Restoran Makanan Asia di Makan Culture, Melawati Mall

Assalamualaikum dan hai korang,

Haritu masa jalan-jalan kat Melawati Mall, pening juga nak mencari restoran makanan yang ada sijil Halal dan menghidangkan makanan dengan menu dan harga yang berbaloi. Nak makanan yang simple dan semestinya sedap.

Terjumpa Makan Culture yang terletak di Tingkat 3. Tertarik dengan banner sijil Halal, terus masuk untuk cuba makan kat sini. Bukan tu sahaja, Makan Culture juga sebelum ini pernah memenangi Best Fusion Restaurant pada Anugerah Asia Halal Brand 2017.

Untuk yang beragama Islam, restoran yang dikendalikan oleh Sakura Crystal ini merupakan sebuah restoran berstatus Halal dengan pengesahan daripada JAKIM. Bagus, deorang tahu apa keperluan orang Islam dalam bab makan ni.


Buttermilk Chicken RM19.90

Saya haritu order Set Buttermilk Chicken yang didatangkan bersama dengan pilihan Nasi Bon Bon atau Fried Man Tau (5 pcs) atau Nasi Putih. Sesuai sangat nak kongsi hidangan ni dengan orang lain sebab banyak juga ketul ayam dia.

Suka dengan hidangan unik sebab dihidangkan dalam mangkuk claypot. Tekstur kepekatan buttermilk chicken ini tak macam selalu kita makan, sebab dalam menu masakan Nyonya, yang ni lebih pekat.


Inchi Kabin Fried Rice RM9.90

Pertama kali merasa resepi ayam goreng Nyonya. Siap makan dengan sos intimewa lagi. Not bad, walaupun sebenarnya ayam ini hanya digoreng bersama dengan kunyit dan garam macam biasa, tapi bila dapat makan dengan nasi putih dan cicah dengan sos dia, memang layan.

Saya suka sos dia sebab rasa macam sambal, tapi sambal yang masam ala-ala sambal ikan bakar. Then pedas, best lah kalau macam ratah tanpa nasi pun sebab tak rasa kosong.


Kong Lava Noodle RM12.90

Menu mee ini pun salah satu menu yang hot kat sini. Korang kena rasa sendiri untuk tahu betapa unik rasa mee ni. Dengan menggunakan mee buatan sendiri, hidangan ini korang boleh kongsi dalam 3-4 orang tau sebab porsi dia banyak.

Nak kata pedas tu, takde lah sangat. Rasa dia lebih kepada manis-lada gitu. Rasa lebih kurang macam koey teaw kungfu, tapi versi mee. Dia punya bahan extra macam fish ball dan fish cake pun banyak, so makan ni saja pun dah kenyang.


Burger Banjir RM19.90

Burger Banjir ni bagi aku satu menu yang kalau datang sini, kena cuba at least sekali? Come on, tak terliur ke tengok gambar cheese leleh tu? Kalau korang jenis tak suka makan nasi atau mee, order je burger ni, pun kenyang.

Masa cuba haritu, rasa macam nak tapau bawa balik untuk makan esok tu je sebab ayam dia sedap. Rempah ayam goreng dia tu, sekali dengan keju memang masuk sangat. Daging ayam lembut sampai rasa macam cair dalam mulut je.


Cheezy Fried RM8.90

Disebabkan haritu saya nak lepak lama kat Makan Culture, Melawati Mall, makanya saya order cheezy fries ni. Salah satu daripada menu yang orang selalu makan juga. Dah rasa sekali, baru tahu kenapa orang suka.

Tak kedekut keju langsung. Peminat keju macam saya, suka lah dengan cheezy fries ni, dahlah kentang goreng pun rangup dan sedap je. Sambil berborak, sambil mengunyah. Ada juga fries kosong untuk yang tak suka keju.


Triple Chocolate RM16.90
Cookies n Cream RM15.90

Rugi lah kalau datang ke Makan Culture tapi tak cuba mereka punya signature drink. Terus kami suami isteri order air hot ni sorang satu. Sampai je air tu, fikir "Acaner nak minum ni? Banyaknya benda". Haha.

Paling suka dengan cookies n cream sebab rasa dia just nice tak manis sangat. Btw, boleh minta kurang manis kalau korang sedang diet tu.


 

Puas hati lah cuba makan di Makan Culture, Melawati Mall. Sesuai sangat alang-alang nanti nak bulan Ramadhan berbuka kat sini masa tengah cari kelengkapan beraya. Tak silap nanti ada menu makanan khas Ramadhan.

Waktu operasi:
Setiap hari jam 10AM- 9PM

 Makan Culture
Tingkat 3, Melawati Mall, Taman Melawati,
50480 Kuala Lumpur, Selangor.

