Sempena dengan kehangatan pilihan raya umum yang akan datang pada 9 Mei 2018, stesen TV9 mengambil inisiatif menerbitkan sebuah program khusus untuk wanita, bagi membincangkan pelbagai isu menarik sepanjang tempoh berkempen.
Program 'Dakwat Di Jari' (DDJ) berbentuk bual bicara akan disiarkan secara langsung setiap hari pada jam 5PM di TV9 bermula pada 28 April 2018 (Hari Penamaan Calon) sehingga 8 Mei 2018.
Program yang bakal dikendalikan oleh pasangan pembaca berita, Mas Zharif Aziz Desa dan Hawa Rizwana Redzuan, program ini dijangka mendapat sambutan daripada penonton pelbagai peringkat terutamanya mereka yang akan keluar mengundi nanti.
Program ini bakal menampilkan wanita-wanita berpengaruh dalam industri politik negara seperti ahli politik, selebriti dan ahli akademik.
Antara topik menarik yang bakal dikupas menerusi program Dakwat Di Jari adalah:
1. Berita palsu dan kesannya terhadap cara pengundi wanita membuat keputusan;
2. Ikon wanita dalam politik;
3. Apa pengundi muda mahu;
4. Psikologi dan emosi pengundi wanita;
5. Kedudukan wanita dalam Kabinet;
6. Wanita tak lupa janji;
7. Pengaruh wanita dalam PRU14.
8. Proses pilihanraya bersama SPR.
Pada PRU14 yang akan datang, wanita dijangka menjadi penentu kepada kemenangan calon dari parti yang bertanding kepada lebih dari 51% adalah pengundi wanita termasuk mereka yang bakal mengundi buat kali pertama.
Antara tetamu yang diundang untuk membincangkan topik hangat pada program Dakwat Di Jari termasuk Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Seri Nancy Shukri, Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Siai Kee dan ramai lagi.
Selain ahli politik, ahli akademik dan selebriti turut diundang sebagai tetamu jemputan termasuk Rektor Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Datuk Sri Zaleha Kamarudin, selebriti Sherry Al-Hadad, Fazura dan Mas Idayu.
Program Dakwat Di Jari merupakan terbitan bersama Bahagian Berita dan Hal Ehwal Semasa Media Prima Berhad dan Primeworks Studios dengan kerjasama Aidijuma Colors Group.
Till then,
19 Comments
Ingatkan program kawin kawin..
Hehehe
Semoga program ini sukses dn memberikan banyak input kepada semua
Bagus topik yg bakal dikupas.
Buka mata. Kongsi ilmu.
Ya lah..kita sebagai wanita pun main peranan dalam pembentukan negara yg bersahsiah kan...
Vote for the right leaders for the brighter future
Banyak benda yang tak tahu sebenarnya sebab baru first time nak mengundi hihi