Itinerary 3H2M Ke Tempat Menarik di Seremban - NurulZayani.Com

Itinerary 3H2M Ke Tempat Menarik di Seremban

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Bandar Seremban yang merupakan ibu negeri kepada Negeri Sembilan ini berada didalam kawasan Lembah Sungai Linggi di kaki Banjaran Titiwangsa. Dikatakan, Seremban mendapat namanya dari permainan tradisional "Sarimban".

Sarimban merupakan sejenis permainan yang menggunakan melempar batu-batu kecil yang sangat disukai oleh kaum Cina untuk dimainkan pada masa lapang berhampiran dengan stesen keretapi.

Tahu tak korang, dahulu, Seremban dikenali sebagai Sungei Ujong yang telah wujud sejak kurun ke 14. Semasa era pemerintahan Portugis di Melaka, Sungei Ujong tertakluk kepada pemerintahan Sultan Johor dan bebas daripada pemerintahan Sultan Johor pada tahun 1760.

Perjalanan dari mana-mana nak ke Seremban pun mudah sebab Seremban terletak di tengah jajaran Lebuh Raya Utara Selatan dan hanya 45 minit sahaja dari Kuala Lumpur.
 
 
Cendol Sagu Rumbia
Kampung Pulau, 71900 Labu, Negeri Sembilan.
Waktu operasi: Jumaat- Ahad (11AM-9PM)
 
Since kami memang daripada Lenggeng, saja kami ambil detour untuk singgah di Cendol Sagu Rumbia yang terletak di Labu. Ada orang cakap, rugi kalau tak cuba cendol sagu kat sini sebab special cendolnya original tradisi zaman dulu. 

Kalau cendol, mesti korang tahu selalunya dibuat daripada tepung beras ataupun tepung jagung. Tapi berbeza dengan cendol sagu sebab dibuat daripada tepung sagu dan tekstur dia pun lain sebab kenyal-kenyal. Cendol ini juga dihidangkan bersama dengan  ais, air gula melaka dan santan.
 

 
 
 
Cendol Sagu Rumbia yang diusahakan oleh Encik Rohaisham ini sangat unik sebab tepung sagu pun deorang buat sendiri dengan menggunakan pokok sagu rumbia yang ditebang sekitar kampung. Proses nak buat sagu cendol ini pun bukan mudah dan memakan masa.
 
Proses nak dapatkan ini semua dilakukan oleh En. Rohaisham sendiri. Daripada tebang pokok, sagat, rendam sagu dalam air, perah dan ditapis selama 2 jam. Lepas tu, nak kena jemur selama 2 hari pula untuk dapat tepung sagu. Dah siap barulah boleh diuli dan direbus untuk dijadikan cendol.

Harga cendol: RM2.50/semangkuk, dalam cup RM5.00.
 
 
 



Bagi korang yang mencari sesuatu yang luar biasa pada trip korang, boleh singgah ke Bandar Seri Sendayan sebelum ke Seremban untuk teroka aktiviti lasak dan menarik yang ada di sini. Sendayan terletak hanya 10 minit memandu kereta dari Bandar Seremban.
 

X Park Sendayan
Jalan Pusat Dagangan Sendayan 1, Bandar Sri Sendayan, 71950 Siliau, Negeri Sembilan.
Contact: 017-447 3913.

X Park Bandar Sri Sendayan merupakan salah satu X Park yang ada di Malaysia dan merupakan tapak tempat hiburan yang terbesar di Negeri Sembilan dengan keluasan sebesar 34 ekar dan penuh dengan lokasi untuk tarikan menarik, aktiviti lasak, dan ruang acara.

Dengan 18 aktiviti rekreasi yang ada disini, X Park bukan sahaja menawarkan sukan ekstrim dan lasak, malah ada juga fasiliti untuk sukan seperti badminton, memancing, golf, fursal, bubble ball futsal, dodgeball, kiddle car, memanah dan banyak lagi.
 

 
X Park merupakan taman tema pertama yang dikhaskan bukan sahaja untuk sukan lasak, malah juga untuk sukan permotoran di Malaysia.  X Park Sendayan juga menawarkan sukan permotoran seperti ATV, go kart, kiddle car, motocross, off road buggy, pocketbike dan pushbike.
 
Nak lagi lasak, korang jangan lupa untuk cuba flying fox, paintball, rollerblades dan juga wall climbing. Kami pun penat main sampai baju pun  kotor. Jangan lupa bawa baju extra okay guys! Malas ni, tidur lena kepenatan. Haha.


Seremban Street Art/ Lorong Seni Seremban Art Trail
 
Seremban Street Art merupakan sebuah projek mural dinding dan ukiran "S.A.B.A.R" (Street Art Back Alley Re-Enhancement) yang bertujuan untuk mencantikkan lorong belakang rumah kedai di Bandar Seremban serta untuk nengikis pandangan negatif terhadap fungsi lorong belakang.
 
