Hello korang,
Siapa kat sini suka order servis penghantaran makanan? Ye la, kadang-kadang kita kat office malas nak keluar sebab nanti susah cari parking, atau tak ada masa nak keluar sebab sibuk sangat. Aku kadang kat rumah pun order je online delivery ni.
Berita baik untuk korang yang suka dengan makanan Jepun dan suka order servis penghantaran makanan (delivery), kini korang boleh tempah makanan kegemaran Jepun korang secara dalam talian sahaja di website Bentodon.
Menu di Bentodon telah direkacipta khas oleh Chef Shohaimi yang ada pengalaman selama 18 tahun dalam masakan Jepun. Bukan senang nak jumpa chef Muslim yang terer masakan Jepun. Dah orang Islam masak, tak perlu risau bab Halal sebab dah tentu Halal dimakan.
Nak order makanan dari Bentodon kalau minima 2 set free delivery, kalau tak kena bayar RM5. Selain tu, Bentodon juga ada ambil servis katering untuk meeting atau untuk apa-apa function dengan syarat kena la order beberapa hari sebelum.
Kawasan penghantaran Bentodon:
5KM to 10KM – Kawasan Petaling Jaya Area (Penghantaran percuma)
** Radius: Atas 10KM (Cas penghantaran: RM5 per order)
Kawasan Kuala Lumpur (Cas penghantaran: RM5 per order)
**Min: 6 Main Dish (Penghantaran percuma)
Menu makanan Jepun Halal di Bentodon ada banyak. Ada 9 jenis Bento, 9 jenis Don dan 3 jenis makanan untuk korang yang vegetarian. Sesuai untuk semua orang samada tengah die. Tapi kali ini aku nak cerita pasal 9 jenis Don dari Bentodon.
Tori Katsu Curry Don RM 22.70
Tak sahla kalau hidangkan makanan Jepun tapi takde curry don ni. Menu wajib ada kat mana-mana tempat yang jual makanan masakan Jepun. Aku suka yang Bentodon punya sebab kuah kari dia tak over macam sesetengah tempat. Just nice aje.
Tori Teriyaki Don RM21.70
Smoked Duck Tamago Don RM25.70
Jarang aku jumpa menu delivery yang ada itik, dahla Halal pulak tu. So korang yang mengidam nak makan itik tu, senang je order online di website Bentodon. Dah tak payah susah-susah nak cari kat mana nak makan itik kan.
Gyu Don RM23.70
Salah satu kegemaran aku kalau makan di kedai Jepun. Tips dia kalau nak sedap daging dia tu kena hiris nipis-nipis baru rasa dia syok. Tambah pulak ada juah sikit tu, makan dengan nasi pergh layan sangat. Saya kasi 5 bintang kat gyu don ni!
Tori Katsu Tamago Don RM 21.70
Inilah hidangan Bentodon yang paling aku suka dan kalau ada peluang memang nak order je lagi. Sedap betul ayam goreng dengan serbuk roti dan diletakkan di atas telur goreng bawang merah. Siap dengan kuah kicap manis dia, memang kalau orang mintak takdenya aku nak bagi. Haha
Unagi Kabayaki Don RM 33.70
Unagi tu maksud dia belut. Aku tak beberapa suka sebab belut, tapi rasa jugak kuah dia tu. Not bad la. Tapi paling penting telur gulung dia thor-baik. Teringat drama Korea pulak bila tengok telur gulung tu.
Sake Butter Yaki Don RM 23.70
Golden Tendon RM 23.70
Seafood Yaki Udon RM 22.70
Jenis yang tak suka nasi tu, boleh order je udon. Udon mee ni special sebab ada seafood semua. Paling syok, sos dia sedap dan ada topping dengan Bonito Flakes ala-ala Takoyaki tu. Sedap jugak.
Kan aku dah cakap, memang aku suka Tori Katsu Tamago Don. Akak sebelah mintak pun aku tak kasi tau sebab sedap. Bagi aku ni yang paling kena dengan citarasa aku. Kalau korang, suka yang mana?
Waktu operasi:
Isnin-Sabtu (Ahad dan cuti umum: Tutup)
Waktu penghantaran:
Makan tengah hari: (11:30am – 12:30pm / 12:30pm – 1:30pm)
Makan malam: (6:30pm – 7:30pm / 7:30pm – 8:30pm)
Syarat tempahan:
2 Main Dish (Penghantaran percuma)
1 Main Dish (Cas penghantaran: RM5 per order)
Korang boleh mula tempah makanan halal Jepun secara online di Bentodon bermula Januari 2018 di laman web rasmi Bentodon di www.bentodon.my.
Nak tengok menu apa lagi yang ada di Bentodon? Klik kat bawah:
Review: www.bebelancikmin.com/2017/12/bento-don-masakan-jepun-pertama-yang.html
Review: encikpink.wordpress.com/2017/12/22/kalau-lapar-boleh-order-makanan-jepun
Jom order Bentodon!
20 Comments
Nampak semua sedap2 kot
4D3N Star Cruise 2017