Till then,

Post a Comment

20 Comments

Suria Amanda said…
Akak tak sempat singgah lagi kat Melawati Mall ni..ada gak ajak cik abg tapi blom ada masa sesuai...nampak sedapa hidangan yang Zayani pilih tu..terus terliur akak ha..paling terliur tgok minuman tu....aduhaiiii...bila lah dapat terjah Melawati Mall ni...
5 Little Angels said…
Buttermilk Chicken is my favourite. Saw lots of yummy food here too and I plan to try this out soon with my children.
Ana Suhana said…
Antara favorite port kami sekeluarga bila ke Melawati Mall. Macam-macam menu yang kami dah cuba. Dalam banyak-banyak tu, burger banjir dengan buttermilk chicken yang paling kami suka. Harga pun reasonable.
Hanny Abdullh said…
Sis belum lagi jejakkan kaki kat Melawati Mall ni. Hari tu nak pergi ikut uoll tapi ada hal lain pulak. Rugi pulak rasanya tak pergi. Tak apa lah mayb next time sis akan terjah kat sini..nak try semua yang Zayani makan tu...:D
Ezna Khalili said…
Teringin nak try Kong Lava Noodle ni. Nampak menyelerakan lah. Woohooo cookies and cream tu mesti anak suka tu. Kalau ada sijil halal tu dah tak was was la...
Zharif Azis said…
Buttermilk chicken tu rasa teringin pulak nak cuba sebabnya tak pernah merasa lagi menu masakan sebegitu. First time dengar nie. Harga dia quite reasonable jugak yer. Air dua tu nampk menyelerakan sangat. Very the hipsturrr tau
Mermaid said…
Kalau Ika boleh datang sini, ika akan cuba try Buttermilk Chicken . Nampak sedap. kalau makan dengan nasi putih menjilat jari ni. Cookies n Cream RM15.90 Wahh murah nya. Kalau Penang harga dalam RM20++ TAW
Mahamahu said…
Boleh ker habis makan dua orang jer tu hehehehe tapi kita tengok yang air tu sangat mengiurkan lah kita pantang minuman yang manis-manis ni ....
Huda Halid said…
Thanks sharing Zayani. pernah datang sekali jer Melawati Mall. Next time datang sana nak try la makan di Makan Culture ni. Macam sedap-sedap jer semua menu. burger banjir tu tempting sangat
Tak pernah sampai Melawati Mall ni, Kalau pergi sana nanti, sudah tahu nak tuju kemana. Sebab done tergoda dengan Butter Milk chicken dengan Kong Lava Noodle dapat tambah cili kicap ni perghhhh memang tak pandang kiri dan kanan. Thanks Zayani share info ni senang nak terjah nanti
dr-Life said…
the drinks!!!! how to resist such a beautiful drinks... all the food luring me so much and guess what this for sure my next visit there. so craving to see those drinks ....
ni kalau esok pergi shopping raya kat sini boleh singgahs ekali untuk berbuka..banyakjuga pilihan lauk pauk yang menyelerakan :-)
Jia Shin Lee said…
Oh my looking at these delicious mouthwatering dishes midnight is making me hungry, I want a bite of that burger banjir, confirm sedap giler!
Emi said…
Eh melawati mall ni tak jauh pun dari rumah emi. Nanti nak try pergi makan kat makan culture ni la. Menu dia macam not bad jugak. Nampak menyelerakan. Haha kalau aku pun mesti tak tahu nak minum macam mana. Takut kita rosakkan kecomelan air tu. kang runtuh kang sesia je haha
Lia Hasty said…
Nak Cuba lah nnti makan culture ni . Menu semua kaai terliur je ni. Burger banjir tu ada cheese rasa tak sbr nk makn je .
Mawardi Yunus said…
Dah lama x makan burger. Tengok burger banjir dia memang mengancam betol
LizzaBella said…
Alamak. Kong Lava Noodle tu macam best je. Bella ni dah la suka makanan basah2 noodle2 ni. Hmm kat Taman Melawati ye? Kalau lalu kesitu boleh lah singgah. Makanan2 nampak sedap, harga pun boleh tahan. Dan yang paling best, Cookies & Cream yg meleleh tu.. Yummmm
cre8tone said…
sedapnya makanan di sini... rasa lapar dah.. jom pergi makan.. hahahahaah~
Absolute Yana said…
Yana mengaku memang terliur tengok the burger banjir. Hahaha I would definitely try that and also the butter chicken. Its hard to find butter chicken that actually taste nice without feeling jelak.
cre8tone said…
burger banjir tu memang interesting... terasa nak try cookies and cream drink tu... memang sedap nampaknya~

FOLLOWERS