LHDNM Anjur Program Kesedaran Apa Itu Cukai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Gembira nak kongsi dengan korang tentang pendekatan terbaru daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) iaitu Program Creating Awereness, Sharing Nation's Prosperity.

2 lokasi yang menjadi pilihan untuk LHDNM adakan program kesedaran baru-baru ini adalah di Kawasan Rehat & Rawat Seremban (arah selatan) pada 13 Februari 2018 dan Kawasan Rehat & Rawat Tapah (arah utara) pada 14 Februari 2018.

Kawasan R&R menjadi pilihan untuk program ini sempena dengan cuti Tahun Baru Cina. LHDNM percaya bahawa ramai antara pembayar cukai akan singgah di R&R terpilih ini semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.

 

Kempen ini diadakan untuk menyedarkan dan meningkatkan tahap kesedaran masyarakat Malaysia untuk terus menyumbang dalam bentuk cukai untuk pembanggunan negara. Cukai penting untuk pembangunan negara pada masa kini dan akan datang.

Bagi korang yang tertanya-tanya apa manfaat cukai untuk negara kita, masa inilah korang boleh ambil ilmu tentang kepentingan cukai kepada individu dan negara. Di Malaysia, hanya LHDNM yang ada hak untuk pungut cukai sebab mereka merupakan agensi pemungut cukai negara.


Antara aktiviti yang diadakan sepanjang kempen 2 hari ini adalah: 

1. Mengedarkan goodies bag kepada pengunjung di R&R yang terlibat,
2. Mengadakan kuiz mudah untuk menguji kefahaman tentang cukai,
3. Beramah mesra dengan artis popular tanah air,
4. Hadiah istimewa untuk mereka yang kemas kini laman sosial tentang kempen ini.



Saya suka dengan konsep pendekatan yang diguna pakai oleh LHDNM yang mengambil konsep meet & greet dengan melibatkan artis popular tanah air seperti pelakon Dato' Fizz Fairus dan Remy Ishak serta penyanyi Elizabeth Tan dan Ippo Hafiz.

Selain daripada itu, pengungjung juga boleh bertanya dan mendapatkan khidmat percukaian tentang cukai terus daripada pegawai LHDNM melalui kaunter HASIL4U.

Dato' Fizz Fairus

Remy Ishak

Ippo Hafiz yang popular dengan lagu-lagu OST TV3.

Siapa yang tak kenal dengan Elizabeth Tan.


Program Creating Awereness, Sharing Nation's Prosperity mensasarkan untuk memberi kesedaran kepada 1000 pengguna lebuh raya yang kebanyakannya merupakan pembayar cukai dan bakal pembayar cukai untuk mendapatkan khidmat yang ditawarkan oleh LHDNM.

Till then, Jadilah Wira Negara :)

Post a Comment

3 Comments

Dunia Zumal said…
Semoga dengan kempen menyedarkan masyarakat tentang fungsi cukai tu
Anonymous said…
Saya memang tiap-tiap tahun bayar cukai. Good Citizen katakan. Bayar zakat boleh dapat rebet lagi. Lagi pun tidak mahu susah dikemudian hari kerana culas bayar cukai kena denda lecehlah.

Biasanya orang ingat tak layak tidak perlu declare sepatut kena declare walaupun tidak kena bayar cukai.
Tak tahu nak komen income tax bln2 tolak buatkan gaji sy sikit 😥

FOLLOWERS