Konsep utama projek ini adalah untuk memulangkan semula jalan-jalan kepada orang awam dimana MBS telah mencantikkan semula jalan dan dinding di lorong belakang sebagai laluan selamat dan selesa untuk orang awam dan pelancong.

Pada malam hari, Benteng Walk, Jalan Dato' Abdul Rahman akan bertukar menjadi sebuah lokasi pasar malam yang menjual pelbagai juadah makanan. Kawasan ini juga menjadi tumpuan ahli busking untuk membuat persembahan.




Terdapat 20 wall art bertemakan sejarah dan 20 Pop Art Mural disekitar Bandar Seremban. Ada 2 point yang koang boleh gunakan sebagai point permulaan iaitu bermula dari Laman Seni (Jalan Dato' Sheikh Ahmad) ataupun dari Benteng Walk (Bazaar MAINS).




Mural art dibawah ini dikenali sebagai Baboo Corner. Merupakan sebuah mural yang dilukis khas untuk seorang peniaga yang telah menjalankan perniagaan generasi turun-temurun sampai sekarang. Kedai ini menjual pelbagai hidangan popular tempatan seperti teh tarik dan nasi lemak.

Keda ini selalu menjadi tumpuan masyarakat tempatan mendapatkan sarapan. Uniknya, pemilik dan pelanggan di kedai ni suka berkongsi makanan dengan burung merpati liar di sekitar kawasan ni. Sebab itu la murah tu ada gambar burung merpati juga.





Pasar Warisan (Seremban Heritage Market)
Jalan Utam Singh, 7000 Seremban, Negeri Sembilan.
Waktu operasi: Setiap Ahad (7AM-2PM)

Pasar Warisan yang dibuka pada 19 Disember 2004 ini pada asalnya dibuka di di Jalan Lee Sam, Seremban dan kemudiannya dipindahkan ke Jalan Utam Singh, Seremban pada 28 Mei 2006. Pasar Warisan turut dikenali dengan nama Pasar Karat dalam kalangan orang tempatan.

Pasar Karat menawarkan pelbagai barangan antik dan juga kraftangan tempatan. Antara keunikan pasar ini, ada juga peminat barangan antik yang datang dan mempamerkan hasil koleksi barang antik mereka disini.


 
 
Galeri Diraja Tuanku Ja'afar
Jalan Taman Bunga, Taman Tasek Seremban, 70100 Seremban, Negeri Sembilan.
Waktu Operasi: Setiap hari  (10AM-5PM), kecuali Isnin- tutup.
 
Galeri Diraja Tuanku Ja'afar merupakan sebuah muzium yang dibangunkan untuk menghidupkan kenangan DYMM Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman. Baginda merupakan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10.

Baginda telah memerintah Negeri Sembilan selama 42 tahun dan pada tahun 1994, baginda telah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-10. Baginda mangkat pada 27 Disember 2008 pada usia 86 tahun.

Harga tiket: Dewasa (RM10.00), Kanak-kakak/warga emas (RM5.00).




Korang juga boleh tahu mengenai banyak lagi fakta dan sejarah Negeri Sembilan disini. Menarik tau bila dapat belajar tentang sistem perwarisan takhta Negeri Sembilan yang berbeza dengan negeri- negeri Melayu yang lain.
 
Galeri Diraja Tuanku Ja'afar ada 3 tingkat dengan 8 ruang pameran:
 
☀️ Ruang pameran 1: Sejarah Negeri Sembilan dan Raja-Raja Negeri Sembilan.
☀️ Ruang pameran 2: Mengenal Almarhum Tuanku Ja'afar ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman
☀️ Ruang pameran 3: Zaman membesar
☀️ Ruang pameran 4: Kerjaya awal
☀️ Ruang pameran 5: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10
☀️ Ruang pameran 6: Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-10
☀️ Ruang pameran 7: Tunku Ampuan Tuanku Najihah binti Tunku Besar Tunku Burhanudin
☀️ Ruang pameran 8: Keluarga Diraja Negeri Sembilan





Benteng Walk Seremban
Jalan Dato' Abdul Rahman, 7000 Seremban, Negeri Sembilan.
Waktu operasi: Bermula 5PM- larut malam, Selasa- tutup.

Pada Jun 1983, Majlis Perbandaran Seremban (MPS) telah membuka pasar malam atau 'street market' yang pertama di Negeri Sembilan yang terletak di tengah-tengah Bandar Seremban iaitu di Jalan Tuanku Hassan. 
 
Pada tahun 2006, pasar malam ini telah diberikan nama sebagai 'Benteng Walk' dan dipindahkan ke Jalan Dato' Abdul Rahman, Seremban pada tahun 2018. Setakat ini, ada 27 buah gerai peniaga yang menjual pelbagai jenis makanan di Benteng Walk.

