Promosi Akhir Tahun Sepanjang Disember di Al-Ikhsan Sports

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Musim sekarang siapa yang tak kenal dengan jenama peruncit barangan sukan nombor 1 di Malaysia,  Al-Ikhsan Sports. Kalau tanya peminat sukan, walaupun budak sekolah kat mana nak beli barangan sukan, mesti jawapan deorang akan jawab  Al-Ikhsan.

Sempena dengan meraikan labuhnya tirai tahun 2022 dan menyambut kedatangan tahun 2023, dan alang-alang musim FIFA World Cup Qatar 2022 yangs edang berlangsung, kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ telah di anjurkan khas untuk peminat barangan sukan.

Kempen ini terlibat di semua 170 cawangan kedai Al-Ikhsan Sports di Semenanjung Malaysia dan boleh juga didapati secara dalam talian melalui laman e-dagang rasmi Al-Ikhsan Sports di: [www.al-ikhsan.com].


Selain daripada barangan alatan sukan, Al-Ikhsan Sports turut menjual pelbagai koleksi pakaian yang sporty sesuai dengan gaya hidup masa kini dan untuk mereka yang sentiasa mahu nampak dan kekal aktif walau dimana jua.

Kempen ini juga memfokuskan dan mahu menarik minat orang ramai khususnya warga Malaysia untuk menjadikan sukan bukan sekadar aktiviti malah sebagai gaya hidup masa kini buat pula lepas PKP kan, maka time macam ni lah kita kena lagi kekal aktif untuk sentiasa sihat.


Bercakap didalam majlis pelancaran tempoh hari, Encik Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports berkata:

"Sebagai sebuah jenama tempatan yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia, Al-Ikhsan Sports berazam untuk menjadikan sukan sebagai sebuah gaya hidup dan juga mampu milik untuk semua. Rangkaian produk Al-Ikhsan Sports adalah berkualiti tinggi dan juga direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna kami di seluruh Malaysia."

"Barangan di Al-Ikhsan bukan sahaja sekadar barangan sukan malah boleh dijadikan sebagai pakaian untuk bersantai di sepanjang percutian meraka.Kempen ini menyediakan rangkaian lebih dari 10,000 barangan sukan bermula daripada RM29 dan ini belum pernah dilakukan oleh peruncit sukan yang lain sebelum ini.".

Promosi Akhir Tahun Sepanjang Disember di Al-Ikhsan Sports

Making Travelling Sportier since 1993

🏆 Versatiliti Produk Dengan Harga Mampu Milik

Apa sahaja barangan sukan termasuklah pakaian sukan korang boleh dapatkan di Al-Ikhsan Sports. Sempena dengan kempen ini, ada banyak #OOTD sukan termasuk jersi, topi, kemeja-T, hoodie, jaket, pelbagai jenis beg sukan, kasut sukan serta kasut berjalan. 

🏆 Promosi Hebat Sepanjang Disember 2022

Meraikan berakhirnya 2022 dan kedatangan 2023, Al-Ikhsan Sports ada buat banyak promosi menarik melalui kempen Making Travelling Sportier since 1993.

Sesuai sangat untuk ibubapa yang nak beli barangan sukan anak dan juga mereka yang nak mencari barangan sukan yang baru, terutamanya pencinta sukan tanah air sesuai dengan bajet dan selera setiap lapisan masyarakat.

Antara promosi yang korang boleh dapatkan adalah:
⚽ Bundle Deals;
⚽ 12-12 Special;
⚽ Clearance Sales;
⚽ New Year New You!.


Tentang Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan):

Al-Ikhsan Sports (Al-Ikhsan) telah ditubuhkan pada tahun 1993 dengan sebuah kedai tunggal berkeluasan 150 kaki persegi di Holiday Plaza, Johor Bahru oleh Tuan Haji Ali Hassan dan telah berkembang dengan kini mempunyai 170 kedai fizikal dan online di seluruh Semenanjung Malaysia.

Al-Ikhsan berobjektif untuk memberikan alternatif yang mampu milik kepada rakyat Malaysia menjalani gaya hidup yang sihat serta memberi pilihan yang luas kepada peminat sukan bola sepak tempatan.

Pada 2016, Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas) telah melaburkan sebanyak 35% saham dalam Al-Ikhsan Sports dan sejak itu, momentum Al-Ikhsan semakin kukuh dari segi penjenamaan serta mencatatkan perkembangan yang lebih kukuh.

Al-Ikhsan turut diberikan pelbagai pengiktirafan dari luar dan dalam negara berikutan pencapaian yang
memberangsangkan.


Al-Ikhsan Sports / Football Republic 
Hotline: 1800 22 8188
Website: www.al-ikhsan.com
Facebook: 
Instagram: www.instagram.com/alikhsansports


Happy shopping, 
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

8 Comments

  1. Menarik nie - ada sales. Malaysians memang suka jika ada sales kan. Maka weekend nie boleh la Rawlins pergi cuci mata dulu hehehe

    ReplyDelete
  2. Wah bestnya boleh la yaya tambah koleksi kasut yaya. produk al ikhsan memang best dan berpatutan dengan harga

    ReplyDelete
  3. Al-Ikhsan nie memang tempat pertama eyqa pergi kalau nak cari kasut. Nie ada sales, nampak gayanya kena pergi nie!

    ReplyDelete
  4. wow al ikhsan buat sales harus serbu ni. dapat la shopping barang sukan

    ReplyDelete
  5. Wah!! Al-Ikhsan buat promosi nie.. betul kaw2 harga dia.. memang kena cepat2 order online.. takut stok yang berkenan di hati dah tak ada..

    ReplyDelete
  6. Ni pun one of my friends punya fav store to visit bah! Sure teruja to find out about this year end sale ni! 👍🏻

    ReplyDelete
  7. Thanks for sharing this nanti nak pergi dengan anak buah dia orang nak beli kasut football

    ReplyDelete
  8. bagus ni, nanti nak bawa anak buah coz dia orang nak beli kasut football

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^

FOLLOWERS