Hello korang!
Pernah tak terfikir, kan best kalau sebelum korang beli barang tu korang dapat pegang, rasa dan cuba sendiri barang sebelum beli? Tau korang nak survey dan compare dulu barang model yang mana yang sesuai untuk korang dalam satu-satu brand tu?
Ha, ni kira good news untuk korang sebab pada 16 Jun 2022 yang lepas, telah berlangsungnya majlis pembukaan Senheng X Samsung Premium Experience Store yang merupakan Kedai Premium Pengalaman yang Pertama di Asia Tenggara - (First-Ever Premium Experience Store in Southeast Asia).
Terletak Shoppes, Four Seasons Place, Lot G-01, Ground Floor, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Senheng X Samsung Premium Experience Store yang berkeluasan 5,399 sqft mengandungi pelbagai barangan jenama Samsung.
Antara barang yang dipamerkan untuk jualan termasuklah peranti mudah alih, peralatan elektronik dan rumah yang terkini termasuk barangan flagship seperti siri Galaxy S, siri Galaxy Z, Galaxy Hearables & Wearables, TV Pintar Neo QLED, peralatan BESPOKE dan banyak lagi.
Gambar 2 |
Gambar 3 |
*Gambar 2 dan 3:
Dari kiri: Wong Che Hoe, Senior Vice President; Lim Kim Yew, Non-Independent Non-Executive Director; Lim Kim Chieng, President; Lim Kim Heng, Executive Chairman & Group Chairman of Senheng’s subsidiary companies, Senheng Electric (KL) Sdn. Bhd.; Jo Sang-Ho, President and CEO, Samsung Electronics Southeast Asia & Oceania; Jimmy Tan, Head of Consumer Electronics; KM Liew, Head of Mobile eXperience (MX); Elaine Soh, Chief Marketing Officer, Samsung Malaysia Electronics.
Pengalaman ke Senheng X Samsung Premium Experience Store
di Shoppes, Four Seasons Place
Menariknya disini, korang bukan sahaja dapat tengok dah pegang sendiri barang yang korang nak beli tu, tapi juga dapat tengok dan cuba sendiri fungsi dan ciri istimewa yang ada pada peralatan yang korang nak beli sebelum beli.
Lagi best, bukan sahaja ada alat elektronik seperti peranti mobile dan tablet, tapi juga ada alat perkakas rumah elektrik. Kira macam senang lah, boleh terus survey dan tengok samada barang tu sesuai tak untuk kita.
Pertama kali saya masuk ke kedai yang ada semua barangan elektronik, mudah untuk kita nak tengok model dan size yang mana menjadi pilihan, terutamanya barangan rumah. Kebanyakan barangan jenama Samsung memang ada disini.
Tengok sendiri alatan elektronik yang ada kat sini, mudah sebab Samsung pun ada banyak model. Benda bukan murah, dahla nak pakai lama. Itu konsep yang saya suka di Senheng X Samsung Premium Experience Store.
Dah nampak depan mata, baru boleh cuba fungsi yang ada pada barang yang kita nak beli tu. Kalau puas hati, boleh terus beli. Saya jenis yang kadang-kadang beli online tak puas hati, sebab tak boleh nak bajet size especially benda besar nak letak kat rumah.
Sempena dengan pembukaan cawangan ini, ada exciting deals untuk korang yang beli barang mereka daripada 17 Jun hingga 21 Jun 2022 dari kedai ataupun di aplikasi mudah alih Senheng.
Antara promosi menarik yang korang boleh grab adalah:
⭐ Rebat RM1,000 untuk setiap pembelian Galaxy Z Flip3 5G,
⭐ Hadiah percuma bernilai RM2,599 dengan pembelian QLED 4K TV,
⭐ Hadiah percuma bernilai RM3,699 dengan pembelian poeti sejuk BESPOKE,
⭐ Dan banyak lagi promosi menarik.
*Promosi adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. Tertakluk kepada terma dan syarat*
Selain itu, ada juga aktiviti menarik di Senheng X Samsung Premium Experience Store:
Date & Time | Product Highlight | Guest Hosts |
---|---|---|
17 June 2022, 8pm | QLED 4K TV, Smart Monitors | Shafiq Chulan & Shu Faye |
18 June 2022, 4pm | WindFree Air Conditioners, BESPOKE Refrigerators | Dini Schatzmann & Caely See |
19 June 2022, 4pm | Galaxy S Series & Galaxy Z Series | Brandon Ho & Sachie Amira |
20 June 2022, 8pm | Smart Home Appliances | Caely See & Jack Lim |
21 June 2022, 8pm | Washer & Dryer, BESPOKE AirDresser & BESPOKE Jet | Shalma Ainaa & Wan Imar Izzat |
Senheng x Samsung Premium Experience Store
Shoppes at Four Seasons Place,
Lot G-01, Ground Floor, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur.
10 Comments