Alive Museum, Zombie Outbreak & Jurassic Research Center, SkyAvenue Genting

Hello gurls and guys,

Sementara nak tunggu 20th Century Fox World Malaysia siap di Resorts World Genting, korang boleh singgah di Ripley's Adventureland, yang berada di indoor, tingkat 4, pusat membeli belah SkyAvenue.

Berikut merupakan lokasi menarik dan hot yang korang boleh lawati di Genting Highland terutamanya di Ripley's Adventureland sebelum taman tema mereka siap nanti. Spot yang saya cakap ni best-best, korang dapat hasil gambar cantik dan informasi menarik tentang dinosaur.



 Alive Museum Genting

Alive Museum Genting merupakan antara spot bergambar yang paling menarik dan best di Genting Highland. Kalau korang singgah ke SkyAvenue ni, jangan lupa untuk ke tingkat 4 untuk lihat sendiri seni lukisan 4D yang dilukis disini.

Terdapat lebih daripada 100 jenis mural 4D yang ada, daripada yang comel-comel, kepada tema musim sejuk, aero-angkasa, pantai dan ala-ala Korea.

Jangan risau kalau korang tak faham macam mana nak ambil gambar atau macma mana nak posing, sebab korang boleh tengok contoh, lokasi dan angle mana yang sesuai untuk si photographer nak ambil gambar. Tinggal nak posing je.

 

Tema musim sejuk, tak dapat skii betul-betul acah je pun jadi.


Kalau korang pandai posing dan yang tukang ambil gambar pandai ambil angle yang lawa, maka dapatlah hasil gambar yang lawa dan realistik sikit. Bukan susah sangat nak buat-buat posing pegang air dan angkat kereta berat kan. Haha

Hasil gambar di Alive Museum semuanya IG-worthy, maksudnya sesuai untuk dimasukkan di dalam Instagram. Walaupun lukisan dia tak beberapa nak real, tapi sekurang-kurangnya hasil gambar boleh la feeling macam real kan.




Zombie Outbreak

Best bawak suami datang sini sebab dia takut sikit dengan benda-benda scary ni. Peminat The Walking Dead wajib datang ke Zombie Outbreak. Mestilah kena merasa pengalaman semasa situasi zombie melanda kan? Ala, bukannya takut sangat pun, zombie je pun.

Menariknya disini, masa mula tu, akan ada satu situasi dimana korang kena tonton satu berita di TV, dan lepas berita tu habis, zombie akan datang serang korang. Jadi, laluan yang ada hanyalah laluan yang disediakan sebab itu laluan yang paling selamat.



Kita tak dibenarkan mengambil gambar di dalam Zombi Outbreak, tapi korang bolehlah dengar suara rakan-rakan yang menjerit kena kejar dengan zombie. In case korang rasa tempat ni macam kena kejar dengan zombie je, korang salah.

Ada beberapa jenis bilik yang telah di set-up, antaranya bilik hospital, bilik tidur, dan bilik yang penuh dengan anak patung (paling scary bagi saya). Apa yang ada dalam bilik tu, korang kenalah datang dan cuba masuk sendiri.

Terjerit-jerit deorang ni. Kekeke



 Jurassic Research Center

Peminat tegar dinosaur boleh ke Jurassic Research Center disini. Bila dah datang ke Ripley's Adventureland, bukan sahaja anak korang boleh bergembira, malah boleh dapat ilmu tentang fosil dan haiwan pra-sejarah.

Teringat zaman saya kecil dulu, selalu nampak tentang dinosaur di TV saja, nak tengok depan mata memang tak ada kemudahan tu zaman dulu. Paling kurang budak zaman sekarang, boleh nampak reka 3D daripada dulu nampak lukisan kartun dalam buku je.




Antara informasi yang korang boleh dapat di sini adalah belajar tentang jenis-jenis dinosaur. Dapat juga tahu jenis kumpulan makan deorang, tinggi, berat dan dinosaur yang mana paling jinak dan paling ganas.

Apa yang saya suka di Jurassic Research Center adalah mereka menyediakan banyak kemudahan dan bahagian untuk korang lawati. Antaranya adalah seperti ruang melihat rupa dinosaur lengkap dengan bunyi dan pergerakan, ruang fosil dan ruang interaktif.

Kad informasi diletakkan untuk pengunjung baca.



Staff di sini pun ramah dan berpengetahuan tinggi pasal pameran ni. Korang boleh tanya soalan yang korang nak tanya kat deorang atau baca je dari informasi yang diletakkan.

Selain daripada pameran dinosaur dan replika tulang dinasaur, di Jurassic Research Center juga ada ruang interaktif yang diubah-suai seakan-akan sebuah makmal. Di sini, korang akan nampak yang makmal ni dah diserang. Ambil gambar best ni.


Pernah tak terfikir betul ke Dinosaur wujud pada zaman dulu atau binatang pra sejarah tu hanya direka cipta sebab dalam Al-Quran tak penah cakap pun. Teringat pernah baca blog Cik Epal pasal ni. Nah screen shoot kat bawah jawapan dariapda Ustaz Azhar Idrus.

