Cara Kesan & Halang Akaun Peribadi Digodam / Hack

Assalamualaikum Guys,

    Seperti mana yang kita tahu tentang konflik di antara negara Palestin dan Israel berpanjangan yang berdekad lamanya. Dengar pula Israel sedang bersiap sedia untuk lancarkan serangan untuk menggodam/ hack akaun Facebook/ Instagram/ Twitter pengguna Malaysia.

    Penggodam (hacker) atau penjenayah cyber (cybercriminals) / malwares sentiasa berubah dan semakin canggih dari semasa ke semasa. Pengguna akaun yang tidak berhati-hati atau tech-savy pasti akan terjebak  ke dalam serangan cyber. Ini termasuk phishing, malware, ransomware dan pelbagai jenis cyber attack lagi.

Jom kita tengok cara-cara kesan dan menghalang akaun peribadi anda daripada digodam atau dengan kata lainnya "hack".
 

Kesan Rekod Godam Akaun Peribadi Anda

 
    Dalam dunia serba digital sekarang, kebocoran data (data breached) sentiasa berlaku di mana-mana. Insiden kebocoran data berpunca daripada penjenayah cyber (cybercriminals) yang dapat akses tanpa kebenaran atau pengetahuan daripada system owner, rangkaian (network), data sensitif, maklumat peribadi seperti passpot, IC, alamat emel, akaun perbankan, kata laluan (password) atau pengguna di dalam sesuatu aplikasi / websites yang telah digodam dan mempunyai kelemahan (vulnerablites).

Terdapat beberapa laman sesawang yang menyenarai rekod sejarah emel yang telah bocor (leaked). Hanya masukkan akaun emel anda dan klik pada pautan carian.
 
⇊ Macam mana nak tahu akaun telah di-hack/ digodam? dan tanda-tanda akaun kena hack ⇊ 
 
Ikuti langkah mudah untuk macam mana nak halang Google hack (gmail hack), Facebook hack (hack fb), Instagram hack, Twitter hack  dibawah dan jangan bagi orang godam akaun facebook.

💻 Have I Been Pwned?



💻 Avast Hackcheck



💻 DeHashed


 
 

Langkah 1 Untuk pengguna akaun Google atau Gmail anda boleh pergi ke pautan ini.
Langkah 2 Klik "Take Action".



Langkah 3: Klick "Go to Password Checkup"
 

Langkah 4: Klick pada "Check passwords" dan Login ke akaun Gmail anda.


Langkah 5: Selepas login ia akan memaparkan ringkasan tentang akaun Gmail anda. Disini saya lampirkan contoh akaun Gmail yang  sudah terkesan. Klik pada drop down menu untuk melihat maklumat lanjut.
 


Oh Tidak! 
Akaun saya Tersenarai di dalam Salah Satu Pawned Website! 
Apa Perlu saya Buat?

 
Sekiranya akaun emel anda tersenarai dalam salah satu pawned website seperti di atas, jangan risau dan buat langkah-langkah berikut dengan segera.

Langkah 1: Tukar kata laluan (password) anda dengan segera. Terpulang pada emel domain anda, setiap emel domain mempunyai cara berbeza untuk tukar kata laluan. Hanya cari pautan untuk "Forgot password?" dan ikut langkah seterusnya.

Langkah 2: Aktifkan Two-factor authentication (2FA) serta merta. Kata laluan (password) sudah sangat tradisional untuk era kini. Perlu tambah lebih banyak lapisan sekuriti (layer of security)  untuk lebih selamat. Berikut merupakan contoh untuk aktifkan 2FA ini.

2FA pada Akaun Google / Gmail

i) Login ke Gmail anda dan pergi ke pautan ini.
ii) Klik pada "Security" pada tab kiri browser anda.


iii) Seterusnya pergi ke tab "Signing in to Google" dan jika "2-Step Verification" masih "off", klik pada simbol ">" seperti gambar di bawah untuk mengaktifkan.


iv) Login dan ikuti langkah ini seterusnya.
v)  Anda boleh memuat turun aplikasi "Google Authenticator" pada perisian anda seperti pautan di bawah:

Cara Setup 2FA pada Akaun Instagram

i) Pergi ke Profile anda dan tekan pada simbol seperti gambar di bawah. Seterusnya "Settings".



ii) "Security".

iii) "Two-factor authentication".


iv) Langkah 4: Pastikan "Authentication app" tu enabled.



Untuk lebih Selamat, Guna USB Security Key

USB security key juga boleh memperkuatkan lagi sekuriti akaun anda. Ini kerana ia memerlukan kontak fizikal untuk login ke dalam akaun anda. Tak semua syarikat support benda ni. Tapi saya boleh tunjuk untuk Gmail.

Semua akaun social media (Instagram, Facebook dan sebagainya) memerlukan alamat emel untuk pendaftaran. Amat penting untuk tingkatkan level sekuriti emel anda at the first place.