Menariknya disini, peniaga tidak perlu risau tentang air dan elektrik sebab MPS yang sediakan semua tu. Tinggal nak bawa dan hidangkan makanan untuk dijual sahaja. Kadang-kadang ada juga event best yang dianjurkan disini.





Langit Rimba Resort
Lot 27/3159 Village Kolam Air, Mukim Pantai, Jalan Jelebu, 71770 Seremban, Negeri Sembilan.
Contact: 019-911 3057
 
Team kami memang suka cari resort yang menarik nak bermalam. Alang-alang Langit Rimba merupakan resort yang baru, dan dalam 30 minit perjalanan ke Seremban, dan bonus point, resort ni berada di atas gunung maka kami pun datang sini.
 
Nak naik atas sini memakan masa juga sebab jalan kecil. Tak kisah kereta apa, inshaAllah semua lepas, unless kalau kereta korang rendah sangat memang tak lepas.



 
Bilik yang kami bermalam merupakan Sarang Helang - Villa 2 bilik (2 tingkat). Two-Bedroom Villa sesuai untuk 5 orang dewasa ini baru sahaja dibuka untuk orang ramai untuk bermalam disini. Korang juga boleh pilih untuk bermalam di Hornbill Terrace (6pax), Kesidang (4pax) atau di Sunrise (4pax).
 
Villa kami ada 2 tingkat. Di tingkat atas, merupakan bilik yang ada 1 single bed dan 1 extra-large double bed manakala untuk bilik ditingkat yang bawah ada 1 extra-large double bed. Kalau ikutkan katil dibilik ni memang besar sangat. Boleh muat lebih daripada 5 dewasa didalam villa ni.   
 
Konsep bilik kat sini memang jenis yang terbuka dan open. Ada bilik tu memang tak ada dinding langsung, atau ada yang tak ada tingkap sebab open tapi itu la pengalaman yang unik. Kalau takut nyamuk jangan risau, sebab kat sini disediakan kelambu.
 

    

 
 
Kemudahan asas semua ada kat sini. Tandas bersih, bilik besar gila, kalau bawa toto boleh muat lagi orang.  Pihak Langit Rimba siap sediakan pantry private untuk penghuni yang nak pakai. Boleh la pakai untuk nak makan ke, masak ke, buat air ke.
 
Kat sini memang takde aircond, ada kipas sahaja. Malam-malam pun sejuk dan damai saja dengan view permandangan menghadap gunung hutan dan bandar kat bawah tu. Best la kalau datang untuk chill-chill kat sini. Malam-malam pun tenang je dengar bunyi binatang malam kat sini.
 
 
 

 
Bestnya kat sini, korang boleh layan permandangan Gunung Berembun dan Gunung Telapak Buruk. Kalau korang rajin, boleh la hiking pagi untuk mendaki gunung tu. Laluan dia best sebab ada bangkai pesawat pengebom RAF B24 Liberator yang terhempas semasa Perang Dunia Kedua.

In case korang rasa nama Gunung Berembun macam pernah dengar, kat sinilah berlakunya tragedi misteri kehilangan Nora Anne Quoirin pada Ogos 2019 yang lepas. 
 
Kat sekeliling Langit Rimba memang banyak spot kawasan yang lawa kalau nak ambil gambar buat stock menunjuk kat member dalam Instagram. Haha. View masa siang jangan cakap la, memang lawa sangat sebab permandangan hijau je.


 


Kalau korang ada masa, boleh juga mandi swimming pool. Sini best sebab tak ramai orang, lebih private. Privacy adalah antara salah satu sebab kenapa saya suka di Langit Rimba. Barulah seronok nak bercuti tanpa ramai orang. Selamat juga musim Covid-19 ni.
 
Ikut pakej dan harga bilik apa yang korang tempah, kalau macam kami, memang sekali ada dengan sarapan. Sedap sarapan yang disediakan oleh Cik Rozsa, PR Langit Rimba.

Jemputlah pergi book Langit Rimba. Call pun boleh, book dari laman web hotel booking pun boleh sebab ada diskaun sekarang. Dalam RM450+ dah boleh dapat satu villa tanpa sarapan. Kalau korang nak pengalaman yang lagi best, book la sekali dengan sarapan supaya lebih mudah.




Travelogue ini ditaja oleh Dr Beau Malaysia dan dengan kerjasama Borak TV Production (#TravelogueMalaysia) dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan.


Dr Beau Malaysia
Facebook: www.facebook.com/drbeaumalaysia
Instagram: www.instagram.com/drbeau_official

______________________________________________

Jemput baca juga:
⚡ Jelebu: nurulzayani.com/itinerary-2h1m-ke-jelebu
⚡ Rabbit Fun Land, Lenggeng: nurulzayani.com/mini-zoo-rabbit-fun-land-lenggeng
⚡Port Dickson: nurulzayani.com/itinerary-2h1m-rare-unik-di-port-dickson


With love,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^

Followers