 Credit: Cik Epal

Betul jugak kan apa yang Ustaz Azhar Idrus cakap, takkan lah sebab tak ada mention dalam Al-Quran, walaupun jumpa tulang-tulang bukti tu maksudnya tak wujud bukan?
 
Bayaran masuk:
 Alive Museum Genting: RM38 (dewasa), RM20 (kanak-kanak)
Zombie Outbreak: RM38 (dewasa), RM33 (kanak-kanak)
Jurassic Research Center: RM50 (dewasa), RM45 (kanak-kanak)

Combo:
Pilih antara 2: RM76 (dewasa), RM68 (kanak-kanak)
Pilih antara 3: RM90 (dewasa), RM80 (kanak-kanak)


Ripley's Adventureland
Tingkat 4, SkyAvenue Mall, 
Resorts World Genting. 
Facebook: www.facebook.com/RipleysMalaysia


Till then,

Post a Comment

19 Comments

Syafiera Yamin said…
bagi yang ingin ke Genting ini adalah tempat yang perlu bawa untuk anak-anak untuk mengenali dinosaur, yang part zombie tu biar budak remaja je masuk, manakala alive museum memang kena pergi juga sebab seninya sangat realistik !!
Suria Amanda said…
Aduhai..gambar awal2 u semua cantik..part tengah entry ni akak dah seriau...akak penakut dik..ntah berani ke tak masuk sini...jawapan dari UAI tu win la..hehehe...boleh la hantar anak akak masuk sini..kalau bergambar kat jurassic research centre tu akak berani...haha...
Ruby said…
Hahahaha. nampak seronok memula. Bila tengok zombie, ruby tak berani pula. Tak suka benda terkejut-kejut ni. Kena carut pula zombie tu nanti. Harap zombie tak terasa hati. Hahaha
Minggu lepas baru naik Genting time.. cuti CNY.. Tak dapat nak masuk dekat sini kan main panjang beraturnya.. Agak terkilan juga.. Tapi next time nak pi terjah lagi... Nampak sgt menarik sekali.. Zombie.
Fiza Rahman said…
Bestnya dapat masuk kat tempat-tempat ni. Gambar pon semua cantik-cantik. Rasa teruja tengok and rasa nak pergi. Dah lama tak naik genting.
Eyqa Hasnan said…
Bestnya kalau dapat masuk Zombie Outbreak tu
Hanny Abdullh said…
Nak kena repeat lagi ke Alive Museum kat sana ni. Nak abiskan tiket yg ada ni..hehehe. Tak pun nak bg kat anak2 buah suh ke sana..memang seronok. Bab rumah zombie tu...jerit2 tu bukan seram...tapi terkejut..hahaha
Hasif Hamsyari said…
tentang kewujudan dinosaur tu mmg satu topik menarik sebenarnya. saya sendiri suka dengan kajian2 macam ni sebab secara tak langsung mendekatkan kita dengan keagungan Maha Pencipta! Lagipun, selain dinosaur ni pun banyak lagi rahsia alam yang masih belum diketahui.

Apapun, seronoknya nampak gambar2 tu! Teringin rasanya nak ke sini!
Zharif Azis said…
Weyhhhh best gila !! Mcm Funtasy Art dekat Ipoh. Nie kalau bawak budak-budak mesti dorg suka. Eh jngan kata budak2, aku yg dah kertu nie pon mau 2 jam jugak ada dalam tempat mcm nie. Hahahaha
Absolute Yana said…
super worth it kalau visit all 3 at once kan? Nak gi lah...hopefully can go up genting soon..nak cari kaki dulu...hehehhe


www.absoluteyana.com
Wah best nya..bila nak pegi ni..kena set awal2 gi sana ni
JMR said…
Tak sabar nak tunggu 20th Century Fox World Malaysia siap nanti. Pergi genting tahun lepas, saja saja nak naik cable car, skali indoor pun sunyi je..food court n arcade game je yg meriah..hehe
Tengkubutang said…
alaaa.. teringin nya nak pi sana Yani oii.. tiket pun taklah mahal mana pun.. yang penting pengalaman dan keseronokan tu kan.. alahai.. kena pujuk2 hubby pi sini.. ajak satu family mesti best giler..

Bagi TB la kan.. macam percaya je kewujudan dinasaur tu.. wallahualam..
Lia Hasty said…
Lama betul tak jejak kaki ke Genting Highland ni. Bila lah dapat pergi lagi. Bestlah Alive Museum ni. Duk merasa museum kat penang ni. Nak rasa plak museum kt luar mcm mana kan.
Rawlins GLAM said…
Tengah seronok bayangkan bergambar kat situ, terbaca yang reply UAI tu. Terus tergelak2 - terbaik la jawapan tu!
dr-Life said…
I really can't wait to have all the attraction open and I could play like a big kid over there.

Coming up I believe will have more more more thing to see and play...

Racheal
Bro Framestone said…
Menarik... Teringin nak pergi.. Kalau g reramai.. boleh mintak member ambilkan gambar hahaha
Sunshine Kelly said…
Wow! I read about the few days ago and now here, so tempted to go there. Lots of spot to take photo.
Alamak yg zombi tu fail lah sbb saya xkuat benda seram ni

FOLLOWERS