Hai dan Assalamualaikum,
Saya perasan dalam bilik memang tak ada televisyen dan konsep pun macam open space. Sesuai sangat untuk mereka yang datang mencari inspirasi atau nak chill rileks kat sini. Info tambahan, hati-hati masa melepak kat balkoni ni sebab kadang-kadang ada monyet pun melepak kat sini.
Perjalanan trekking sangat berinformasi. Lepas dalam penat trekking, sampai lah kami di kawasan Lipad Mud Volcano. Kawasan ni kosong je, nampak macam tanah yang kering kontang, tapi ada lumpur dari celah-celah lantai bumi.
Till then,
Masih tak boleh move on dengan trip meneroka alam semula jadi di Sabah. Dah lama sebenarnya saya plan untuk teroka Sabah, terutamanya di kawasan Lahad Datu dan Sandakan. Selama harini ini kalau saya ke Sabah asyik main ke pulau sahaja.
Di Sabah saya explore: Tabin Wildlife Safari. Tabin Wildlife Resort yang terletak di Tabin Wildlife Reserve (Taman Hidupan Liar Tabin) di Lahad Datu, Sabah. Tabin Wildlife Reserve merupakan taman hidupan liar yang terbesar di Malaysia dengan keluasan lebih kurang 300,000 ekar.
Taman Hidupan Liar Tabin diasaskan pada tahun 1984 dan menghuni banyak haiwan dan mamalia di hutannya, termasuklah banyak spesis yang semakin terancam seperti 3 spesis mamalia terbesar di Sabah: Gajah Borneo (Borneo Pygmy Elephant), Badak Sumbu (Sumatran Rhinoceros) dan Lembu Banteng (Tembadau).
Di Sabah saya explore: Tabin Wildlife Safari. Tabin Wildlife Resort yang terletak di Tabin Wildlife Reserve (Taman Hidupan Liar Tabin) di Lahad Datu, Sabah. Tabin Wildlife Reserve merupakan taman hidupan liar yang terbesar di Malaysia dengan keluasan lebih kurang 300,000 ekar.
Taman Hidupan Liar Tabin diasaskan pada tahun 1984 dan menghuni banyak haiwan dan mamalia di hutannya, termasuklah banyak spesis yang semakin terancam seperti 3 spesis mamalia terbesar di Sabah: Gajah Borneo (Borneo Pygmy Elephant), Badak Sumbu (Sumatran Rhinoceros) dan Lembu Banteng (Tembadau).
Perjalanan
saya dari KLIA2 ke Lapangan Terbang Tawau, Sabah dengan menaiki pesawat
Malaysia Airlines mengambil masa lebih kurang 3 jam. Dari Tawau nak ke Lahad Datu ambil masa dalam 3-4 jam perjalanan darat.
Korang
boleh juga terus ke Lapangan Terbang Lahad Datu dari airport Tawau kalau ada flight sebab Tabin Wildlife Reserve dah dekat dengan airport tu dah ada staff yang boleh pick-up dengan menaiki van atau kereta pacuan empat roda.
Perjalanan darat dari Lapangan Terbang Lahad Datu ke Tabin Wildlife Resort memakan masa selama jam. Perjalanan darat ini memang mencabar, sebab memang memula tu naik dari jalan raya yang elok bertar, tapi setelah lebih kurang 30 minit- 1 jam macam tu, akan masuk jalan ladang kelapa sawit.
Bila dah masuk jalan ladang ini memang dah mula mencabar sebab jalan tidak ber-tar dan banyak lubang-lubang tanah. Ada part jalan ada batu kira okay lah, tapi ada juga yang memang bergoncang satu van/ kereta tu. Memang mencabar.
Perjalanan
akan mengambil masa lagi lebih kurang 1jam - 1.5jam (27KM). Siapa yang
tak tahan muntah dan mabuk tu, boleh telan ubat mabuk siap-siap. Serious
cakap memang masa ni susah gila nak tidur sebab kepala ada time
terhentak ke cermin kereta. Haha
Tapi bila dah sampai tu, rasa macam, Alhamdullilah dah sampai. Rasa lega sangat sebab badan pun dah penat dengan perjalanan awal pagi dari Kuala Lumpur. Kami sampai pun masa tu dah petang, so check-in dan rehat sekejap.
