LFF2020 | Festival French Terbesar di Malaysia

Hello korang!

UPDATE 17 March 2020 

Le French Festival 2020 dibatalkan atas sebab Perintah Kawalan Pergerakan dibawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.

"Following the announcement and implementation of a Movement Control Order in Malaysia by the Prime Minister at 10pm on 16 March 2020, it is with deep regret and a heavy heart that Le French Festival 2020 will be ​cancelled. The order is made under the Prevention & Control of Infectious Disease Act 1988 and Police Act 1967."

-------------------------------------------------------------------

Siapa kat sini peminat filem terutamanya filem Perancis? Sejak saya ke Festival Filem Perancis 2018 di Golden Screens Cinemas masa tahun 2018 haritu, setiap tahun saya tunggu GSC nak bawakan lagi festival ni sebab seronok belajar tentang budaya Perancis.

Nak travel ke France kalau takda budjet, boleh sertai festival Perancis ni. Dengan adanya Le French Festival macam ni, barulah orang Malaysia dapat faham dengan lebih mendalam lagi tentang budaya orang Perancis seperti filem, pameran seni, muzik, teater dan gastronomi.


Tarikh Festival Perancis 2020 di Malaysia

Kuala Lumpur: 19 March- 5 April⁣
Pulau Pinang: 9 April- 19 April⁣
Johor Bahru: 16 April- 19 April⁣
Kota Kinabalu: 23 April- 26 April⁣



Edisi ke 19, Le French Festival 2020 (LFF2020) lagi besar. Bermula dari 19 Mac- 26 April 2020, mereka yang sertai festival ini akan dapat belajar lebih banyak lagi tentang budaya French melalui 5 deria: Melihat, Mendengar, Merasa, Bau dan Sentuhan. 

Bermula dari penganjuran mereka dari tahun 2001, LFF dianjurkan dengan tujuan untuk memperkenalkan budaya masyarakat French di Malaysia dan telah dianjurkan dengan jayanya di 4 bandar terpilih: Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Johor Bahri dan Kota Kinabalu.

LFF2020 dianjurkan oleh Alliance Francaise (AF) bersama dengan Martell, dengan sokongan daripada Embassy of French di Malaysia dan partner untuk filem, Golden Screen Cinemas (GSC).

H.E. Frederic Laplanche,
Ambassador of the Republic of French di Malaysia.

Chef selebriti Malaysia, Chef Anis Nabilah telah dipilih untuk menjadi duta dan 'Friend of the Festival' untuk LFF2020. Chef Anis memang terkenal dengan minat beliau kepada budaya dan kulinari French.
 

Sebagai peminat filem Fench, saya memang excited bila 𝐋𝐞 𝐅𝐫𝐞𝐧𝐜𝐡 𝐅𝐞𝐬𝐭𝐢𝐯𝐚𝐥 𝟐𝟎𝟐𝟎 (𝐋𝐅𝐅𝟐𝟎𝟐𝟎) kembali di GSC Cinema! Kali ini dengan lebih banyak filem dan banyak cawangan GSC di sekitar Kuala Lumpur terlibat, semua boleh tonton.

Kuala Lumpur: (19 March- 5 April⁣)
GSC Mid Valley, GSC MyTown Shopping Centre, GSC 1 Utama

Pulau Pinang: (9 April- 19 April⁣)
GSC Gurney Plaza Penang

Johor Bahru: (16 April- 19 April⁣)
GSC Paradigm JB

Kota Kinabalu: (23 April- 26 April)⁣
GSC Suria Sabah

Menariknya lagi, LFF2020 kali ini akan menjadi Festival Filem Perancis yang terbesar di Malaysia dengan jumlah tayangan sebanyak 17 filem terpilih. Filem-filem yang terpilih tu semua merupakan filem baru yang menang anugerah.


Filem yang akan ditayangkan di pawagam GSC yang terpilih ada sarikata bahasa English dan telah ditapis yang sesuai dengan semua lapisan umur dan masyarakat.

Antara 17 filem Perancis yang dah dipilih untuk peminat di Malaysia adalah:

1. Spread Your Wings (Donne-moi des ailes)
2. The Specials (Hors Normes)
3. Selfie (Selfie)
4.Venice Calling (Venise N'est Pas En Italie)
5. In the Name of the Land (Au Nom De La Terre)
6. Someone Somewhere (Deux Moi)
7. Arab Blues (Un Divan a Tunis)
8. Of Love and Lies (Fourmi)
9. The Royal Exchange (L'Echange des Princesses)
10. The Prince's Voyage (Le Voyage du Prince)
11. The Mystery of Henri Pick (Le Mystere Henri Pick)
12. Conviction (Une Intime Conviction)
13. Guy (Guy)
14. Paper Flags (Les Drapeaux de Papier)
15. Real Love (C'est ca l'Amour)
16. Father and Sons (Deux Fils)
17. Keep Going (Continuer)


 

Ingat tak tadi saya ada cakap tentang festival ini bukan hanya sekadar festival filem Perancis kan? Le French Festival 2020 (LFF2020) juga menampilkan beberapa aktiviti lain untuk menunjukkan budaya French ke Malaysia.

Antara aktiviti dan event yang boleh korang sertai adalah: 

1. The Malaysian Premier of  'Solstice Lunaire': Konsert Harp! French harpist, Maia Darme ada buat konsert jelajah dunia, dan singgah ke Malaysia untuk konsert 'Solstice Lunaire'. Rare tengok orang main harp secara live.

2. Gasp by Companie Circoncentrique: 
Peminat circus boleh tengok persembahan bertaraf antarabangsa yang sesuai untuk semua peringkat umur.

3. Roger Kasparian - The Eyes of the Sixties: 
Sebuah pameran gambar yang akan menunjukkan gambar rare yang tak pernah ditayangkan kepada umum dari mata seorang fotographer popular dari Perancis yang dah berada didalam bidang itu selama 60 tahun.

4. Art de Vivre Event: Sebuah event yang penuh dengan aktiviti dan workshop seperti Artisan bread workshop dengan Master Bakers of PAUL, food & drink tasting, kelas memasak dan banyak lagi.

5. Perfume Workshop: Belajar macam mana nak pilih dan buat minyak wangi sendiri, yang seusi dengan personaliti seseorang di Art de Vivre.


 

Korang yang berminat nak belajar tentang budaya Perancis, kotlah korang tengah plan nak pindah ke Perancis atau nak travel kesana, boleh lah sertai beberapa event dan workshop yang mereka dah susun dan aturkan. Boleh refer website LFF2020 untuk jadual penuh.

Lokasi untuk setiap aktiviti seperti tayangan filem, pameran seni, muzik, teater dan gastronomi adalah tak sama. Boleh rujuk terus ke laman web atau Facebook Le French Festival dibawah.

Festival Perancis 2020
Website: www.lefrenchfestival.com.my
Facebook: www.facebook.com/lefrenchfestivalmy 
Instagram: www.instagram.com/lefrenchfestival_my

Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS