Melawat Ladang Susu Lembu Farm Fresh di Holstein Milk Company

Assalamualaikum dah salam sejahtera,

Terima kasih kepada Majlis Pelancongan Malaysia/ Malaysia Tourism Council (MTC), terutamanya kepada Exco Pelancongan Malaysia, En Aminuddin, Puan Ezani dan AJ sebab sudi menjemput saya ke trip Road To Agro Tourism Siri 3/2017.

Perjalanan dari Kuala Lumpur untuk ke ladang ternakan susu Holstein Milk Company yang terletak di Muadzam Shah mengambil masa selama 4 jam memang berbaloi setelah sampai dengan permandangannya yang memukau mata.

Holstein Milk Company merupakan sebuah syarikat tenusu yang popular dan kini telah memegang 39% pasaran susu di Malaysia dengan jenama susu Farm Fresh, Desaru Cheese, Farm Yogurt dan yang terbaru Farm Fresh Greek Yogurt serta susu UHT Farm Fresh.


Kali ini, kumpulan media dengan seramai hampir 40 orang dibawa ke Pusat Penyelidikan dan Inovasi Lembu Muadzam Shah (MSCRIC) yang berlokasi di Rompin, Pahang untuk melihat sendiri bagaimana proses tenusu diambil dan disampaikan kepada pengguna.

Kawasan nak masuk tu agak dalam, tapi kami dijamu dengan permandangan bukit dan rumput hijau serta permandangan awan yang biru. Ala-ala New Zealand Semenanjung Malaysia dah. Lokasi yang best untuk berhenti bergambar.

 

Selesai menjamu selera makan tengah hari, kami diberikan taklimat oleh Ketua Pegawai Eksekutif Holstein Milk Company, En. Azmi Zainal tentang syarikat, visi dan misi serta target mereka untuk tahun yang akan datang. 

Menarik dengar tentang SOP mereka. Target Holstein Milk untuk susu Farm Fresh adalah 48 jam untuk daripada proses pengambilan susu hinggalah dibawa kepada pengguna. Oh, patutlah susu dia memang betul-betul rasa segar.

Tahu tak korang, susu Farm Fresh bebas pengawet. Kalau korang pernah beli, kalau dah buka seal tu, disarankan untuk habiskan dalam 3-4 hari. Kalau tidak, susu tu basi. Ini merupakan satu baik yang menunjukkan susu tu takde bahan pengawet.

Dari kiri: En Amunuddin dan En Azmi Zainal.

Bahagian yang paling tak sabar, nak masuk jumpa lembu. Bukan senang orang Kuala Lumpur nak jumpa ladang lembu kan. Sebenarnya ladang ini dibuka kepada orang awam, tapi tak ramai yang tahu. So, sekarang dah tahu kan?


Lembu-lembu di Holstein Milk diasingkan mengikut umur dan jantina kecuali di kandang kahwin (jantan camput betina). Kami dibawa melawat di kandang lembu jantan dewasa, betina dewasa, lembu remaja dan anak lembu serta kandang lembu bunting.

 


Memang gemuk-gemuk dan sihat-sihat belaka lembu di ladang ni. No wonder la susu deorang rasa sedap je takde rasa pelik. Kat sini pun deorang jaga makanan dan nutrient lembu tu tau. 

Produksi susu lembu ini boleh mencecah berpuluh litre tan sehari yang mampu menampung permintaan pasaran domestik. Selain itu, syarikat ini juga sudi membantu peniaga kecil yang nak berniaga dan mulakan perniagaan susu dengan tawaran harga susu segar Farm Fresh yang murah.

Automatic shower yang beroperasi menggunakan sensor.

Susu lembu di Holstein Milk akan diperah sebanyak 2 kali sehari iaitu pada 5AM dan 5 PM sahaja untuk memberi ruang untuk lembu-lembu itu berehat dan tak stress. Kalau datang dan teringin nak belajar macam mana nak pecah susu lembu, datang pada masa yang ditetapkan tau.

Kalau dia stress, macam mana nak dapatkan banyak susu yang bagus kan? Lembu kat sini siap ada kipas dan automatic shower lagi tau. Dan kalau cuaca panas sangat, deorang akan dimandikan/ dibasahkan supaya deorang tak stress.



Di kandang anak lembu lain sikit sebab kandang dia lebih kepada seokor satu. Ini bagi memudahkan kerja pemantauan nak lihat samada lembu tu makan atau tidak atau ada sakit apa-apa. Jangan risua, anak lembu ni semua pun baik-baik dan comel.


Anak lembu ni baru nak tumbuh tanduk dia. Sure sakit kan?


Antara 'candid' lembu di Holstein Milk Company, Muadzam Shah

Lembu kat sini semua friendly dan photogenic. Pantang nak ambil gambar mesti pandai posing.

