Sementara nak tunggu 20th Century Fox World Malaysia siap di Resorts World Genting, korang boleh singgah di Ripley's Adventureland, yang berada di indoor, tingkat 4, pusat membeli belah SkyAvenue.
Berikut merupakan lokasi menarik dan hot yang korang boleh lawati di Genting Highland terutamanya di Ripley's Adventureland sebelum taman tema mereka siap nanti. Spot yang saya cakap ni best-best, korang dapat hasil gambar cantik dan informasi menarik tentang dinosaur.

Alive Museum Genting
Alive Museum Genting merupakan antara spot bergambar yang paling menarik dan best di Genting Highland. Kalau korang singgah ke SkyAvenue ni, jangan lupa untuk ke tingkat 4 untuk lihat sendiri seni lukisan 4D yang dilukis disini.
Terdapat lebih daripada 100 jenis mural 4D yang ada, daripada yang comel-comel, kepada tema musim sejuk, aero-angkasa, pantai dan ala-ala Korea.
Jangan risau kalau korang tak faham macam mana nak ambil gambar atau macma mana nak posing, sebab korang boleh tengok contoh, lokasi dan angle mana yang sesuai untuk si photographer nak ambil gambar. Tinggal nak posing je.
Tema musim sejuk, tak dapat skii betul-betul acah je pun jadi. |
Kalau
korang pandai posing dan yang tukang ambil gambar pandai ambil angle
yang lawa, maka dapatlah hasil gambar yang lawa dan realistik sikit.
Bukan susah sangat nak buat-buat posing pegang air dan angkat kereta
berat kan. Haha
Hasil gambar di Alive Museum semuanya IG-worthy, maksudnya sesuai untuk dimasukkan di dalam Instagram. Walaupun lukisan dia tak beberapa nak real, tapi sekurang-kurangnya hasil gambar boleh la feeling macam real kan.
Zombie Outbreak
Best bawak suami datang sini sebab dia takut sikit dengan benda-benda scary ni. Peminat
The Walking Dead wajib datang ke Zombie Outbreak. Mestilah kena merasa
pengalaman semasa situasi zombie melanda kan? Ala, bukannya takut sangat
pun, zombie je pun.
Menariknya
disini, masa mula tu, akan ada satu situasi dimana korang kena tonton
satu berita di TV, dan lepas berita tu habis, zombie akan datang serang
korang. Jadi, laluan yang ada hanyalah laluan yang disediakan sebab itu
laluan yang paling selamat.
Kita tak dibenarkan mengambil gambar di dalam Zombi Outbreak, tapi korang bolehlah dengar suara rakan-rakan yang menjerit kena kejar dengan zombie. In case korang rasa tempat ni macam kena kejar dengan zombie je, korang salah.
Ada beberapa jenis bilik yang telah di set-up, antaranya bilik hospital, bilik tidur, dan bilik yang penuh dengan anak patung (paling scary bagi saya). Apa yang ada dalam bilik tu, korang kenalah datang dan cuba masuk sendiri.
Terjerit-jerit deorang ni. Kekeke |
Jurassic Research Center
Peminat tegar dinosaur boleh ke Jurassic Research Center disini. Bila dah datang ke Ripley's Adventureland, bukan sahaja anak korang boleh bergembira, malah boleh dapat ilmu tentang fosil dan haiwan pra-sejarah.
Teringat zaman saya kecil dulu, selalu nampak tentang dinosaur di TV saja, nak tengok depan mata memang tak ada kemudahan tu zaman dulu. Paling kurang budak zaman sekarang, boleh nampak reka 3D daripada dulu nampak lukisan kartun dalam buku je.
Antara informasi yang korang boleh dapat di sini adalah belajar tentang jenis-jenis dinosaur. Dapat juga tahu jenis kumpulan makan deorang, tinggi, berat dan dinosaur yang mana paling jinak dan paling ganas.
Apa yang saya suka di Jurassic Research Center adalah mereka menyediakan banyak kemudahan dan bahagian untuk korang lawati. Antaranya adalah seperti ruang melihat rupa dinosaur lengkap dengan bunyi dan pergerakan, ruang fosil dan ruang interaktif.
Staff di sini pun ramah dan berpengetahuan tinggi pasal pameran ni. Korang boleh tanya soalan yang korang nak tanya kat deorang atau baca je dari informasi yang diletakkan.
Selain daripada pameran dinosaur dan replika tulang dinasaur, di Jurassic Research Center juga ada ruang interaktif yang diubah-suai seakan-akan sebuah makmal. Di sini, korang akan nampak yang makmal ni dah diserang. Ambil gambar best ni.

Kad informasi diletakkan untuk pengunjung baca. |
Staff di sini pun ramah dan berpengetahuan tinggi pasal pameran ni. Korang boleh tanya soalan yang korang nak tanya kat deorang atau baca je dari informasi yang diletakkan.
Selain daripada pameran dinosaur dan replika tulang dinasaur, di Jurassic Research Center juga ada ruang interaktif yang diubah-suai seakan-akan sebuah makmal. Di sini, korang akan nampak yang makmal ni dah diserang. Ambil gambar best ni.
Pernah tak terfikir betul ke Dinosaur wujud pada zaman dulu atau binatang pra sejarah tu hanya direka cipta sebab dalam Al-Quran tak penah cakap pun. Teringat pernah baca blog Cik Epal pasal ni. Nah screen shoot kat bawah jawapan dariapda Ustaz Azhar Idrus.
Credit: Cik Epal
Betul jugak kan apa yang Ustaz Azhar Idrus cakap, takkan lah sebab tak ada mention dalam Al-Quran, walaupun jumpa tulang-tulang bukti tu maksudnya tak wujud bukan?
Bayaran masuk:
Alive Museum Genting: RM38 (dewasa), RM20 (kanak-kanak)
Zombie Outbreak: RM38 (dewasa), RM33 (kanak-kanak)
Jurassic Research Center: RM50 (dewasa), RM45 (kanak-kanak)
Jurassic Research Center: RM50 (dewasa), RM45 (kanak-kanak)
Combo:
Pilih antara 2: RM76 (dewasa), RM68 (kanak-kanak)
Pilih antara 3: RM90 (dewasa), RM80 (kanak-kanak)
Ripley's Adventureland
Tingkat 4, SkyAvenue Mall,
Resorts World Genting.
Facebook: www.facebook.com/RipleysMalaysia
Till then,
19 Comments
Apapun, seronoknya nampak gambar2 tu! Teringin rasanya nak ke sini!
www.absoluteyana.com
Bagi TB la kan.. macam percaya je kewujudan dinasaur tu.. wallahualam..
Coming up I believe will have more more more thing to see and play...
Racheal