Makan Western & Grill Murah di PBS Studio Cafe

Salam sejahtera korang!

Jarang sangat saya nak share dengan korang sekali lagi tentang port makanan western yang sedap di area Bangi-Dengkil-Sepang sebab susah nak jumpa kedai yang Halal dan murah.

Paling saya suka dan berpuas hati makan di PBS Studio Cafe. Kalau korang peminat makanan barat dan suka makan western, please cuba makan di sini. Sure korang akan berpuas hati dengan menu yang dihidangkan. Tak ada lagi menu yang tak sedap yang saya makan kat sini.

Saya pernah review dan tulis pasal PBS Studio Cafe ni dulu:
PBS Studio Cafe | Lokasi Halal Makanan Western & Grill Sedap di Kajang-Bangi.



Restoran berkonsep kafe makanan barat /western yang Halal ini telah berpindah ke lokasi baru di Southville Savanna, Dengkil. Dekat sangat dengan area Bangi, Dengkil dan Sepang. Cafe ini dimiliki oleh pasangan suami-isteri Muslim.

Kedai kalini lebih besar dan selesa untuk pelanggan. Layout pun nampak lebih teratur berbanding dengan lokasi sebelum ini.

Lagi best, chef dia sendiri owner cafe ni dan merupakan seorang chef yang berpengalaman. Menu yang dijual pun di reka dan dibuat (R&D) sendiri oleh mereka supaya kena dengan tekak orang local macam kita orang Malaysia.



Ini merupakan kali ke-4 saya datang makan disini, dan kalini rezeki Mak sebab kami belanja dia makan di kedai western Halal dan sedap di PBS Studio Cafe. Terletak di Southville City, lokasi ni takde la jauh sangat dengan rumah kami. Dalam 30minit dah sampai.

Salah satu sebab kenapa kami repeat lagi makan di PBS Studio Cafe selain daripada makanan yang dihidangkan sedap, murah dan Halal adalah sebab staff dia sangat ramah dan membantu. Rasa lacam VIP je kat sini. Hihi



Medium Platter
Harga: RM79.00
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐

Menu ni yang paling kami look forward nak cuba sebab dalam set ni ada banyak jenis makanan dan boleh cuba semua. Ye lah, portion makanan di PBS Studio Cafe kan besar, kalau saya order satu set, memang tak habis, jadi set ni paling berbaloi.

Set ini juga sesuai untuk korang yang ada anak, yang nak order satu pinggan makanan kang takut tak habis, jadi order je platter macam ni, boleh kongsi dan semua ada. Tak perlu berebut nak kambing ke, ikan ke ataupun ayam.

Dalam Medium Platter ada Spaghetti Aglio Olio, Lamb Grilled, Fish Fingers, Coleslaw, Cheezy Fries, Corn dan Udang! Satu set boleh kongsi dalam 2-3 orang, puas hati sebab semua ada dalam ni, memang kenyang juga kami kongsi 3 beranak haritu.



Masa datang haritu, kami ada add on satu menu konon takut tak cukup la nak makan, tapi tetiba datang sampai nak semput habiskan makanan sebab portion makanan memang besar. Jenuh nak habiskan, tapi sebab sedap punya pasal, licin juga pinggan tu. Haha

Medium Platter ni almost perfect la sebab semua ada, ada sumber karbohidrat daripada spaghetti dan kentang goreng, protein dan fat daripada kambing, ayam dan jejari ikan, serta simber sayur daripada coleslaw dan fibre daripada jagung. Cuma kalau ada lagi banyak sayur lagi mesti perfect dah.




Spaghetti Aglio Olio Seafood 
Harga: RM28.90
Rating: ⭐⭐⭐⭐⭐

Masa kami datang kesini pertama kali haritu pun, Spaghetti Olio Seafood memang paling favourite sebab sedap dan menepati kriteria tekak. Kalini order pula untuk Mak rasa, dan seperti yang dijangka, Mak pun suka juga!

Macam saya cakap sebelum ni, PBS Cafe Studio memang hidangkan Aglio Olio yang paling sedap saya pernah makan. Datang kalini pun sama sedapnya, siap ada tambah pedas-pedas lagi, sesuai dengan tekak mereka yang suka pedas.

Paling penting Spaghetti Aglio Olio Seafood dia tak kosong. Pinggan penuh dengan kerang mussels, dan udang. Yang ni best sebab ada banyak sayur hijau juga, so platting memang nampak lawa dan high class :)



Untuk starters, kami order French Fries dengan Black Sauce sebab dua ni actually merupakan menu yang paling saya suka makan dulu-dulu kalau nak cuba samada sos blackpepper restoran tu sedap ke tak. 

Lagipun, sementara menunggu menu heavy siap, boleh alas perut dulu. Tapi rupanya di PBS Studio Cafe, menu dia tak lama pun masak. Chef cekap betul masak cepat, tapi makanan masih lagi cantik dan maintain sedap.


Kalini kami cuba menu minuman baru mereka, dari siri Tropical Drink, yang sesuai sangat dengan tekak orang Malaysia yang suka dengan menuman sejuk, dengan campuran light soda dan masam-masam-masin gitu.

Sunrise Drink RM10.00 ⭐⭐⭐⭐⭐
Mighty Hulk RM10.00 ⭐⭐⭐⭐⭐
Sunset Drink RM10.00⭐⭐⭐

Mighty Hulk adalah paling favourite Mak. Minuman ini merupakan campuran lemon dan asam boi dengan air light soda. Air dia ni siap boleh bertukar kewarna hijau macam Hulk tau, itu sebab nama dia begitu. Mak memang paling suka asam boi, kat sini sedap katanya.

Saya pula suka dengan Sunrise Drink dia yang dicampur dengan lemon, pudina dan soda. Soda kat sini tak banyak gas, which yang saya paling suka sebab saya tak suka sangat dengan minuman bergas. Kira macam air ni, air lemon, but versi sedap.

Nak something new boleh cuba Sunset Drink sebab air ni merupakan campuran mango mojito soda. Something yang tropical dan baru.



Korang yang tinggal disekitar Bangi, Dengkil dan Kajang tu boleh la makan di restoran yang menghidangkan makanan barat/ western food di Southville ni. Lokasi PBS Studio Cafe memang tak jauh sangat daripada pintu tol, terus sampai.

Yang mencari restoran western Halal, sedap, terbaik, dah harga yang murah dan berpatutan, boleh singgah di PBS Studio Cafe, inshaAllah korang pun akan berpuas hati.


Waktu operasi:
Buka setiap hari (Isnin - Tutup)
(5PM - 11PM) 

PBS Studio Cafe
Block D2-26-G, D-G, Savanna Lifestyle Retail,
30, Jalan BBLS 2, Bandar Baru Lembah Selatan, 
43800 Dengkil, Selangor.

Facebook: www.facebook.com/pg/PBS.Cafe
Instagram: www.instagram.com/pbs.cafe


Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

  1. Menariknya & nampak sedap semua menu western tu. Boleh try nanti ni.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^

FOLLOWERS