Sebelum check-in make sure korang isi kan borang pendaftaran masuk tau. Ye lah, kita duduk dalam hutan yang kadang-kadang line telefon pun tak ada. So in case apa-apa hal, takde lah susah ranjer nak jaga dan cari kita.
Bilik yang saya check-in adalah: River Lodge Room
River Lodge Room, seperti nama dia memang terletak bersebelahan dengan Sungai Lipad. Dalam bilik masa tengah tidur pun memang boleh dengar bunyi air sungai mengalir. Memang rileks sangat. Kalau kami sampai awal memang saya akan lepak di balkoni menghadap sungai.
Design bilik pun lawa, dengan siling bumbung yang tinggi so tak adalah bilik panas sangat kalau waktu tengah hari. Lagipun setiap lodge ini dilengkapi dengan kipas dan penghawa dingin. Malam-malam memang sejuk la kat sini.
Kelengkapan
didalam bilik boleh dikatakan secukupnya. Ada tuala mandi, toiletries,
cermin besar dan kalau nak iron baju boleh minta. Bilik ini boleh masuk 2
orang dewasa, so saya duduk dengan kawan sebilik saya, Vanessa.
Disebabkan kami sampai pun dah nak petang, jadi selepas dah rehat segarkan diri maka kami teroka kawasan Tabin Wildlife Resort ni sebelum dibawa untuk tour pendidikan tentang Tabin Wildlife Reserve.
Kalau korang nak tahu, kawasan Taman Hidupan Liar Tabin ini meliputi seluas 122,539 hektar/ 1,225 km². Tabin Wildlife Resort pula mengambil sedikit bahagian didalam Taman Hidupan Liar Tabin. Banyak haiwan yang korang boleh jumpa kat sini.
Antaranya adalah: 9 spesis primate, 3 spesis kucing, 4 keluarga spesis burung dengan 300 jenis spesis yang direkodkan. Sebab itulah Tabin Wildlife Reserve direkodkan sebagai Important Bird Area (IBA : MY027) - Kawasan Burung Penting.
Tabin Visitor Centre, Tabin Wildlife Reserve
Petang tu, kami berpeluang untuk melawat ke Tabin Visitor Centre yang terletak dalam 100 meter sahaja dari resort kami. Kat sini kami belajar dengan lebih banyak lagi tentang habitat yang ada di kawasan Taman Hidupan Liar Tabin.
Jabatan Hidupan Liar Sabah bertanggungjawab untuk menjaga kebajikan dan pemeliharaan haiwan di Tabin manakala Jabatan Perhutanan Sabah bertanggungjawab dalam penjagaan dan pemuliharaan tanaman dan pokok di Tabin.
Semasa lawatan kami disini, kami dengar satu cerita yang sedih tentang Badak Sumbu Sumatera yang sekarang sudah secara rasminya pupus di Malaysia. Spesis ini sekarang hanya ada 80 ekor sahaja dan semuanya kini berada di Indonesia.
Badak Sumbu Sumatera jantan yang terakhir di Malaysia, Tam, mati pada bulan Mei 2019 kerana masalah buah pinggang dan hati, manakala Badak Sumbu Sumatera betina yang terakhir di Malaysia, Iman, mati pada November 2019.
Sebelum ini ada lagi seekor Badak Sumbu Sumatera, Puntung yang telah 'ditidurkan' sebab menghadapi masalah pernafasan dan kanser kulit pada Jun 2017 walaupun telah menjalani rawatan pada awal tahun dan menunjukkan simptom yang baik.
Melawat Galeri Dewan Trogon (Trogon Hall Gallery)
Di Galeri Dewan Trogon, korang akan diterangkan kepada proses konservasi di Tabin Wildlife Reserve serta tentang burung, serangga dan haiwan lain yang ada dikawasan Taman Hidupan Liar Tabin. Kat sini pun ada galeri bergambar tentang aktiviti yang telah dijalankan.
