Pengalaman ke Senheng X Samsung Premium Experience Store

Hello korang!

Pernah tak terfikir, kan best kalau sebelum korang beli barang tu korang dapat pegang, rasa dan cuba sendiri barang sebelum beli? Tau korang nak survey dan compare dulu barang model yang mana yang sesuai untuk korang dalam satu-satu brand tu?

Ha, ni kira good news untuk korang sebab pada 16 Jun 2022 yang lepas, telah berlangsungnya majlis pembukaan Senheng X Samsung Premium Experience Store yang merupakan Kedai Premium Pengalaman yang Pertama di Asia Tenggara - (First-Ever Premium Experience Store in Southeast Asia).


Terletak Shoppes, Four Seasons Place, Lot G-01, Ground Floor, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, Senheng X Samsung Premium Experience Store yang berkeluasan 5,399 sqft mengandungi pelbagai barangan jenama Samsung.

Antara barang yang dipamerkan untuk jualan termasuklah peranti mudah alih, peralatan elektronik dan rumah yang terkini termasuk barangan flagship seperti siri Galaxy S, siri Galaxy Z, Galaxy Hearables & Wearables, TV Pintar Neo QLED, peralatan BESPOKE dan banyak lagi.

Gambar 2

Gambar 3

*Gambar 2 dan 3:
Dari kiri: Wong Che Hoe, Senior Vice President; Lim Kim Yew, Non-Independent Non-Executive Director; Lim Kim Chieng, President; Lim Kim Heng, Executive Chairman & Group Chairman of Senheng’s subsidiary companies, Senheng Electric (KL) Sdn. Bhd.; Jo Sang-Ho, President and CEO, Samsung Electronics Southeast Asia & Oceania; Jimmy Tan, Head of Consumer Electronics; KM Liew, Head of Mobile eXperience (MX); Elaine Soh, Chief Marketing Officer, Samsung Malaysia Electronics.


Pengalaman ke Senheng X Samsung Premium Experience Store 
di Shoppes, Four Seasons Place

Menariknya disini, korang bukan sahaja dapat tengok dah pegang sendiri barang yang korang nak beli tu, tapi juga dapat tengok dan cuba sendiri fungsi dan ciri istimewa yang ada pada peralatan yang korang nak beli sebelum beli.

Lagi best, bukan sahaja ada alat elektronik seperti peranti mobile dan tablet, tapi juga ada alat perkakas rumah elektrik. Kira macam senang lah, boleh terus survey dan tengok samada barang tu sesuai tak untuk kita. 

Pertama kali saya masuk ke kedai yang ada semua barangan elektronik, mudah untuk kita nak tengok model dan size yang mana menjadi pilihan, terutamanya barangan rumah. Kebanyakan barangan jenama Samsung memang ada disini.



Tengok sendiri alatan elektronik yang ada kat sini, mudah sebab Samsung pun ada banyak model. Benda bukan murah, dahla nak pakai lama. Itu konsep yang saya suka di Senheng X Samsung Premium Experience Store.

Dah nampak depan mata, baru boleh cuba fungsi yang ada pada barang yang kita nak beli tu. Kalau puas hati, boleh terus beli. Saya jenis yang kadang-kadang beli online tak puas hati, sebab tak boleh nak bajet size especially benda besar nak letak kat rumah.



Sempena dengan pembukaan cawangan ini, ada exciting deals untuk korang yang beli barang mereka daripada 17 Jun hingga 21 Jun 2022 dari kedai ataupun di aplikasi mudah alih Senheng.

Antara promosi menarik yang korang boleh grab adalah:

⭐ Rebat RM1,000 untuk setiap pembelian Galaxy Z Flip3 5G,
⭐ Hadiah percuma bernilai RM2,599 dengan pembelian QLED 4K TV,
⭐ Hadiah percuma bernilai RM3,699 dengan pembelian poeti sejuk BESPOKE,
⭐ Dan banyak lagi promosi menarik.

*Promosi adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat. Tertakluk kepada terma dan syarat*
 
Selain itu, ada juga aktiviti menarik di Senheng X Samsung Premium Experience Store:

Date & Time Product Highlight Guest Hosts
17 June 2022, 8pm QLED 4K TV, Smart Monitors Shafiq Chulan & Shu Faye
18 June 2022, 4pm WindFree Air Conditioners, BESPOKE Refrigerators Dini Schatzmann & Caely See
19 June 2022, 4pm Galaxy S Series & Galaxy Z Series Brandon Ho & Sachie Amira
20 June 2022, 8pm Smart Home Appliances Caely See & Jack Lim
21 June 2022, 8pm Washer & Dryer, BESPOKE AirDresser & BESPOKE Jet Shalma Ainaa & Wan Imar Izzat


Senheng x Samsung Premium Experience Store
Shoppes at Four Seasons Place, 
Lot G-01, Ground Floor, Jalan Ampang, 
50450 Kuala Lumpur.


Till then, Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

10 Comments

Farhana Jafri said…
Menarik ya konsep ni. Boleh test dulu sebelum beli baru nampak ngam ke tak dengan kita. Boleh try usha nanti
Ruby said…
Walaupun dah habis sesi Live tu, akak still suka ke Samsung cawangan ni sebab ada semua produk Samsung dekat KL. Senang nak cari hadiah or barang rumah baru. Hehehe.
HUDAHALID said…
wah best!! nanti boleh singgah sini shopping. suka beli brg di seng heng, sebab jadi member...
Tiara Sapphire said…
bila test sendiri barang tu baru best nak membeli. ini dah beli kadang tak reti pula nak..hehe
Marina Bashah said…
Kalau barang elektrik dan elektronik lebih prefer pegi kedai kecuali takde pilihan
iena eliena said…
Konsep yang menarik. Mesra pelanggan macam ni . Boleh cuba dulu tu memang bagus sangat. Nanti nak beli hadiah member kawen boleh pergi sini
Sunshine Kelly said…
Thanks for sharing this new store, going to check out some of their products when i m there.
Aerill Hassan said…
Cantik pulak dalam tempat ni. Konsep yang sangat menarik. Bolehlah nnti saya datang ke sana :)
仙妮 said…
Ohh wow... that's a nice store to shopping for gadgets, nanti wanna drop by. Cheers Siennylovesdrawing
Airis said…
Bestnya konsep mcm nih kan, senang nak tengok depan2 barang yang kita nak beli tu. Lagi-lagi barang elektronik premium dari Samsung.

FOLLOWERS