Saya sendiri memakai kedua-dua jenis USB security key seperti di bawah.
  • Google Titan Security Key (RM 103.20 / $25)

  • YubiKey (RM 247.70 / $60)


Contoh Setup Google Titan Key pada Gmail

Langkah 1: Pergi ke pautan page yang sama. Tetapi kali ini pergi ke bahagian "Security Key" dan klik pada "Add Security Key". Seterusnya klik pada USB or Bluetooth.




Langkah 2: Pastikan USB security key telah dicucuk ke port USB PC anda. Seterusnya Klik "NEXT".


Langkah 3: Browser sedang mengesan USB security key anda. Klik "OK".

Langkah 4: Pergi ke USB security key anda dan tekan key tersebut secara fizikal. Seterusnya, browser anda akan detect secara automatik.


Langkah 5: Security key anda berjaya  didaftar dan anda akan nampak key berjaya dicipta di bahagian luar page.




Apa nak buat kalau akaun dah kena hacked? Akaun Instagram digodam ? ↦ 

Ada cara dan usaha untuk mendapatkan kembali akaun Instagram anda, jom rujuk di sini.

Kesimpulan

Sudah tahun 2021. Tidak mengaktifkan 2FA authentication dan hanya mengguna kan password sangatlah tradisional dan memudahkan para penggodam untuk mendapat akses ke akaun social media anda. Tambahan lagi data breached daripada syarikat-syarikat terkenal.


Contoh terkena serangan siber di media social ialah seperti phishing / malware / maklumat login anda tersebar / password yang lemah dan pelbagai jenis serangan siber yang lain lagi. Bayangkan password yang lemah boleh ditebus dalam masa yang sangat singkat dengan teknologi yang ada sekarang.


Protect / pertahankan diri anda ke beberapa layer of security seperti yang dibincangkan di dalam artikel ini sebelum terlambat.

Some security risk events are more likely to happen than others, and the cost of a breach can vary greatly.

Post a Comment

25 Comments

Ezna Khalili said…
Scary kalau tengok tajuk. Kena berhati-hati. Sis kalau link diberi di email memang seram nak click. Apatah lagi kalau email dia tu nampak suspicious. Hati2 sebelum terkena. Sis nak kena study balik post ni.
Unknown said…
Thank you for sharing. Very useful information. I'm always worried of getting hacked too.
Bae Roslan said…
artikel yang sangat bermanfaat terus check ig dan account lain dah buat 2FA ke belum. thanks yani
Rawlins GLAM said…
Yes. Zaman sekarang memang kena extra precautious, especially untuk semua emails dan social media accounts kan. Thanks so much for the information sharing ini.
Betul tu. Pastikan link tu betul2 sebelum klik.. Stay safe!
No problem you're welcome. Please share to your loved ones for precautions.
Sama-sama.. Bertindak sebelum terkena kan..
Betul2.. Hacker2 dah makin advanced sekarang.. Senang orang tertipu.
Yanie said…
Detail sgt explanation ni, terima kasih atas panduan sis. Pasni mmg kena cek la nampaknya...
Zharif Azis said…
takutnya ya bila akaun kita digodam.minta dijauhkanlah daripada terjadi. tahnk you Zayani for sharing this information with us.
Takut betul kan sekarang, sebab semua data peribadi kita ada di online, termasuklah akaun bank dan sebagainya. Terima kasih atas perkongsian.
Sis Lin said…
Aduhhh.. bab hack ni memang takut.. kadang dah protect segala macam, kalau jenis kaki hacker, eehhh tembus gak dia kannn...
Berdebar sis baca tajuk artikel ni. Perkongsian yang bermanfaat. Memang kena double protect akaun peribadi. Hacker pun dah semakin advance.
Kitkat Nelfei said…
Thanks for sharing this, hurm,, i pun ada dapat notification from Google, banyak kot password yang nak tukar! menarik yang Titan Security Key ni...
SalinaJohari said…
Perkongsian yang menarik dan membuatkan Sal lebih berhati-hati . Zaman sekarang ni atas talian lagi menyeramkan . Jenuh nak recover bila kena hack ! Mohon dijauhkan sangat-sangat .
Marina Bashah said…
Thank you share info ni. Alamak risau la plak. Nak kne check ni
ummizarra said…
Waaaa terima kasih atas perkongsian ni. Teruja baca sebab lepas ni boleh apply untuk diri sendiri supaya lebih berhati2. Takut kalau kena hack
Bagus informasi yg dikongsikan. Sekarang dah dapat idea sikit terutama kalau nak hindar dr kena hacked
We need to beware of hackers because we expose to Internet everyday now. Thanks for your nice tips ya
Sunshine Kelly said…
Thanks for sharing this information and reminder for me to safeguard my accounts.
Faeez Azmi said…
Boleh je nak tanya personally klu nak tau lebih lanjut.. hehe.. Sila2 check..
Faeez Azmi said…
Betul2.. Sebagai influencer / instagramer lebih terancam.. Sama2 semoga bermanfaat..
Faeez Azmi said…
Tahu xpe.. Zaman sekarang semua digitalize.. Kene lebih berhati2.. Sama2 semoga bermanfaat..
Faeez Azmi said…
Sama2 semoga bermanfaat.. Sila check cepat :D

FOLLOWERS