Selain itu, korang juga boleh tengok rangka tulang haiwan yang telah diawet dan diletakkan disini. Ada tulang kepala gajah, tulang kucing hutan, cengkerang kura-kura dan beberapa lagi.
Night Safari di Tabin Wildlife Resort
Aktiviti yang paling exciting untuk mereka yang menginap di Tabin Wildlife Resort adalah Night Safari. Masa Night Safari lah peluang korang untuk tengok haiwan dan burung nokturnal (aktif pada waktu malam).
Aktiviti ini akan bermula dalam lebih kurang jam 8 malam dan bukan berjalan kaki sebab korang kena naik dibelakang lori untuk keselamatan korang. Tips: Bawa kamera yang lens yang bagus dan duduk diam jangan bercakap supaya haiwan tak malu untuk keluar.
Antara haiwan nokturnal yang kami jumpa semasa sesi night safari adalah: 2 spesis burung hantu, 2 spesis tupai terbang, Sunda skunk, burung dan yang paling rare Borneo Leopard. Kalau korang bernasib baik, dapatlah jumpa gajah juga.
Morning Walk
Pagi itu, selepas sarapan, dalam jam 7 pagi kami mulakan aktiviti dengan jungle trekking untuk ke kawasan Lipad Mud Volcano. Jangan lupa pakai kasut yang sesuai. Make sure kasut tu korang tak sayang nak kotorkan ya.
Sebelum memulakan trekking, kami naik lori dahulu untuk bird watching sebelum sampai ke laluan trail ke Lipad Mud Volcano. Memang betullah deorang cakap yang Tabin merupakan syurga untuk pencinta burung sebab ada banyak spesis dan jenis burung di sini.
Paling rare sekali, kami jumpa Burung Enggang Jambul Putih (White-crowned hornbill) yang tinggal di atas pokok Kenyalang. Menang tinggi lah pokok tualang dan rumah yang dia buat di atas sana. Ada banyak ekor juga yang saya nampak.
Ini disebabkan kawasan di Tabin Wildlife Reserve yang kaya dengan pokok, buahan dan tumbuhan yang menjadi sumber makanan burung-burung yang ada disini. Sebab itulah Tabin Wildlife Reserve disenaraikan sebagai Kawasan Penting Burung (Important Bird Area - IBA:MY027).
Selalunya orang ke Morning Walk sebab nak bermain dengan lumpur di Lipad Mud Volcano dan terus ke Air Terjun Lipad. Perjalanan dari jalan utama berjalan kaki/ jungle trekking, ke Lipad Mud Volcano melalui Elephant Trail memakan masa selama lebih kurang 20 minit (2.2km).
Mula je jungle trekking kami ikut di Elephant Trail. Rezeki kami jumpa dengan tapak kaki gajah yang kebetulan berjalan kat situ pada malam 2 hari sebelum tu. Besar gila tapak kaki dia.
Tahu tak korang yang Gajah Borneo hanya tinggal dalam 1500 ekor sahaja didunia dan kebanyakan mereka ini tinggal di dalam hutan liar di Sabah. Sebab itu penting untuk jaga hutan kita.
Lepas tu siap jumpa dengan najis/ taik cacing di celahan pokok (gambar diatas). Punyalah besar, ingatkan dihasilkan oleh cacing yang besar, tapi rupanya ini najis dari cacing biasa je. Memang jenis cacing tanah macam ni.
Banyak juga informasi tentang flora dan fauna yang saya dapat semasa morning walk ni. Ranjer Mawi pun sangat informatif. Lepas jalan sikit tu, kami jumpa pula dengan pokok tualang (Mengaris Tree) yang merupakan pokok besar Tabin (The Tabin Big Tree).
Zaman dulu, orang pakai pokok tualang yang boleh besar sehingga ketinggian lebih daripada 70 meter ini untuk tujuan menyorok daripada musuh dan untuk berkomukinasi sebab dalam akar pokok yang besar ini ada ruang kosong.
