Sabah Part 1: Nak Buat Apa di Kota Kinabalu?

Kopivosian (Selamat datang dalam bahasa Sabah) ke blog saya!

Baru-baru ni saya sempat ke Sabah untuk meneroka apa yang menarik disana. Perjalanan menaiki kapal terbang dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah.

Trip saya ke Sabah kali ini sebab nak teroka produk pelancongan baharu di kawasan Kota Kinabalu, Gunung Kinabalu dan Kundasang. Sabah ni unik sebab selain daripada kecantikan pulau dan alam semuja jadi, mereka juga ada tradisi dan budaya yang tersendiri.

Kota Kinabalu atau lebih mudah dipanggil KK merupakan sebahagian daripada Borneo. Kat sini banyaklah keychain atau fridge magnet dengan tulisan Sabah Borneo. Kota Kinabalu terletak lebih kurang 1 jam 30 minit daripada lapangan terbang Kuching.


KDCA Cultural Village
KM 8, Penampang Road, PO Box 907, 89507 Penampang, Sabah. 
Contact: 088-713696/ 088-713337
Website: www.kdca.org.my

Sabah kan terkenal dengan lebih daripada 200 suku kaum. Kalau datang ke Sabah tapi tak tahu tentang suku kaum memang tak lengkap. Boleh datang ke  KDCA Cultural Village sebab di sini sahaja korang boleh kenal banyak suku kaum.

Antara suku kaum yang korang boleh belajar, tahu tentang keistimewaan dan perbezaan setiap suku kaum ialah: Ranau, Keningau, Rungus, Penampang, Papar, Murut, Tuaran, Kadazan dan Dusun.


Lagi best, kat sini korang boleh tengok dan merasa pengalaman masuk ke dalam rumah beberapa suku kaum di Sabah dan tengok sendiri dalam dia macam mana, dan juga tengok pakaian tradisi mereka serta belajar tentang aktiviti seharian mereka.

Bukan sahaja boleh tengok macam mana bentuk rumah mereka, tapi juga dapat info tentang pakaian tradisi mereka. Antara aktiviti yang menarik di Rumah Penampang termasuklah demonstrasi melipat Sigar/ Sigah (topi kepala).





Paling saya suka, mereka ada buat banyak aktiviti untuk pengunjung sertai. Dah buat aktiviti tu, boleh la belajar sekali macam mana nak jadi orang Sabah. Bukan setakat tengok dan dengar je, tapi juga boleh buat dan rasa sendiri.

6 pameran rumah disini: Rumah Penampang, Rumah Ranau, Rumah Murut (Demo Lansaran- sukan popular suku Murut), Rumah Papar (makan Ambuyat), Rumah Rungus (membuat aksesori manik) dan Rumah Kota Belud (menyumpit).



Pengalaman Makan Butod/ Ulat Sago
beserta dengan video pengalaman makan Butod/ Ulat Sago

 


Saya sarankan korang untuk ambil pakej dengan guide. Sangat berbaloi sebab korang akan dapat banyak informasi daripada mereka. Sebab pakej sekali dengan guide, maka korang akan dapat timing yang best untuk tengok persembahan tradisional dan makan tengah hari.

Bayaran Masuk: 
Dengan guide: RM100.00 (Dewasa), RM70.00 (Kanak-kanak)
Tiada guide: RM35.00 (Dewasa), RM10.00 (Kanak-kanak)

Waktu operasi:
Setiap hari jam 9AM- 5PM


Chanteek Borneo Indigenous Museum
Telibong-Tamparuli Road, 89200 Tamparuli, Tuaran Sabah.
Contact: 088-792018

Chanteek Borneo Indigenous Museum merupakan satu muzium yang boleh dianggap sebagai Negeri Sabah yang kecil sebab kat sini menayangkan semua suku kaum, tradisi dan pakaian mereka. Senang kata, bukan sahaja ada suku kaum yang popular dan besar, tapi yang kecik-kecik tu.

Pameran di muzium ini ditayangkan dalam miniatur bersaiz kecil. Senang kata, kalau pakaian dipakaikan ke anak patung yang macam barbie tu. Manakala rumah dan struktur situasi pula diletakkan bagi memberi gambaran kepada orang awam.


Dalam pameran tu, korang boleh baca sejarah dan kepercayaan tradisi setiap suku kaum tu. Bila baca, memang menarik dan unik dengan kepercayaan deorang tu. Banyak juga nama suku kaum yang pertama kali saya dengar.

Paling menarik, pakaian tradisi kaum mereka.




Staff kat sini pun memang friendly habis. Segala soalan yang saya tanya semua deorang jawab je. Jadi kalau korang ada soalan, jangan segan nak tanya. Time ni lah nak borak dengan awek dan mamat Sabah yang lelawa.

