Sempena dengan kehangatan pilihan raya umum yang akan datang pada 9 Mei 2018, stesen TV9 mengambil inisiatif menerbitkan sebuah program khusus untuk wanita, bagi membincangkan pelbagai isu menarik sepanjang tempoh berkempen.
Program 'Dakwat Di Jari' (DDJ) berbentuk bual bicara akan disiarkan secara langsung setiap hari pada jam 5PM di TV9 bermula pada 28 April 2018 (Hari Penamaan Calon) sehingga 8 Mei 2018.
Program yang bakal dikendalikan oleh pasangan pembaca berita, Mas Zharif Aziz Desa dan Hawa Rizwana Redzuan, program ini dijangka mendapat sambutan daripada penonton pelbagai peringkat terutamanya mereka yang akan keluar mengundi nanti.
Program ini bakal menampilkan wanita-wanita berpengaruh dalam industri politik negara seperti ahli politik, selebriti dan ahli akademik.
Antara topik menarik yang bakal dikupas menerusi program Dakwat Di Jari adalah:
1. Berita palsu dan kesannya terhadap cara pengundi wanita membuat keputusan;
2. Ikon wanita dalam politik;
3. Apa pengundi muda mahu;
4. Psikologi dan emosi pengundi wanita;
5. Kedudukan wanita dalam Kabinet;
6. Wanita tak lupa janji;
7. Pengaruh wanita dalam PRU14.
8. Proses pilihanraya bersama SPR.
Pada PRU14 yang akan datang, wanita dijangka menjadi penentu kepada kemenangan calon dari parti yang bertanding kepada lebih dari 51% adalah pengundi wanita termasuk mereka yang bakal mengundi buat kali pertama.
Antara tetamu yang diundang untuk membincangkan topik hangat pada program Dakwat Di Jari termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Nancy Shukri, Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Siai Kee dan ramai lagi.
Selain ahli politik, ahli akademik dan selebriti turut diundang sebagai tetamu jemputan termasuk Rektor Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Datuk Sri Zaleha Kamarudin, selebriti Sherry Al-Hadad, Fazura dan Mas Idayu.
Program Dakwat Di Jari merupakan terbitan bersama Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad dan Primeworks Studios dengan kerjasama Aidijuma Colors Group.
Till then,

19 Comments
Selama ni pernah dengar inai di jari, dakwat di jari pun ada ya. *jokes* Baguslah ada rancangan macam ni, beri pendekatan dan kesedaran pada wanita peranan mereka dalam mengundi.
ReplyDeleteI think most the topic that they discuss in Program Dakwat Jari is juicy and interesting. As a Malaysian we need to show our support to our own country. Vote for the right leader and vote with a peaceful mind. Happy voting to everyone on 9th May.
ReplyDeleteBagus jugak diadakan program macam ni. Buat mereka yg baru nak mengundi patut datang ke program macam ni..mampu beri kesedaran serta tahu cara2 yg betul utk mengundi dn membuat pilihan
ReplyDeleteOh program politik rupanya.
ReplyDeleteIngatkan program kawin kawin..
Hehehe
Semoga program ini sukses dn memberikan banyak input kepada semua
mcm nampak beg AJ je? hi hi hi
ReplyDeleteBagus topik yg bakal dikupas.
Buka mata. Kongsi ilmu.
Comel je dengan artikel ni tatau nhape. Huuu tak lama lg dah kita nak mengundi. Selamat mengundi uols
ReplyDeletebanyak betol topik/isu yang dikupas ya, semoga bermanfaatlah untuk semua
ReplyDeletewow... program dakwat hitam pula. menarik utk kita ambik tau khas utk kaum wanita. tq for sharin dear
ReplyDeleteHehehe...comel je bunyi dakwat di jari...
ReplyDeleteYa lah..kita sebagai wanita pun main peranan dalam pembentukan negara yg bersahsiah kan...
Vote for the right leaders for the brighter future
Bagus ada program sebegini - memberi ruang dan peluang untuk semua menyedari kepentingan diri dan sekeping undi dalam membangun negara kan.
ReplyDeleteMengundi tu kan satu tanggungjawab. Elok lah program ini untuk kesedaran wanita. Boleh nilai untuk pilih yang mana
ReplyDeleteBanyak ilmu boleh dapat dalam program macam ni
ReplyDeleteBanyak benda yang tak tahu sebenarnya sebab baru first time nak mengundi hihi
berdasarkan topik2 yg dibincangkan, event ini pebih kurang nak memperjuangkan hak wanita dalam mentadbir negara dan inginkan kesakaamaan. Menarik. Perempuan juga mampu jdi leader.
ReplyDeleteOhh ini lah program TV yang aidijuma sponsor tu. Ingatkan dakwat di jari tu program show macam wanita hari ni. Tapi more kepada politic eh. Tengah musim PRU mesti banyak perkongsian.
ReplyDeleteBagus prigram macam ni utk memberikan penenrangan tentang kesedaran utk mwngundi dan pentingnya wanita dalam untuk tahu
ReplyDeleteooh politik ke. khai kurang sgt bab politik ni sekali sekala utk tambah ilmu ok je;. undi mana nanti hahaha
ReplyDeleteOh wow! got such special program for just for women during PRU 14. Well all the best to the contestants this round.
ReplyDeleteThis is my first time knowing such political point of view from women but you know what, women voice need to be heard too tau
ReplyDeletebila tiba PRU...maka akan terdengarlah dakwat di jari.
ReplyDeleteSila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^