Buffet Ramadan 2023: BBQ Lamb KL Kemensah

Assalamualaikum dan salam Ramadan semua,

Kalini saya nak kongsikan dengan anda tentang satu lokasi berbuka yang unik dan menarik di Kuala Lumpur, iaitu Buffet Ramadan 2023: BBQ Lamb KL Kemensah yang menghidangkan pelbagai menu Western dan masakan Melayu sepanjang Ramadan tahun ini.

Buffet Berbuka 2023 BBQ Lamb KL Kemensah diadakan sepanjang bulan puasa setiap hari bermula dari 23 Mac sehingga 18 April 2023⁣ dengan harga hanya serendah RM68 sahaja untuk seorang dewasa! Murah dan berbaloi kan?

Baca lanjut tentang menu apa yang dihidangkan oleh BBQ Lamb KL Kemensah untuk buffet Ramadan western food di Ampang, Kuala Lumpur dan bagaimana korang boleh merasa pengalaman River Dining - Makan Dalam Sungai di BBQ Lamb KL Kemensah.



Perjalanan daripada pintu masuk Zoo Negara nak ke BBQ Lamb KL Kemensah mengambil masa dalam 10-15 minit, ikut keadaan dan kenderaan korang. Sebab nak masuk dalam ni akan lalu jalan kampung jadi memang kena bawa slow je. Jalan turap, so tak ada masalah nak datang dengan kereta apa pun.

Update terkini, untuk pelanggan yang nak parkir kenderaan di tempat letak kereta yang disediakan, korang perlu membayar RM5 untuk sebuah kereta. Kalau nak free, korang boleh park depan pintu masuk BBQ Lamb KL Kemensah seperti dalam gambar dibawah - itupun kalau ada kosong.



Saya pernah datang ke sini beberapa kali semasa bukan bulan puasa. Kalau korang datang ke BBQ Lamb KL Kemensah semasa bukan bulan Ramadan, korang boleh cuba menu ini:


Seronok makan di BBQ Lamb KL Kemensah sebab boleh rasa sendiri pengalaman makan disebelah sungai dengan deruan bunyi air sungai yang mengalir dan tak crowded kat sini. Suka sangat dengan vibe yang jauh dari bandar ni.

Walaupun lokasinya yang kedalam, BBQ Lamb KL Kemensah selalu full-house, jadi kalau korang ada rancang nak datang, better korang buat tempahan dahulu untuk confirmkan seat korang. Kalau tidak memang kena beratur tunggu.




Special sempena dengan Buffet Ramadan 2023, BBQ Lamb KL Kemensah ada tempat khas dimana mereka akan hidangkan makanan berbuka secara buffet yang merangkumi makanan termasuklah menu popular Western mereka: Smoke Lamb, Smoke Duck, Smoke Chicken, Smoke Tenderloin.

Special lagi, untuk memenuhi tekak orang Malaysia yang nak nasi aje, pada buffet berbuka di Kemensah, Ampang ini, mereka turut menghidangkan seleksi menu masakan Melayu termasuklah ulam-ulaman dan sambal.

Konsep buffet berbuka mereka pada tahun ini adalah dengan menyediakan Buffet Barbeque dan Smoke sebab kalau datang ke BBQ Lamb KL Kemensah, tak sah kalau tak makan menu masakan smoke dan grill disini.




Menu BBQ, smoke dan grill yang ada di Buffet Berbuka BBQ Lamb KL Kemensah termasuklah Ayam, Itik, Tenderloin, Kambing, Daging Lembu serta seleksi makanan laut seperti Udang dan Sotong.

Untuk menu western selain daripada BBQ, smoke dan grill, menu western lain yang korang boleh jumpa di BBQ Lamb KL Kemensah termasuklah: Pasta Carbonara, Pasta Aglio Olio, Ayam Goreng Korea, Sup Brokoli. Pasta kat sini pun pakai jenis Tagliatelle tau, lagi sedap.