Lipad Mud Volcano
Perjalanan trekking sangat berinformasi. Lepas dalam penat trekking, sampai lah kami di kawasan Lipad Mud Volcano. Kawasan ni kosong je, nampak macam tanah yang kering kontang, tapi ada lumpur dari celah-celah lantai bumi.
Di Tabin ada beberapa kawasan gunung berapi lumpur, tapi bukan gunung berapi yang meletus tu. Proses keluarnya lumpur dari tanah itu terjadi sebab pergerakan bawah tanah dari bumi. Lagipun pergerakan kawasan ini dekat dengan laut, dan lantai laut kan selalu bergerak.
Gunung berapi lumpur yang paling dekat dengan resort, adalah Lipad Mud Volcano. Kat sini bukan sahaja korang dapat tengok tanah bumi mengeluarkan lumpur asli. Kalau malam-malam korang boleh tengok hidupan liar dari menara yang ada disini.
Gunung berapi lumpur yang paling dekat dengan resort, adalah Lipad Mud Volcano. Kat sini bukan sahaja korang dapat tengok tanah bumi mengeluarkan lumpur asli. Kalau malam-malam korang boleh tengok hidupan liar dari menara yang ada disini.
Excited sangat bila jumpa tanah lumpur yang sebenar di Malaysia. Kali pertama saya jumpa pun di Indonesia. Lepas tu kami pun apa lagi, bermain lumpur lah penuh sapu di muka. Lumpur gunung berapi ni bagus sangat untuk orang yang ada masalah kulit dan untuk kulit muka yang licin.
Mud Volcano merupakan sumber punca mata air ber-garam (salt-water springs) yang kaya dengan mineral yang sangat penting untuk hidupan liar. Kawasan ini selalu didatangai oleh haiwan liar dan burung.
Saya dapat tips daripada ranjer yang bawa kami, kalau nak mencuba pakai lumpur tu, ambil yang dari celahan atau kawasan yang nampak macan berbuih, sebab kalau ambil dari kawasan yang berlopak tiada buih tu, takut itu air kencing haiwan. Haha :D
Sebelum balik tu, kami siap dapat sijil "Tracks of Species at the Lipad Mud Volcano" di Tabin Wildlife Reserve, Sabah, Malaysia Borneo. Bestla siap ada cenderahati kenangan nak bawa balik.
Korang yang suka nak merasa pengalaman natural berada didalam kawasan
hidupan liar di Malaysia Borneo mesti suka dengan konsep Tabin Wildlife
Resort. Datang ke sini memang satu pengalaman yang takkan dilupakan.
Harga pakej di Tabin Wildlife Resort:
2D1N Tabin Wildlife Safari: Bermula dariRM 1,880.00/ seorang.
3D2N Tabin Wildlife Safari: Bermula dari RM 2,650.00/ seorang.
Tabin Wildlife Resort
(Tabin Wildlife Holidays Sdn Bhd)
KM 49, Jalan Tungku, Lahad Datu, Sabah, Malaysia.
GPS: 5° 11' 15.35" N 118° 30' 8.47" E
Contact: +6 088 267266
Email: enquiry@tabinwildlife.com.my
KM 49, Jalan Tungku, Lahad Datu, Sabah, Malaysia.
GPS: 5° 11' 15.35" N 118° 30' 8.47" E
Contact: +6 088 267266
Email: enquiry@tabinwildlife.com.my
Website: www.tabinwildlife.com.my
Facebook: www.facebook.com/Tabin-Wildlife-Holidays-Borneo--111441605544390
Facebook: www.facebook.com/Tabin-Wildlife-Holidays-Borneo--111441605544390
Entry ini diterbitkan dari programMedia FAM Trip to Tawau-Lahad Datu & Sandakan, Sabahanjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Sabah Tourism Board dan Sandakan Tourism Association.
Till then,
20 Comments
4 Idea Bisnes Makanan Viral
Tempat pun nampak best..
Bila la nak ada peluang bercuti disana..
atie bookmark this post.. nanti nak refer bila ada plan for sabah :)