Sempena dengan Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili, Johor 2017, saya telah dijemput oleh pihak Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) untuk melawat ke Pusat Ternakan Dan Penetasan Belangkas di Sedili Kecil.
Pusat Ternakan Dan Penetasan Belangkas ini merupakan hasil kerjasama diantara KEJORA dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Johor melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili untuk membangunkan pusat ternakan dan penetasan belangkas di Sedili Kecil.
Pertama kali saya datang sini. Tak sangka kat Malaysia ada juga pusat
ternakan belangkas. Memandangkan belangkas merupakan spesis haiwan
eksotik yang semakin pupus, maka Kementerian Pertanian dan Asas Tani
menggalakkan penternakan belangkas di negara kita.
Belangkas, dalam nama Englishnya: horseshoecrab atau nama saintifiknya 'tachypleus gigas' merupakan satu spesies unik yang telah wujud lebih 200 juta tahun yang mendahului dinosaur dengan fosil tertua kira-kira 475 juta tahun dan masih wujud lagi pada zaman sekarang.
Cara nak tengok mana belangkas jantan dan betina senang je. Cuma perhatikan dari jejari kaki dia. Selalunya kalau yang jantan jejari dia lebih besar, manakala yang betina kecil je. Lagi satu cara nak tahu dia, tengok masa dia tengah melekat tu. Jantan selalunya dibelakang.
Teringat lagi saya masa kecik-kecik dulu, kat rumah opah saya ada gantung kerang belangkas ni kat dinding. Masa tu kecil lagi, jadi tak ade lah berminat sangat nak tahu tentang belangkas ni. Bila dah dewasa baru tahu, banyak gila kelebihan dan manfaat kesihatan belangkas ni.
Tahu tak korang, yang belangkas darahnya berwarna biru. Kegunaan dan keperluan darah belangkas adalah sangat popular dalam bidang perubatan di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat kerana sifatnya yang boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin.
Tak pernah terfikir untuk tengok dan pegang belangkas, apatah lagi nak makan telur belangkas. Satu pengalaman baru untuk saya. Bertuah juga rasanya dapat peluang makan telur belangkas ni.
Rasa telur belangkas macam mana?
Bagi saya, telur dia tak ada rasa apa-apa sangat, tapi tekstur telur dia agak kenyal bila mengunyah, tak meletup-letup macam telur ikan. Saya difahamkan, nak cuci dan masak telur belangkas pun bukan senang. Kalau salah cara dia, boleh memabukkan pemakan dia.
Memang bagus usaha Pusat Ternakan Dan Penetasan Belangkas untuk terus menternak belangkas. Kat sini, korang boleh lihat dengan sendiri macam mana cara atau waktu belangkas ni nak mengawan dan bertelur. Proses dia lebih kurang macam penyu, tapi lebih menarik.
Rekaan pantai untuk belangkas membiak dan bertelur.
Lepas je belangkas tu honeymoon, bila air surut, dia akan ke persisiran pantai untuk tanamkan telur dia. Masa tulah pihak Pusat Ternakan Dan Penetasan Belangkasakan ambil telur tu dan simpan di kawasna yang selamat untuk pantau pembiakan dan pembentukan telur tu.
Telur belangkas comel-comel belaka. Telur tu kecil macam kacang hijau, tapi kalau tengok, memang boleh nampak rupa belangkas tu sekecik-kecik macam tu sebab telur dia transparent. Bila dia menetas, comel-comel je, besar berudu tu.
Pusat Ternakan Dan Penetasan Belangkas
Kampung Sedili Kechil, 81900 Kota Tinggi, Johor
Till then,
25 Comments
Sedap tak telur tu?
Kalau husband nak beli belangkas..saya tak bagi dia makan kt rumah...walaupun da siap bakar...sebab x suka bau dia😅😅😅
YourFinanceDoctor
Thanks for sharing.. sekarang dah tau dah
12 Tip Untuk Memulakan Bisnes Online 2018 Dengan Konfiden