Antara menu masakan Melayu yang dihidangkan seperti:
👉Gulai Lemak Daging Salai,
👉Daging Blackpepper,
👉Gulai Kari Ayam/ Daging,
👉Kambing Masak Varuval
👉Rendang Ayam/ Daging,
👉Sotong Masak Hitam,
👉Asam Pedas Ikan, 
👉Ikan Masak 3 Rasa,
👉Sayur Campur,
👉Terung berlado, 
👉Egg Tofu bersama Black Fungus,
dan banyak lagi.

Ada lebih daripada 30 menu buffet berbuka puasa di BBQ Lamb KL Kemensah termasuk masakan Melayu dan juga aneka Sambal dan Ulam-Ulaman untuk korang menjamu selera. Jadi kalau bawa family atau kawan yang tak makan western, jenis nak lauk campur je, kat sini dah perfect.





Jangan risau, kalau dah ada lauk masakan Melayu, mesti lah ada hidangkan nasi juga. Selain daripada nasi putih, korang boleh cuba juga menu nasi yang selalu mereka hidangkan, Nasi Herba yang resepi khas di BBQ Lamb KL Kemensah.

Kalini, satu pengalaman yang lain daripada lain lah sebab makan buffet BBQ Lamb KL Kemensah pada waktu malam masa berbuka pula. Feel dia pun lain, mendamaikan dan sejuk je. 

Nak lagi sejuk, masa booking korang boleh request nak makan dalam sungai. Kalau cuaca okay, mereka akan sediakan tempat untuk korang river dining semasa berbuka. Kalau ada anak kecil nak mandi sungai alang-alang pun boleh. Best kan?




Tak cukup dengan seleksi menu masakan Melayu dan Western di BBQ Lamb KL Kemensah, mereka turut hidangkan aneka pencuci dan pemanis mulut seperti kuih-muih tradisional, buah-buahan dan yang paling menarik, ada juga snek zaman dulu seperti serbuk kelapa/ Sagun/ Sagu.

Untuk korang yang berminat nak berbuka puasa unik didalam hutan dengan tepi sungai di Buffet Ramadan 2023: BBQ Lamb KL Kemensah, korang boleh buat tempahan secara dalam talian dengan Whatsapp ni ni [0122114100].

Untuk buffet korang perlu buat tempahan at least sehari sebelum sebab tempat adalah terhad. Ada dalam 120-150 seats sahaja untuk Buffet Ramadan 2023 BBQ Lamb KL Kemensah. Kat mana lagi korang nak merasa berbuka didalam sungai atau tepi sungai di Kuala Lumpur ni kan.




Buffet Ramadan 2023 | BBQ Lamb KL Kemensah
⭐ Buffet Ramadan 2023 yang menghidangkan makanan BBQ dan Smoke.
⭐ Ada pilihan untuk berbuka didalam sungai juga!
⭐ Lebih daripada 30 menu yang korang boleh cuba.
✅ Seleksi menu Western smoked, grill dan lauk masakan Melayu.
🤩 Must try menu: Smoke Tenderloin, Smoke Lamb, Smoke Duck dan Masakan lauk salai.
👉 WAJIB BOOKING sebelum datang sebab tempat terhad, hanya 120-150 pada satu-satu masa.


Tarikh buffet berbuka di BBQ Lamb KL Kemensah:
23 Mac - 18 April 2023⁣.
Masa: 7pm - 10pm

Harga Buffet Ramadan 2023 BBQ Lamb KL Kemensah
[23-31 Mac 2023] Dewasa RM68.00, Kanak-kanak/ Warga emas RM45.00⁣
[1- 7 April 2023] Dewasa RM78.00, Kanak-kanak/ Warga emas RM45.00⁣
[8-18 April 2023] Dewasa RM88.00, Kanak-kanak/ Warga emas RM50.00⁣
*Had umur kanak-kanak adalah 6-12 tahun.

BBQ Lamb KL Kemensah
19, Jalan Taman Zooview, Kampung Kemensah, 
68000 Ampang, Selangor.
Booking disini: 012-2114100

Website: kemensahbbqlamb.com
Facebook: www.facebook.com/Bbqlambklkemensah
Instagram: www.instagram.com/bbqlambklkemensah

Till then,
Zayani Zulkiffli.

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS