab bilik ni selesa sangat macam kami haritu, korang juga boleh order makanan dari restoran hotel ini. Ada banyak menu servis bilik disediakan dari nasi, pasta sehingga sup dan pencuci mulut.





Bilik tidur jangan cakap lah. Aku suka betul sebab hotel ni tak kedekut bantal. Atas katil tu ada 6 bantal, dalam almari pun ada lagi 1 bantal lebih. Bantal ni boleh pakai masa nak tengok movie dekat hall. Baru feel movie night.



Jom ke bahagian suite yang paling best, bilik mandi!

Bilik mandi luas dan selesa, sesuai dengan design layout bilik. Siap ada bath-tub, yang menjadi pilihan utama aku pilih hotel ini. Tapi nak tahu apa yang lagi menarik? Gel mandian dia kalau pakai untuk bathtub akan jadi banyak sangat buih! Best wei.

Kalau tak berendam dalam bathtub, kepala air pancut dia pun lagi. Orang panggil shower rain. Feeling habis masa mandi. Ni baru orang cakap puas mandi, air laju.



Jangan risau kalau terlupa nak bawa sabun, gel mandian, syampu, berus gigi dan ubat gigi sebab semua ini disediakan. Ada juga shower cap dan sanitary bag untuk korang yang memerlukan.

Nampak je macam kecik tapi korang tak tahu, aku dengan suami muat je masuk sesama. Dia siap berebut nak masuk jugak lepas nampak tub ni banyak buih. Ye la, best tau mandi air panas bila badan dah penat berjalan.



Disebabkan suami aku banyak kerja yang nak dibuat dari pejabat sebab lately banyak kes serangan cyber, bila di suite ni ada sediakan meja yang luas untuk dia berkerja kira just nice. Aku pun tak perlu nak berebut bahagian di meja untuk letak barang solek.


Wifi dia TERBAIK. Aku terkejut juga sebab wifi dia sediakan satu bilik, sendiri punya internet wifi. Jadi tak adalah kisah internet perlahan atau tak boleh masuk. Korang log-in wifi ikut no bilik dan korang boleh enjoy internet selaju 1.5 Mbps. Ada pelan lain yang lebih laju kalau korang nak.



Kolam renang dia memang heaven! Dari dulu teringin nak mandi kolam yang hujung dia korang boleh nampak permandangan kat bawah macam ni. Best tau, walaupun korang berendam je, tapi masih boleh rehatkan minda dengan lihat permandangan macam ni.

Ada juga kerusi malas untuk yang takkan mandi. Mungkin yang datang Melaka selalunya nak bercuti, jadi kolam dia tak ramai yang mandi dan air pun bersih. Aku suka yang air dia tak banyak klorin, kalau tak mesti lepas mandi rambut kita keras.

Tapi sayang tak ada bahagian kolam untuk kanak-kanak. Mungkin mereka nak elakkan risiko bahaya bagi budak-budak mandi sendiri kot, tapi jangan risau sebab kanak-kanak boleh mandi bathtub.


Kat The Straits Hotel And Suites juga ada gimnasium untuk kegunaan penginap yang nak rehat tapi masih nak mengekalkan gaya hidup yang sihat. Peralatan basic gimnasium macam treadmill, static bicycle, rowing machine, dumbell, bola dan beberapa peralatan lain disediakan.


Untuk kami berdua, kami lebih rela bersauna daripada masuk gimnasium. Jadi masa kami habis di kolam renang dan sauna. Kat sauna lebih rileks boleh berborak pasal isu semasa dengan pasangan yang datang sekali.


Kalau korang sampai ke Melaka, jangan lupa untuk cuba menginap di The Straits Hotel And Suites, atau paling tak pun boleh merasa hidangan buffet Ramadhan yang bertemakan cita rasa ala kampung sepanjang bulan puasa.

Harga buffet Ramadhan 2017 serendah RM78 untuk dewasa dan RM39 untuk kanak-kanak.


Harga: Harga bilik bergantung dengan jenis bilik yang korang duduk. Ada 4 pilihan bilik iaitu Deluxe Twin, Deluxe King, Premier Suite dan Straits Suite. Harga bilik bermula dari RM 270 dan ke atas.

Check in: 3 PM
Check out: 12 PM

THE STRAITS HOTEL AND SUITES MELAKA
No 1- B, Jalan Melaka Raya 2, Taman Melaka Raya, 
75000 Melaka, Malaysia.
Telefon: +606-289 8555

Facebook: www.facebook.com/thestraitshotelsuites
Twitter: www.twitter.com/straits_suites
Hashtag:  #thestraitshotelandsuites

Rating hotel: ★★★★
Personal rating: ★★★★


Till then,

Post a Comment

12 Comments

Lin Liena said…
wah2 untungnya dapat pergi hotel ni...cantik betul la...macam tak nak balik kalau dah duk dalam hotel ni
Emi said…
Oh dekat melaka ke ni. Boleh try next time ke melaka. Mmg ada plan nak ke melaka bwh anak2 buah jenjalan sana.
the room is big. the price is not bad.
Em said…
Such a huge suite you got yourself. Can feel the enjoyable mood that you were in, even though your husband had to work. I work on the go as well.
Aliza Sara said…
Seronoknya korang. Best tgk bnyk gmbr dalam blog awak. Hehe. facilities hotel ni mcm complete
Sebrinah Yeo said…
I just came back from The Pines Melaka! Didn't really search this hotel up but now I know there's another nice hotel worth visiting when we go Melaka again!
Aqalili Azizan said…
Lepas makan - swimming - sauna - gym! Complete gittew, plus dekat Melaka banyak attraction lain yg boleh dikunjungi.
Miera Nadhirah said…
loving this huge room... definitely value for money....
Ivy Kam said…
I like their infinity pool, the view is so awesome while swim around :)
Sunshine Kelly said…
I like their swimming pool and the view up there.
Faeez Azmi said…
The best hotel I ever stayed and experienced at!
仙妮 said…
Wow! A nice place to stay for vacation definitely, love the design & so comfy looking :) cheers, SiennyLovesDrawing

FOLLOWERS