Haritu masa jalan-jalan kat Melawati Mall, pening juga nak mencari restoran makanan yang ada sijil Halal dan menghidangkan makanan dengan menu dan harga yang berbaloi. Nak makanan yang simple dan semestinya sedap.
Terjumpa Makan Culture yang terletak di Tingkat 3. Tertarik dengan banner sijil Halal, terus masuk untuk cuba makan kat sini. Bukan tu sahaja, Makan Culture juga sebelum ini pernah memenangi Best Fusion Restaurant pada Anugerah Asia Halal Brand 2017.
Untuk
yang beragama Islam, restoran yang dikendalikan oleh Sakura Crystal ini
merupakan sebuah restoran berstatus Halal dengan pengesahan daripada
JAKIM. Bagus, deorang tahu apa keperluan orang Islam dalam bab makan ni.
Buttermilk Chicken RM19.90
Saya haritu order Set Buttermilk Chicken yang didatangkan bersama dengan pilihan Nasi Bon Bon atau Fried Man Tau (5 pcs) atau Nasi Putih. Sesuai sangat nak kongsi hidangan ni dengan orang lain sebab banyak juga ketul ayam dia.
Suka dengan hidangan unik sebab dihidangkan dalam mangkuk claypot. Tekstur kepekatan buttermilk chicken ini tak macam selalu kita makan, sebab dalam menu masakan Nyonya, yang ni lebih pekat.
Inchi Kabin Fried Rice RM9.90
Pertama kali merasa resepi ayam goreng Nyonya. Siap makan dengan sos intimewa lagi. Not bad, walaupun sebenarnya ayam ini hanya digoreng bersama dengan kunyit dan garam macam biasa, tapi bila dapat makan dengan nasi putih dan cicah dengan sos dia, memang layan.
Saya suka sos dia sebab rasa macam sambal, tapi sambal yang masam ala-ala sambal ikan bakar. Then pedas, best lah kalau macam ratah tanpa nasi pun sebab tak rasa kosong.
Kong Lava Noodle RM12.90
Menu mee ini pun salah satu menu yang hot kat sini. Korang kena rasa sendiri untuk tahu betapa unik rasa mee ni. Dengan menggunakan mee buatan sendiri, hidangan ini korang boleh kongsi dalam 3-4 orang tau sebab porsi dia banyak.
Nak kata pedas tu, takde lah sangat. Rasa dia lebih kepada manis-lada gitu. Rasa lebih kurang macam koey teaw kungfu, tapi versi mee. Dia punya bahan extra macam fish ball dan fish cake pun banyak, so makan ni saja pun dah kenyang.
Burger Banjir RM19.90
Burger Banjir ni bagi aku satu menu yang kalau datang sini, kena cuba at least sekali? Come on, tak terliur ke tengok gambar cheese leleh tu? Kalau korang jenis tak suka makan nasi atau mee, order je burger ni, pun kenyang.
Masa cuba haritu, rasa macam nak tapau bawa balik untuk makan esok tu je sebab ayam dia sedap. Rempah ayam goreng dia tu, sekali dengan keju memang masuk sangat. Daging ayam lembut sampai rasa macam cair dalam mulut je.
Masa cuba haritu, rasa macam nak tapau bawa balik untuk makan esok tu je sebab ayam dia sedap. Rempah ayam goreng dia tu, sekali dengan keju memang masuk sangat. Daging ayam lembut sampai rasa macam cair dalam mulut je.
Cheezy Fried RM8.90
Disebabkan haritu saya nak lepak lama kat Makan Culture, Melawati Mall, makanya saya order cheezy fries ni. Salah satu daripada menu yang orang selalu makan juga. Dah rasa sekali, baru tahu kenapa orang suka.
Tak kedekut keju langsung. Peminat keju macam saya, suka lah dengan cheezy fries ni, dahlah kentang goreng pun rangup dan sedap je. Sambil berborak, sambil mengunyah. Ada juga fries kosong untuk yang tak suka keju.
Triple Chocolate RM16.90
Cookies n Cream RM15.90
Rugi lah kalau datang ke Makan Culture tapi tak cuba mereka punya signature drink. Terus kami suami isteri order air hot ni sorang satu. Sampai je air tu, fikir "Acaner nak minum ni? Banyaknya benda". Haha.
Paling suka dengan cookies n cream sebab rasa dia just nice tak manis sangat. Btw, boleh minta kurang manis kalau korang sedang diet tu.
Puas hati lah cuba makan di Makan Culture, Melawati Mall. Sesuai sangat alang-alang nanti nak bulan Ramadhan berbuka kat sini masa tengah cari kelengkapan beraya. Tak silap nanti ada menu makanan khas Ramadhan.
Waktu operasi:
Setiap hari jam 10AM- 9PM
Makan Culture
Tingkat 3, Melawati Mall, Taman Melawati,
50480 Kuala Lumpur, Selangor.
50480 Kuala Lumpur, Selangor.
Till then,
20 Comments