Kat Chanteek Borneo, korang juga boleh menyewa pakaian kostum untuk bergambar. Ada pakaian untuk 8 jenis puak di Sabah dan beberapa port kat muzium ni yang lawa dan dah setup untuk bergambar. Sewa pakaian dalam RM5 dan RM20 untuk yang lengkap dengan aksesori.


Tapi part yang paling saya suka mestilah part yang daya dapat bermain dan mencuba sendiri pengalaman bermain permainan tradisional dan alat muzik mereka. Salah satu tarikan yang unik yang menarik minat orang macam saya.

Selalu dengar je orang mainkan muzik untuk tarian Sumazau, tapi ni saya dapat belajar sendiri macam mana nak main gong tu. Boleh je nak main alat yang lain tu, tapi gong yang paling mudah dan senang nak faham untuk beginner macam saya.


Puas main gong, saya main pula mainan tradisional orang Sabah. Kalau korang rasa menyumpit (bahasa Sabah- Monopuk) dah paling wow!, tunggu lah korang cuba permainan macam Boling Kelapa, Rampanau (jalan kaki buloh), Momolositik (melastik) dan Terompah Kelapa.

Amazing sebab ada juga mainan yang kita selali main kat Semenanjung Malaysia, tapi ada juga di Sabah walaupun lain sikit cara mereka panggil. Seronok dan mengimbau kenangan betul.



Lain kali kalau datang ke Sabah, jangan lupa datang ke Chanteek Borneo untuk belajar budaya dan tradisi masyarakat Sabah. Memang puas hati datang sini sebab dapat banyak sangat infomasi yang berguna dan baru.

Bayaran Masuk: RM10.00 (Dewasa), RM5.00 (Kanak-kanak)

Waktu operasi:
Setiap hari jam 8AM- 6PM


Promenade Hotel Kota Kinabalu
No. 4, Lorong Api-Api 3, Api-Api Centre, 88000 Kota Kinabalu, Sabah.
Contact: 088-265555

Saya check in di Hotel Promade yang terletak di tengah-tengah Kota Kinabalu. Hotel yang bertaraf 4 bintang ini memang terletak di lokasi yang sangat strategik sebab dekat dengan Waterfront Kota Kinabalu, Night Food Market, Handicraft Market dan Filipino Merket.

Kalau malam-malam tu boleh la makan malam kat kawasan sekitar. Memang dekat sampai boleh jalan kaki je sambil hirup udara malam yang dekat dengan laut. Lepas tu seronok sebab dapat tengok matahari tengglam dari tepi laut.



Harga Bilik Standard adalah bermula dari RM275 ++ (waktu biasa).  Bilik yang berkeluasan sebesar 25 kaki persegi ini memang lengkap dengan segala keperluan yang korang nak. Datang tak payah bawa banyak barang sebab kelengkapan dah ada.

Macam biasa, 2 katil super single atau 1 katil twin, bersama dengan televisyen, internet berkelajuan tinggi, set teh/ kopi dan keperluan mandi seperti gel mandian, lotion, syampu rambut dan perapi rambut yang wangi. Paling penting seterika dan pengering rambut pun ada.




Jenis kaki bersenam pun takde masalah sebab kat sini ada gimnasium. Lengkap juga gimnasium dia, buka pun awal pagi. Ada juga kolam renang di tingkat bawah. Jadi, sebelum sarapan boleh la bersenam dulu.

Cuti bekerja pun kena jaga kesihatan tau.



Night Food Market, Handicraft Market & Pasar Filipina

Ketiga-tiga pasar yang saya cakap ni memang dah sangat popular dalam kalangan orang yang datang ke Sabah. Lagi mudah, lokasi tempat ni semua sebelah-sebelah je dan dekat nak berjalan daripada hotel dan waterfront.

Teringin nak makan makanan laut murah dan sedap di Sabah? Sini lah port dia. Barang kraft pun banyak yang murah. Kerepek dan keropok jangan lupa. Saya pun ada beli beberapa paket Amplang dan Angry Bite.





Terima kasih kepada pihak Malaysian Inbound Tourism Association (MITA) kerana menjemput saya untuk sertai program Showcasing Sabah Tourism Products di bawah projek Tourism Productivity Nexus.

Baca juga tentang: Sabah Part 2: Gunung Kinabalu & Kundasang.


With love,

Post a Comment

1 Comments

Faeez Azmi said…
Best nye dpt blajar n rs pengalaman culture & makanan baru..

Hotel lawa gle.. X pnh bercuti area Borneo officially.. Bwk pls :p

FOLLOWERS