Lembu ni mungkin tengah gatal lidah, sebab tu dia menggaru lidah kat palang tu.

Takperlu nak jelaskan apa yang lembu ni buat kat gambar ni kan? :D


Produk Farm Fresh daripada Holstein Milk Company

Sejak dari awal pengeluaran jenama susu Farm Fresh saya dah jadi peminat setia susu ni. Rasa gembira sangat apabila diberitahu yang kami akan singgah untuk melihat proses susu kat sini.

Jujur saya cakap, produk susu Farm Fresh memang the best antara banyak jenama yang saya rasa. Dia punya fresh tu, memang no. 1. Tambah pulak syarikat anak Malaysia dan ladang pun ada 2 je kat Malaysia iaitu di Johor dan Pahang.

Antara seleksi jenama Farm Fresh yang kini berada di pasaran adalah seperti Susu Segar Farm Fresh, Susu Kurma Farm Fresh, minuman yogurt Farm Fresh (Perisa: original, manga, strawberry, peach) dan yogurt Farm Fresh (Perisa: markisa, peach).


The Holstein Milk Company

Contact: 1-800-88-1228
Website: www.farmfresh.com.my
Facebook: www.facebook.com/farmfreshdairyproduce

Till then,

Post a Comment

28 Comments

Syafiera Yamin said…
Tak sangka ladang farm fresh ni dekat pahang gilalah esok boleh lawat.. sekejap.. dapat harga murah tak dari yang biasa kat mall ? Lagi satu kau post gambar lembu romen hahhahaha !
SalinaJohari said…
Susu Kurma Farm Fresh memang terbaik..asal jumpa je mesti beli. La ni ada ejen kat opis k.sal..harusla beli ..sedap sangat !!
Mawardi Yunus said…
wah menarik. produk ni memang saya suka. awal2 dulu ingat produk luar negara
fleurmj said…
Laa kat situ rupanya ladang farm fresh ni. Tumbuh tanduk sakit mcm tumbuh gigi ke? Hehe
Cik Puan Ena said…
Masuk situ kena bayaran berapa ye.. sy suka minum susu ni jugak. Sedap.
Lia Hasty said…
Bestnya dapat pelung tengok sendiri ladang dan perternakan lembu. Baru tahu betapa freshnya susu dan makin berani dan percaya dengan produk Farm Fresh ni.
Kyrel Rosli said…
Assalamualaikum, bestnya!!! Macam nak dapat invitation join event2 or activities camni eh
Untuk info bayaran tu boleh call deorang. Saya pun tak pasti sangat.
Produk Malaysia ni Mawardi. Sedap tau.
Bestnya siap ada agen. Kalau saya beli kat AEON je.
Gambar lembu tu rare, kena letak. Haha
Ada jenis yg demam, ada yg ok je. Itu kena jaga elok-elok.
Salam. Best tau dapat join aktiviti macam ni.
Lepas ni kita pakat beli susu Farm Fresh je la ok Lia.
Unknown said…
Boleh bgthu x cara nk berursn dgn siapa klau nak buat lwtn knk2 tbka ke sini??
Unknown said…
Boleh ke saya buat lawatan persendirian ke ladang itu
AnisahAli said…
Assalamualaikum cik/encik
Saya nak tanya mcm mana saya nak hubungi syarikat mereka untuk lawatan sbb saya kena buat paperwork utk exco keusahawanan.
Harap cik/encik boleh bagi kami maklumat
Salam, saya rasa boleh contact ke FB deorang untuk minta contact PIC.
Saya tak pasti boleh ke tak untuk persendirian sebab saya pun datang group. Boleh PM Facebook deorang.
Salam. Saya tak jumpa no PIC yang handle group kami haritu. Tapi rasanya puan boleh contact ke FB deorang untuk minta contact PIC.
Unknown said…
Kalau nak order susu ni terus dari kilang, macam mana nak hubungi ye.
WANI said…
SALAM SIS. SAYA MINTA IZIN PINJAM GAMBAR YE
Unknown said…
Nk ejas kerja driver lori susu
Unknown said…
Assalamualaikum, nk tanya ladang susu lebu farm fresh di Johor di mana ? Sebab saya cari di laman web Farm Fresh tiada. Terima kasih
Salam sis nak pinjam untuk tujuan apa ye?
Unknown said…
boleh saya tahu apa goals, visi dan misi syarikat farm fresh yang akak dengar?
nurhusna said…
Assalamualaikum.. Boleh saya tahu apakah visi & misi syarikat farm fresh yang akak dengar? Please balas 😢
Salam. Sorry, saya visit sini masa 2017, apa yang saya tulis kat sini memang saya dah tak ingat.

FOLLOWERS