Pelancaran METAHOVER Hasil Kerjasama MMT dan Future Hover

Hello korang!

Acara perasmian produk kerjasama diantara Metalmach Micro Technology (MMT) dan pembekal bahan bantuan pembuatan dari China, Future Hover Industrial Co., Ltd (Future Hover) iaitu "METAHOVER" telah berlangsung pada 14 September 2022 di MATRADE, Kuala Lumpur.

METAHOVER merupakan servis perkhidmatan yang merangkumi semua servis untuk fabrikasi wafer, pemasangan dan ujian bagi produk semikonduktor di Malaysia.

Baca sini kalau nak tahu kisah lanjut tentang kolaborasi diantara MMT dan Future Hover:


Dengan bantuan Future Hover, MMT akan dapat meminimumkan kos pengeluaran untuk pemasangan semikonduktor tanpa sebarang kompromi terhadap kualiti, seterusnya meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama untuk eksport komponen elektronik tersebut di Asia Tenggara. 

Dengan pengalaman 40 tahun MMT dalam industri semikonduktor di Malaysia, syarikat ini pasti akan menjadi pilihan para pelabur asing dan menarik pembekal antarabangsa untuk mendapatkan alat ganti dan aksesori yang berpatutan dan boleh dipercayai di Malaysia.

Kerjasama diantara kedua-dua syarikat pengilang alat keluli berketepatan tinggi tempatan, Metalmach Micro Technology (MMT) dan pembekal bahan bantuan dari China, Future Hover Industrial Co., Ltd (Future Hover) yang bernilai RM1 billion, menjangkakan untuk memperoleh pulangan sehingga RM1 billion setiap tahun dalam hasil eksport dalam masa 10 tahun.



Pengarah Operasi Metalmach Micro Technology (MMT), Mr. Low Kim Yoong berkata, 

"METAHOVER berdiri teguh didalam rantaian bekalan semikonduktor kerana tidak seperti pesaing - kami bukan sahaja mampu mengendalikan proses pemasangan semikonduktor mula ke hujung, tetapi kami juga mampu melakukannya dengan beberapa harga yang paling kompetitif di dunia, tanpa menjejaskan kualiti.".

"Pada zaman ini, kemudahan memainkan peranan penting dalam memperoleh kelebihan daya saing dalam pasaran, dan menjadi mandat kami untuk menyediakan perkhidmatan menyeluruh untuk membantu pembekal tempatan dan antarabangsa dalam usaha mereka melalui penyelesaian sehenti iaitu - METAHOVER.".


Turut hadir, Pn. Sharimahton Mat Salleh, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Export Acceleration) MATRADE yang menyokong usaha-kerjasama diantara MMT dan Future Hover.

Pn. Sharimahton Mat Salleh didalam ucapannya berkata,

"Jentera dan Peralatan (M&E) adalah industri penting kepada Malaysia. Sektor itu merupakan sektor eksport ke-7 terbesar, dengan nilai RM49.9 bilion, mewakili 4 peratus daripada jumlah eksport Malaysia pada 2021.".

"Mesin dan radas yang digunakan terutamanya untuk pembuatan semikonduktor, alat ganti dan aksesori ialah segmen eksport terbesar, bernilai RM8 .8 bilion atau 17.5 peratus daripada jumlah eksport M&E pada 2021, manakala dalam tempoh 7 bulan pertama 2022, eksport M&E Malaysia telah mencecah RM34.4 bilion, meningkat 25.5 peratus daripada tempoh yang sama tahun lepas.".

Acara perasmian Metahover ini juga telah disaksikan oleh  YBhg. Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, Chief Executive Officer of MATRADE bersama dengan kehadiran Mr. Naim Abdul Rahman, Director (Electrical & Electronics, ICT, Machinery & Equipment Section) of MATRADE, YBhg. Dato' Seri Mohd Haniff Aziz, Vice President of Strategic Alliances, Mr. Low Yin Chee, Managing Director of Metalmach Micro Technology, YBrs. Puan Sharimahton Mat Salleh, Deputy CEO (Export Acceleration) of MATRADE, Mr. Low Kim Yoong, Operation Director of Metalmach Micro Technology, Mr. Alfred Foo, Business Director (Malaysia) of Future Hover Industrial Co., Ltd, YBhg. Dato’ Iqmal Shafiq bin Dato’ Seri Mohd Haniff, Chairman of Metalmach Micro Technology dan Mr. Amran Yem, Senior Director (Export Promotion & Market Access Division) of MATRADE.

Dari kiri: Mr. Naim Abdul Rahman, Director (Electrical & Electronics, ICT, Machinery & Equipment Section) of MATRADE, YBhg. Dato' Seri Mohd Haniff Aziz, Vice President of Strategic Alliances, Mr. Low Yin Chee, Managing Director of Metalmach Micro Technology, YBrs. Puan Sharimahton Mat Salleh, Deputy CEO (Export Acceleration) of MATRADE, YBhg. Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz, Chief Executive Officer of MATRADE, Mr. Low Kim Yoong, Operation Director of Metalmach Micro Technology, Mr. Alfred Foo, Business Director (Malaysia) of Future Hover Industrial Co., Ltd, YBhg. Dato’ Iqmal Shafiq bin Dato’ Seri Mohd Haniff, Chairman of Metalmach Micro Technology, Mr. Amran Yem, Senior Director (Export Promotion & Market Access Division) of MATRADE.

Selain daripada itu, METAHOVER turut juga akan menubuhkan bahagian penyelidikan dan pembangunan di Malaysia untuk mengkaji arah aliran dalam pembuatan semikonduktor bagi mempertingkat dan menginovasi lagi proses pengeluarannya.

Sangat penting untuk METAHOVER supaya sentiasa berada di atas supaya Malaysia dapat mencapai kecemerlangan jauh melebihi kehadiran pasaran globalnya yang sedia ada dalam industri masing-masing sekaligus mencapai target untuk memperoleh sehingga RM1 bilion setahun hasil eksport di dalam tempoh 10 tahun akan datang.


Tentang Metalmach Micro Technology (MMT)

Metalmach Micro Technology Sdn. Bhd. telah ditubuhkan pada tahun 1979. Perniagaan teras mereka adalah pembuatan Bahagian Logam Ketepatan (Tools and Dies, Jigs & Fixtures, Mold Parts, and Carbide Toolings) untuk pelanggan di seluruh dunia dengan lebih daripada 30 tahun pengalaman dalam pemesinan ketepatan dan fabrikasi acuan dan acuan .

Tentang Future Hover Industrial Co., Ltd (Future Hover)

Berpangkalan di Shenzhen, China sejak 2003, Future Hover merupakan pemenang banyak anugerah yang menumpukan kepada penyelidikan dan pembangunan serta pengeluaran bahan-bahan utama yang diperlukan untuk pembuatan semikonduktor dan menyediakan banyak alternatif yang sesuai.

Metalmach Micro Technology (MMT)
Lot 17243, PT 4986, Oakland Industrial Park,
Mukin BDR, 70300, Negeri Sembilan.
Website: m.mmtsb.com

Malaysia External Trade Development Corporation 
(MATRADE)
Menara MATRADE,
Jalan Sultan Haji Ahmad Shah,
50480 Kuala Lumpur, Malaysia.

Till then, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

1 Comments

Illya LeYa said…
Tahniah MMT dan Future Hover sekali lagi melancarkan MetaHover. Semoga impian tercapai buat negara kita Malaysia

FOLLOWERS