Assalamualaikum dan selamat sejahtera korang!
Baru-baru ini saya pernah kongsikan dengan korang tentang Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Ubah Hidup (26-28 Mac 2021), dan tak sangka ramai usahawan dan bakal usahawan yang sertai program yang dianjurkan oleh RichWorks ini.
Kali ini, RichWorks melancarkan program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021 yangakan berlangsung pada 23 - 25 April 2021 secara online secara percuma kepada mereka yang mendaftar.
Musim pandemik ni, semua orang boleh mula berniaga dan menjana pendapatan bagi tingkatkan ekonomi diri, tak kisahlah sama ada dengan sepenuh masa atau sampingan, terutamanya mereka yang terjejas pendapatan oleh sebab pandemik.
Timbalan Naib Presiden Kanan RichWorks International Sdn. Bhd.
(RichWorks), Radz Mohd berkata, yang sebenarnya banyak peluang yang ada untuk
jana pendapatan dalam era digitalisasi zaman sekarang sebab ramai orang
meluangkan banyak masa secara online seperti media sosial.
Bagaimanapun
katanya, sebahagian usahawan juga tidak tahu cara untuk mula berniaga
dengan betul menyebabkan tak mendapat hasil seperti diharapkan. Beliau ditemui pemberita selepas pelancaran Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga.
“Ada
segelintir daripada mereka ini hanya mula bisnes sebab terikut kawan
ataupun nak keuntungan cepat yang akhirnya buatkan ia tidak bertahan
lama. Sebab itu, ada yang tukar-tukar bisnes macam tukar baju." Katanya.
“Tapi semua ini dapat diubah jika kita mula berniaga dengan asas dan
prinsip yang betul bagi seseorang usahawan itu dapat menghasilkan jualan
dari ratusan, ribuan, hingga ratusan ribu ringgit, insyaAllah”, tambah Radz Mohd lagi.
RichWorks juga membawakan secara langsung pelancaran ini menerusi Facebook Page, YouTube dan Instagram Azizan Osman dengan pelbagai aktiviti dan perkongsian usahawan selama 8 jam secara terus-menerus.
Pelancaran
ini juga bersempena dengan Inner Circle Meeting (ICM) dihadiri lebih
300 ahli Titanium berada di bawah program permentoran RichWorks bersama
Mentor Keusahawanan dan Pakar Pemasaran No 1 Asia, Datuk Wira Dr Azizan
Osman yang diadakan dengan kebenaran pihak Majlis Keselamatan Negara
(MKN) dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
RichWorks sebagai syarikat penganjur acara dan seminar terbesar dalam keusahawanan dan pemasaran di negara yang diasaskan Azizan sejak 2008 telah melatih dan membimbing lebih 1.1 juta orang dalam pelbagai industri di dalam dan luar negara yang mana pada tahun lalu saja, 777 usahawan PKS yang dibimbing dalam program mentoring Spire dan Titanium berjaya menjana jualan melebihi RM2 bilion.
RichWorks berhasrat untuk melatih dan membimbing lebih ramai orang untuk bina bisnes yang berjaya di mana pun tahap mereka berada, baru bermula, berkembang dan nak meluaskan lagi bisnes berdasarkan pengalaman dan ilmu yang terbukti berhasil melahirkan ramai usahawan berjaya sejak ditubuhkan hampir 13 tahun lalu.
“Semua orang sebenarnya boleh berjaya dalam bisnes jika adanya formula MESTI. MESTI ini bermaksud mentor, ‘elmu’, sistem, tindakan dan impian. MESTI ini jika diikuti sepenuhnya boleh elakkan usahawan itu daripada melakukan kesilapan-kesilapan yang boleh melambatkan kejayaan malah lebih teruk menyebabkan bisnes mereka melingkup,” jelasnya.
Program Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga yang akan berlangsung pada 23 hingga 25 April nanti ditaja sepenuhnya RichWorks tanpa sebarang pembayaran perlu dibuat oleh para peserta.
“Mari kita beri peluang kepada diri sendiri, sertai dan dapatkan sebanyak ilmu terbukti berjaya yang dikongsikan nanti bagi bantu anda mula dalam bisnes. Mulakan langkah anda sekarang,” ujarnya lagi.
TENTANG RICHWORKS INTERNATIONAL
Richworks International Sdn Bhd adalah penganjur acara dan seminar terbesar di Malaysia dalam bidang pembangunan keusahawanan dan pemasaran.
Sepanjang 13 tahun yang lalu sejak 2008, RichWorks telah melatih lebih dari 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih daripada 1,100,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).
Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.
Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.
TENTANG DATUK WIRA DR AZIZAN OSMAN
Accredited Business, Marketing & Leadership Coach, Mentor & Strategist, Serial Entrepreneur & Best-Selling Author Azizan, seorang World Class Business Educator dan Asia's No.1 Business, Marketing & Leadership Coach terkenal dengan keupayaan uniknya untuk membimbing anak muridnya sehingga mendapat peningkatan luar biasa dalam perniagaan dan beribu-ribu pemilik perniagaan dan usahawan telah berjaya menerusi strategi dan metodologi kejayaannya yang telah terbukti untuk meningkatkan pertumbuhan perniagaan mereka dari sifar hingga mencecah jualan berjuta-juta ringgit.
Cara Daftar Virtual Online Bina Bisnes Berjaya - Edisi Khas Nak Mula Berniaga 2021
Daftar di: www.BinaBisnesBerjaya.com
Daftar di: www.BinaBisnesBerjaya.com
Richworks International Sdn Bhd
No. 77, Jalan Badminton 13/29, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor, Malaysia.
Website: www.richworks.com
Contact: +601632346866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly)
+6012 696 2065 (Media Penghubung - Karini)
Emel: karini@richworks.com.my /omkarini.rich@gmail.com /azrin.richworks@gmail.com
Contact: +601632346866 (Media Penghubung - Md Azrin Rosly)
+6012 696 2065 (Media Penghubung - Karini)
Emel: karini@richworks.com.my /omkarini.rich@gmail.com /azrin.richworks@gmail.com
Salam berjaya,
1 Comments